Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140805

Ada hantu kat dapur

Rumah ni tak habis-habis ada benda tak kena. Panggil ustaz, bomoh macam-macam dah buat. 

Ada bomoh jumpa benda pelik. Mintak nak pulangkan balik kat tuan asal. Tak apalah, kalau kita balas balik, kita pun sama juga dengan orang yang buat tu. Tak ada beza. Dah buang benda kotor-kotor dan baik. Kita doa banyak-banyak, minta Allah peliharakan kita dan keluarga kita dari manusia busuk hati.

Dalam hati tetap rasa nak tahu, sapa punya kerja. Cemburu iri hati. Tapi takat doa banyak-banyaklah. Tak sampai hati nak balas balik.


----

Ada seorang lelaki datang dari celah pokok getah belakang rumah. Masuk terus dari pintu dapur rumah. Masa itu dapur belum siap lagi, tengah baiki nak tukar papan ke batu. Ada benda dia pegang kat tangan. Tak tahu bungkusan apa. Lantai dapur yang masih berpasir digali sikit. Bungkusan tu dikambus. Ditulis sesuatu atas pasir. Selesai kerjanya..dia terus berpaling belakang.. Tak nampak muka dia. Kabur sangat.

Dalam hati doa kecil, nak tengok siapa dia.. 

Tiba-tiba dia berhenti. Berpaling ke rumah ni sekejap. 

Nampak jelas dah siapa dia.

Lepas itu dia hilang disebalik pokok getah belakang rumah. Mimpi yang pelik.

----

Ada hantu kat dapur. 

Kat sini pun ada…

Rumah ni?

Sini tak ada.

Seram tak kalau budak perempuan kecil comel lote cakap macam ni. Seriau bula roma aku dengar. Macam mana rupa hantu yang dia nampak? Apa rupa yang dipanggil hantu tu? Nasib baik dia cakap rumah mentua aku tak ada hantu. Kalau tak mahu aku bungkus kain baju balik rumah aku tak datang-datang dah.. Sungguh aku seram. Musim-musim raya pula dia cerita pasal hantu ni pula. Nak percaya pun susah..takut tipu daya fitnah syaitan nak rosakkan hubungan kekeluargaan kita. Tapi bab dengar budak perempuan yang comel lote tiba-tiba takut nak masuk dapur rumah OrAnG Tue pasal nampak hantu..seram oh...

23 ulasan:

  1. saya baca cerita ni pun terasa seram...huhuhu

    BalasPadam
  2. adoiii betul ke tu? takutnya

    BalasPadam
  3. Salam Aidilfitri, kita kan share bumi ni dgn makhluk lain.. hehe rumah sy pun sometimes ada siap nak kawan ngan my bongsu.. beli cd ayat Ruqyah Syariyyah, penghalau gangguan sihir etc.. play cd tu selalu kalau kita tak sempat baca quran selalu kan,Inshaallah.

    BalasPadam
  4. seram cite nih..pengalaman PB ke ni?

    BalasPadam
  5. Ya allah PB..acik pun baru je berdiri bulu roma..bangun sahur sorang2 nak puasa sunat syawal..mula pasang lampu tak bunyi apa..kemudian tu dengar bunyi lesung batu bergolek2..tak logik kalau lesung batu acik tu tergolek2 sendiri..
    sampai malam tadi nak sahur..seram je..tapi nak habiskan jugak..dah tinggal 2 hari lagi kan..

    BalasPadam
  6. Apa yg kakak rasa kisah begini selalu jadi pada bangsa kita. Sedih kan sebab perbuatan dahlah syirik- menganiya org lagi.. tak takut dosa dan balasan Allah agaknya.

    Moga kita semua terpelihara dari semua itu.

    BalasPadam
  7. Tak faham lah dgn spesis org macam n i. Tak takut dosa gamaknya. Kat umah mak aku tu pon sama gak. Katanya ada ditanam benta kat umah tu. Dah puas berubat. Dah halau...dtg balik. Spesis mnusia busuk hati. Doa dan terus berdoa jer smoga dipelihara keluarga aku dari benda yg tak elok.

    Kat umah aku ni plak, si qahirah ngan qhalif asik cakap ada hantu jer. Asal masuk bilik cakap hantu. Asal masuk dapur cakap hantu. Sampai aku suruh amik barang pon takut...ppfftttt...Ibu dia ni pon buat² berani jer. Selalu pasang ayat² ruqyah.

    Sambung lagi...hahaha...saja nak buat ko seram. Kat umah aku ni memalam bunyi org seret kerusi lah. Bunyi guli jatuh lah kat umah jiran atas. Jiran bawah aku ni pon dengar bunyi² mcm tu kat umah aku. Siap wassup apsal umah aku bising. Pada hal anak² aku dah tido...huhuhu...Tapi skang dah kurang sket bunyinya. Ikut musim kot.,..hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cite ko lg seram dr cite aku..
      kalu aku..pindah dah..

      Padam
  8. adoiila..pagi2 dah takutkan orang la..haha..

    mase balik raya aritu pon abang long kita duk cite pasal hantu..rumah yang dia sewa dulu rupanya berhantu..siap ada gamba lagi..tapi kita tak sanggup nak tengok..nanti terbayang2...en hubby kata macam juon..hoho..takleh nak bayang..tapi abang long kata sepanjang dia duk umah tu tak pernah kacau pon..lepas dia keluar orang lain masuk baru hantu tu kacau penghuni baru rumah tu..tuan punya rumah anta gamba hantu tu kat dia..hohoho...seram tengkuk kita dibuatnya..

    BalasPadam
  9. alamak..seramnye...biasalah tu kann..baru pas bulan Ramadhan,,diaorg dah "kerje" r tu..huhuhu

    BalasPadam
  10. Sentiasa pasangkan surah Al Baqarah PB.. insyaallah.. tiada gangguan lagi..

    BalasPadam
  11. herm budak2 ni pun selalu cakap ada hantu kat rumah ni. tapi kitorg wat donno jer sbb ingat cikgu dia yg takut2kan kat sekolah..maybe kena investigate gak nih.

    BalasPadam
  12. memang seram kalau budak2 ckp ada hantu..anak akak si Afif pon kadang2 ckp ada hantu..siap tunjuk lagi..tp kita tak nampak..hihi...:)

    BalasPadam
  13. Seram gak tu kalau budak cakap gitu tu PB.....ni rumah mana? Rumah mak kat kg ke?
    Kena berhati hati gak tu PB....mimpi awak selalu betul...ilham dari Allah agaknya.. .
    Hehe pandai nak mengelat yek.....nasib rumah mak sendiri

    BalasPadam
  14. wanita/suri rumah yg kebanyakannya lemah semangat memang takut akan kegelapan dan hantu.., senang sangat kalu bebudak nak nakutkan emak dia...tapi selalunya apa yg budak tunjuk/cakap 'nampak hantu' tu memang ada..; betullah tuu..waspada selalu..he he he..

    BalasPadam
  15. selamat hari raya diucapkan ;-) teruskan berkongsi ya dengan pengalaman dan cerita baru..baru dapat info lebih skit kan.. ;-) macam casper

    BalasPadam
  16. hahahah pagi2 da takutkan org...

    BalasPadam
  17. Seram wehhhhh..mintak dijauhkan la nmpk bende2 yg xsepatutnye..mau koma sebulan..

    BalasPadam
  18. baca malam2 sorg2 ni meremang plak bulu roma.hehe

    BalasPadam
  19. giler tak seram macam tu. huishhh nasib baik I jauh hantu melayu payah nak datang (hantu omputeh I macam tak takut jer) hahaha.

    BalasPadam
  20. Mahu tak seram kalau budak yang cakap. Mereka mungkin nampakkan dan budak manalah reti bohong. Pernah masa my Luth umur 3-4 tahun dulu, dia dok borak dengan sepupunya. Dia kata, 'Ada hantu kat pokok bunga Tok Mak tu. Tapi Kak Farah jangan takut dia tak usik pun!' Selamba je dia berborak. Lepas tu bila tanya macamana rupa hantu tu. Dia kata 'Alah semua putih cuma nampak mata je hitam!' Arghhh.... masing-masing terkedu. Nak percaya ke tidak. Rumah my mak kat kampung tu!

    BalasPadam
  21. budak2 biasanya mmg la nampak...anak noe pun pernah gak cakap macam tu ...tp kat umah kampung..."umi...kat atas tu ada hantu.." malam2 lak tu...ish...naik bulu roma...bab2 main guli n seret kerusi tu...mmg ada benda la tu...hehehe...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...