Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140819

Cerita Aqiqah Luth raya lepas

Raya puasa lepas aku dah buat aqiqah Luth. Maaflah tak jemput sesiapa pun. Sungguh. Ambil 1 bahagian je, tak dapat nak ambil dua bahagian pasal lembu dah full booked.

Ini sepupu Luth. Adik Irish.. 
mak dia berjangkit dengan Luth terus kembung perut lepas berbelas tahun tak beranak...huuhu..


Cerita pasal kenduri aqiqah Luth, memang sangat mudah. Kami buat kendurinya kat kampung belah laki aku. Kampung belah laki aku ni, betul-betul kampung lagi. Kalau nak buat kenduri kendara cukup senang nak bergotong royong. Sedia barang je, mereka memang ringan tulang nak membantu. Kami tak payah nak fikir nak cari tukang masak..

Aku buat raya ke tiga. Pagi-pagi laki aku dah siap ke tempah sembelih lembu. Entahlah kat mana…lama jugalah aku tunggu-tunggu. Sampai tukang masak sukarela yang pagi-pagi dah terpacak nak tolong pun rasa nak balik dah.

Tunggu-tunggu, tiba-tiba mak saudara laki aku pula sampai 4 buah kereta nak beraya. Sekejap tu, laki aku pun sampai bawa balik daging. Senang betul kerja aku, mereka sukarela yang tolong masak, tolong makan.. Lepas tu sampai lagi 2 buah kereta mak saudara dia yang lain..2,3 orang jiran yang sempat datang..Sekelip mata habis, sampai ke tulang sampai ke urat perut. Habis sampai adik ipar aku yang teringin nak makan perut lembu cicah pun kempunan. Nasib baiklah tak jemput siapa-siapa, kalau tak apa nak jamu orang makan..

Seronok aku buat kenduri kat kampung belah laki aku bila tengok mereka memang makan dengan bersungguh. Tak berkira penat lelah masak.

Kalau kat kampung aku, susahlah nak minta gotong royong ni, semua kena keluar upah, kena guna catering.. Apa yang aku suka juga dengan kampung laki aku, walaupun majoriti mereka ni orang susah..tetapi bab makan-makan ni mereka tak kedekut. Suka menjamu orang makan, kalau aku singgah selalu sangat kena paksa makan. Dan mereka masak gulai sangat-sangat sedap..

Insyallah, kalau ada rezeki aku nak buat aqiqah sekali lagi raya haji ni. Buat korban sekali, biar puas sikit makan. Sebab aku dengar cerita hari tu ramai sepupu sepapat yang kecewa tak dijemput. Oh, kalau nak datang rumah aku..bila-bila masa je aku alu-alukan. Asal boleh duduk bersila makan nasi ulam budu. Meja makan aku tak beli lagi..hihi..tunggu nak beli package dengan rumah siap..

19 ulasan:

  1. btul tu slalu org2 kampung ni wlupun susah tp smgt kejiranan n bntu membantu mmg kuat. xmcm org bndr msg2 buat hal sndiri je. pstu ada duit bru smua jalan. kan?

    BalasPadam
  2. comellah luth dok sebelah awek =)

    terbaliklah, kampung suami saya yang semua nak duit
    kampung saya semua tak kisah bab rewang ni

    BalasPadam
  3. Org kampung mmg x kisah bab menolong...seronok..

    BalasPadam
  4. itu yang seronok kat kampung kampung, kalau kampung baru dah lain caranya... hidang steak jer kot.

    BalasPadam
  5. ALHAMDULILLAH SELESAI DAH KAN..CIK MAH PUN DAH WAT JUGA...

    BalasPadam
  6. gitu la kalau duduk kat kampung..mereka mmg ringan tulang tolong kalau ada apa-apa.

    BalasPadam
  7. Oloh tok ajok kita...kata kapung kita dekat je...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah....ada rezeki buat lagi...baik nyer Luth ye berposing...apa lagi ada awek kat sebelah tu..

    BalasPadam
  9. seronoklah bila orang makan sungguh2 bila dijamu..

    p/s selamat hari raya luth..

    BalasPadam
  10. sbb tuh la member aku pun ramai yg suke wat kenduri kat kg..seronok katenye bergotong royong..ckp je nak wat kenduri, ramai je yg volunteer nak nolong..

    BalasPadam
  11. kg akak pulak dah susah nak cari orang ajak bergotong royong..semua dah tua2..yg muda semua dah duduk bandar..

    BalasPadam
  12. kt kg memang macam tue...bersemangat bab2 bergotong-royong.. =D

    BalasPadam
  13. tu la seronok nya dok kampung kan , ramai yang boleh mintak tolong .. lagipon makanan masak gotong royong ni lagi sedap dari katering

    BalasPadam
  14. Seronok bila ada kenduri kat kampung kan.. ramai2 yg datang menolong.. semangat tu yg kita carik..lepas masak, makan beramai2.. seronok... ada rezeki buat lagi kan.. :)

    BalasPadam
  15. kampung mak mertua aku kureng sikit dah.. tapi kampung mak aku masih ada lagi yang nak datang tolong menolong kenduri kendara ni.. seronok kan camtu.. nak catering bagai untuk rakyat marhaen cam kita ni jenuh kira la..

    BalasPadam
  16. sy pon nk wt aqiqah Aqil ry hj ni skali dgn korban.thn lps nk buat ms aqil br bsalin dia kena tahan wad plak so hrp2 thn ni jd la

    BalasPadam
  17. Itulah baru namanya orang kampung. Saling bantu membantu dan ringan tulang. Ni nanti nak buat korban mestilah besar-besaran gak maklumlah nak meraikan pangkat baru jugakan....

    Tak lama lagi tu sampailah set meja makan baru. Masa tulah baru jemput semua orang datang. Senang nak hidang lauk penuh meja :)

    BalasPadam
  18. kalau kat kampung mmg senang. dia orang suka rewang. kalau bandar ni leceh skt.

    BalasPadam
  19. saya sangat suka suasana kampung. gotong royong, x kedekut.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...