Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140826

Benda Basic Hal Kereta Yang Perlu Pemandu Wanita Tau



Hari-hari bawa kereta kena tahu juga benda basic hal ehwal kereta. Sebagai contoh, tangki minyak kosong bila jarum dah dekat E. Empty, kosong!.

Tahukan? Penat sungguh kalau tak tahu tu..

Selain tu, isi angin dalam tayar. Berapa nak set angin tayar, buka pintu kereta kat sebelah driver, ada tulis kat tepi pintu tu..berapa tekanan yang kena set kat pump.

Sekali sekala, buka enjin kat depan... topup minyak hitam. Ada lagikan baki minyak hitam lebih lepas service? Jangan tinggal je kat bengkel atau buang.. kalau dah banyak minyak hitam bakinya tu masuk dalam satu botol nanti nak service bawa minyak hitam tu. Mintak tolong tukar je minyak hitam. Dulu masa bujang kaya buang je minyak tu...ha..ha..

Jangan lupa juga, check cooler water air kaler merah tu.. lama dah aku tak check ni. Letak air bersih, tapis ke.

Paling penting jangan lupa tengok air bateri. Kalau kereta lama, berkeladak kat atas bateri tu..jirus air panas sikit kasi cair keladak.

Tengok, sekarang aku dah menyusahkan orang..

Air bateri kering dan garing. Nasib baik ada pakcik depan rumah ada air bateri boleh buat topup. Pinjam kereta juga, nak perhidup bareri koHg$. Entah berapa tahun dah topup rasanya sejak berlaki kot...
Hari ni juga ayah Luth tergerak hati nak teman pergi cucuk Luth setahun yang dah tertangguh sebulan pasal raya dan Luth deman. Balik klinik tadi dah bunyi lain macam..sampai rumah, aku nak pergi kerja dah tak boleh start.

Jangan buat hal nak balik kerja ni pulak...

24 ulasan:

  1. kita tahu naik keta aje..haha..

    BalasPadam
  2. adehh..panas muke aku..sbb skang nie sejak kawen yg aku tau bawak kete je..minyak lip lap lip lap, tau2 laki aku dh siap "tuang" minyak dh..cukup time laki aku bawak gie service..semua laki semua laki semua laki semua laki..mmg mua betul aku nie..

    kalau kete aku rosak yg aku tau hanya bukak bonet dpn je..pastu duk nganga dpn enjin xtau nak wat ape..huahuahua..ehh kalau yg kat dpn tuh panggil bonet nyeah..adehhh..

    BalasPadam
  3. knor tau isi minyak n pandu yg lain tak tahu...hehe
    pam tayar pun tak tahu...

    BalasPadam
  4. aku tau hidupkan enjin kereta.. lesen takde :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. akhirnya ada juga pandai aku sikit dr ko..haha..
      banga jap

      Padam
  5. betul tu, perempuan at least kena tau benda basic tentang kereta...at least kalau apa2 jadi kat tengah jalan tak adalah menggelupur semacam... nampak remeh tapi penting...

    BalasPadam
  6. TQ sharing PB.... benda2 basing mengenai kereta ni kita org pompuan kena ambil tahu.. jgn tahu bawa jer kan..

    BalasPadam
  7. Maintenance yang sikit-sikit ni pun perlu juga diambil tahu. Bagi jangka masa panjang, ia akan menguntungkan kita balik. Lagipun, kos-kos maintenance ni lagi murah banding dengan kos ganti part.

    BalasPadam
  8. Setakat isi minyak tu bolehlah PB...yang lain buat buat tak tahu hehe.....Kang kalau semua tahu ada kawan tu lepas tangan ajos hehe

    BalasPadam
  9. ohhh...saya tahu 1 benda je...minyak abis dan isi minyak semula..hehehe

    BalasPadam
  10. saya isi minyak pun belum pas
    semua nak kena ingatkan
    tau drive aje...wahaha

    BalasPadam
  11. memang kena amik tau sikit2..so far, drive, isi minyak, anta kete servis, sdn bhd..hihihi

    BalasPadam
  12. Org pompuan...biasalah. Tau bawak keta ngan tau isi minyak jer. Aku lah tu. Isi angin minyak pon aku takut. Takut tetiba meletup ngan aku² skali...ekekeke...

    Dan kena tau jugak pasal 'cip' kat kunci keta tu. Ni kes aku last month. Tak up lagi kat blog. Pasal cip tu tercicir keta aku tak boleh start. Org ganas pakai keta sampai kunci keta terbelah 2. Nasib tercicir dalam keta jer.

    Peringatan buat diri sendiri dan semua. Pastikan cip "immobilizer" tidak tertanggal atau hilang. Rasanya ramai org pompuan yg tak aware pasal benda ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun br tau beberapa tahun ni pasal cips..maklumlah kete local x de cips lg..haha

      Padam
  13. Tersilap. Bukan isi angin minyak. Isi angin tayar. Ni lah padahnya kalau terlebih makan. Maafkan saya PB ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. aku saman jugak stesen minyak buh angin dlm minyak..

      Padam
  14. Betul lah tu..kena ambil tau juga serba sdikit tentang kereta ni.. hehe.. takut jadi masa2 kecemasan...

    BalasPadam
  15. Setakat cheq da tau bawak jea...sbb kalau pelik2 tu si hubby sentiasa ada..sedikit kena belajar jgk

    BalasPadam
  16. Minyak dah paras E tu, I tahulah. Lain-lain basics memang tak lepas. Gagal dengan berjaya. Kalau tidak takkanlah nak letak air wind screen pergi jirus kat power steering punya tempat. Nasib baik kereta sihat. Kalau tak sihat, memang kena kata 2 juta dek HD.

    PB, kita tak pernah isi air kat radiator coolant tu. Bateri sekarang bukan ke bateri kering tak payah nak main jirus-jirus selalu. Eh, betul kan?

    BalasPadam
  17. Betul2.. sesekali kena ambik tahu.. tak dak mengelabah kalau tertiba kereta breakdown kan..hehehe

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...