Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140825

Buat rileks je.

Aku macam tak boleh nak tulis sekarang ni.. macam kosong je. Macam tulis tak ada isi..

Sebenarnya aku rasa tak berapa seronok sikit menghabiskan hari-hari yang masih panjang kat kilang ni. Terutama kalau bertentang mata dengan bos aku. Rasa serba tak kena. Kalau ada meeting yang aku tak dipanggil pun aku rasa diumpat. Sendiri yang rasa, macamlah orang tak ada kerja nak mengumapat aku..

Head aku suruh aku serahkan semua hard copy, soft copy segera. Harus aku serahkan, jangan risau aku tak akan buat yang tak baik. Walaupun arahan ni aku rasa macam tak percaya kat aku. Macam aku akan leakage info company kat luar pula. Aku professional ke..

Pst..aku baca status fb kawan kerja proton model baru proton compact car leakage..haru je kan?

Dahlah..Tak mau stress lagi. Ni sikit je pun hal. Benda kecil macam ni, kalau nak fikir-fikir jadi besar. Ada benda lagi besar yang menanti aku.

Buat rileks je..

Walau dalam hati ada sikit rasa menyesal pula hantar surat awal-awal. Laki aku kata, kalau nak berhenti hujung bulan, hantarlah hujung bulan. Aku fikir biar bagi tahu awal, boleh mereka prepare awal. Tapi rasa lemas pula nak menghadapai lebih sebulan yang panjang ni.

Oh semalam ahad ulang tahun keduri kahwin aku. Dan malam sebelum tu, sabtu hari ulang tahun nikah aku yang ke 2 tahun. Kena bagi tahu 2 hari ni sebab aku selalu confius tarikh ulangtahun kahwin aku. 23 ke 24 Ogos. Buku merah mengandung pun aku tertulis hari kenduri..selalu lupa hari nikah. Tak sambut apa pun musim kering dan garing kan... Makan anak beranak kat luar simple-simple.




Tepek gambar superhero aku yang ketagih minum ais sekarang. Kat rumah aku memang jarang buat air batu, tetapi kalau order kat luar pesan ais..memang menangislah kalau tak bagi dia rasa..

23 ulasan:

  1. hehe...kena bagi notis sebulan aje ye
    saya kena bagi dua bulan, memang boleh bayangkan penyeksaan
    walau sebenarnya tak bagi resign letter lagi...hehe

    anak saya semua hantu aisy
    orang kata jangan bagi, nanti sakit
    tapi dah mama dia pun minum ais, nak melarang camne
    dah bagi contoh tak baik...hehe

    BalasPadam
  2. hehe...pernah je alami situasi camtu...pegi meeting pon tak ajak dah..sebab tahu kita nak benti dah..padahal sblm ni asyik nak berkepit jer ngan kita...haha..buat tak tahu jela PB..

    seronok tgk dia minum ais..samala ngan anak2 kita..suka ais..siap boleh gigit ais lagi..kebal sungguh gigi depa!!

    BalasPadam
  3. bestnyer benti keja hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. mengharungi hr2 tak best ni huu

      Padam
  4. pandai luth minum guna straw ye..comel je dia

    BalasPadam
  5. Happy anniversary! Moga terus berbahagia.

    Sakit mahu menanti detik-detik melepaskan jawatan apalagi kalau sykt tak professional. Patutnya walau dah tendered resignation letter tapi sebab masih bekerja setiap aktiviti pihak sykt tak boleh ignore staff dari involve setiap kegiatan yg biasa dia involve. Tapi mungkin dah stipulated dlm appointment letter jadi kena sabarlah menunggu masa bye-bye tu...

    BalasPadam
  6. wahhh luth dah pandai minum straw yer..irfan x pandai lg...manja budak tu..nak kena suap je manjang hehehehe

    BalasPadam
  7. mesti rasa terasingkan..memang kena buat rileks jelah..dah tak lama dah..
    Amboi..Luth tu..dah macam budak besar dah..geram pulak tengok dia minum air kapai straw tu..:)

    BalasPadam
  8. Comelnya superhero tu... :)

    BalasPadam
  9. yang update status tu satu hal, yang borak2 kuat2 dalam lift tak pandang kiri kanan tu pun considered leakage jugak, walau tak bertulis. eh I dulu pun ada perasaan terpinggir gitu bila dekat nak habis masa huhuhu. sabar la... tak lama lagi dah.

    BalasPadam
  10. notis sebulan tu kejap je berlalu..hihi..mesti dah tak sabo ati tu nak blah..
    sedap luth minum air ais tu..jeles pulak..
    happy anniversary buat PB & suami..

    BalasPadam
  11. hamboihhhhhh hahahahhahaha cawan sama besar dgn dia cane tuhhh keekekek

    BalasPadam
  12. sy pon nikah 23 ogos 2012 :p

    BalasPadam
  13. tapi kan kalo nak resign mmg kene letak notis sebulan awal kan? kang kalo last minit takut jadi isu plak nanti...takpe2 yg penting kite buat dgn niat ikhlas....hope semua dipermudahkan yeak awak.....

    kemain budak comel menyedot ais...sedap le tu lalu kat tekak seju2k heheeheheheh

    BalasPadam
  14. Dtg kali ini cuma nak tengok hero comel:)

    BalasPadam
  15. sakan si luth minum air.. sama cam aisy.. geram tengok tau..

    BalasPadam
  16. laaa dah hantar surat yeh hehe.....Ya beda bedulah yek....lepas ni agak malas nak datang kerja mintak MC ajelah ye dak? Sedap betul Mak Luth nikan...hehe
    Hehe nampak muka luth pun mcm ada gaya ketagih air sejuk tu hehe

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum kak, amboi luth. segar la tu tekak dia minum ais kan. hehee sabar banyak kak...

    BalasPadam
  18. Happy anniversary PB ! ..xpe niat pb baik utk memudahkan semua yg berkenaan ; moga ada hikmahnya.

    BalasPadam
  19. hepy enibesari utk korang..
    'ammar pon ske minum ais..da ibunye hantu ais..adoyai.xleh nk slhkn ank jugok.huhu

    BalasPadam
  20. fuhhhh memang rileks sungguh model tu ^_^

    BalasPadam
  21. Nak berhenti hujung bulan kenalah bagi notis awal bulan kan. Notis berhenti kerja bukan ke sebulan kebiasaannya? Tapi pernah juga masa zaman muda belia remaja dulu I geram kat boss dan terus letak notis 24-jam. Sakit hati punya pasal. Nafsu amarah tak boleh dikawal.

    Alah, kalau dah hujung-hujung gini, bolehlah berehat sikit. Blogginglah lebih kerap sementara belum masuk tempat kerja baru. Nanti-nanti tak tahu macamana. Setakat perasan orang mengumpat kita tu, buat donno je. Bukan lama lagi nak dok situ kan. Nanti kesian pulak mereka tak leh nak mengumpat pasal kita lagi (kalau betullah mereka mengumpat...)

    BalasPadam
  22. amboii kemain minum ais.. tak sejuk ke..=D

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...