Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140815

Hidup tak mudah, tapi tak sukar sangat

Aku kalau cerita bab-bab business ni aku memang semangat. Semangat sungguh, tiba-tiba mengaku darah ore Kelate yang mengalir dalam tubuh aku memang mengtakdirkan suatu hari nanti aku akan menjadi usahan ternama. Orang perempuan Kelantan kan terkenal dengan kerajinan dan kepandaian berniagakan.

 Laki aku pun sama juga dengan aku. Untuk pengetahuan semua, aku dengan rendah diri nak bagi tahu, laki aku bukan sekolah tinggi. Tak ada sijil-sijil pun sebab tu dia kerja penat dan tak kaya-kaya. Doa biar kami cepat kaya. Laki aku bekas penoreh getah je. Sambil tu, tolong kawan cat kereta kat bengkel kawan dia. Macam-macamlah kerja dia buat dulu. Kalau ada orang nak pinjam lori nak hantar barang orang kampung ke, dia jadi driver lori.  Boleh kata, semua kerja kampung dia buat.  

Masa aku nak kahwin dulu..punyalah besar halangan yang aku kena tempuh. Ni ada kaitan dengan darjatlah kekonon. Keluarga aku pun miskin tetapi kekonon aku ni mengaji sekolah sikit, macam tak setaraflah. Lepas itu ini, dah jodohkan… bersatu juga kami mudah-mudah.

Dekat-dekat nak kahwin, laki aku beli kambing banyak jugalah.. adalah berbelas ekor. Kononnya nak jadi penternak kambing berjaya. Agaklah sendiri kalau seekor kambing dalam 5,6 ratus dah berapa pelaburan kat situ. Buat kandang kambing hoduh-hodup, bagi makan kambing sekali sekala memang banyaklah kos terlibat. Kadang kambing terlepas makan pokok tanaman orang, berapa banyak dah sumpah seranah kat tuan kambing terima.

Laki aku ni nasib baik sebab orang-orang kampung ramai yang sokong dia. Tak adalah kambing yang kena sembelih walau sudah dikhabar kalau benci kambing makan tanaman.. jangan dipukul mampus, sembelih terus.

Lepas kahwin, kami tinggal asing-asing lagi. Dia kat kampung, aku kat sini. Macam pelikkan? Isteri tinggalkan kampung halangan demi mencari rezeki. Rezeki aku lebih sikit, sayang jugalah nak berhenti kerja. Tambah pula pendapatan laki aku cukup sekadar buat makan dia je. Aku sabar dan tabahkan hati..(sedih pula aku tiba-tiba)

Kemudian, entah macam mana..laki aku terjebak dengan projek nak tanam cili. Bersungguh-sungguh berkira untungnya tanam cili. Tanah siap dipajak, benih disemai dah siap ditanam. Takdir Allah, dekat nak besar pokok cili..Kelantan dilandar banjir besar. Habis pokok cili tak menjadi. Masa ni, makanan kambing pun aku yang kena keluarkan duit..

Laki aku bukan tak pernah kerja luar dari Kelantan. Zaman muda dia, macam-macam kerja dah dibuat diperantaun. Balik Kelantan pun lepas dah jemu makan gaji katanya. Dengan sijil pandai sikit main-main besi dia cuba ambil kontrak buat longkang, gril sekolah dan lain-lain. Tapi kena tipu pula bila bab bayaran.

Rezeki kami, aku mengandung tak lama lepas tu. Dugaan lagi, diawal kehamilan aku turun darah. Masa tu, laki aku dah buat keputusan untuk tinggal bersama. Sukalah aku.

Tapi, dengan tak ada sijil apa..bukan senang nak cari kerja kat sini.

Bincang-bincang dia buka gerai goreng pisang depan rumah. Sedap sungguh goreng pisang laki aku. Hasil usaha kami laki bini buat experiment resipi yang paling best. Siap ada serdak-serdak tu. Siapa yang pernah makan goreng pisang kat Kelantan mesti tahu, goreng pisangnya tak sama..ada serdak-serdak rangupkan?  Semua oang kata sedap, tak pernah makan sedapa macam ni. Seronok sungguh kami masa tu, siap bercita-cita nanti nak buka stall banyak-banyak macam orang jual burger.. wah, kayalah. 


Impian jelah. Takat jual depan rumah, walaupun sedap sungguh tetapi berapa ramai sangatlah yang membeli. Kawasan rumah kami pun tiga baris je..memang tak ada harapan dah.

Akhirnya laki aku mengalah. Kena kerja makan gaji juga. Lembu, kambing, lori semua sudah tak ada. hasilnya tak ada..dapat beli motor buat ulang alik balik kerja saja. Mula dari bawah. Masuk kilang, jadi technician pun dah syukur dari jadi operator. Alhamdulillah, tak sampai setahun pun kerja ada yang nampak keupayaan dia. Sikit-sikit adalah perubahan keluarga kami nanti..insyallah.

Oh, semangat nak berniaga suatu hari nanti tak pernah padam. Jatuh bangun biasalah..

Hidup ni bukan susah sangat...

23 ulasan:

  1. Akak baca entri.. rasa hebat sangat suami PB.. tak pernah putus asa.. Bagus macam tu.. Insha Allah akan datang rezeki itu..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak. sedihnya baca... penuh dugaan dan cabaran. samalah dengan sy dan suami. dua2 belajar tak tinggi. kerja makan gaji je. alhamdullilah. berkat kesabaran, duit cukup untuk keluarga kecik kami. Dulu sheila buat kerja sampai jadi tukang sapu sampah kat pasar malam pun pernah kak. ahhaha masa tu saja isi masa lapang lepas habis sekolah. hihiiii

    BalasPadam
  3. In Shaa Allah, ada rezeki tu nanti...

    BalasPadam
  4. yg penting sentiasa berusaha dan berdoa... kita permudahkan segala dan serahkan kepadaNya for the rest...

    BalasPadam
  5. yang penzing haaaa gitu, penting.... tak mudah mengalah dan bukan mengharapkan orang semata, usaha sendiri tu yang saya paling respek. tok laki ambe kat sini pun buruh kasar jer, tak pernah belajar tinggi...maklum la orang pelarian perang.

    BalasPadam
  6. aku cukup respect ngan laki ko..rajin usaha..xpenah putus asa..dr gaya ko cite laki ko nie rajin kerja..jenis xduk diam..insyaAllah dgn sikap laki ko mcm tuh, satu hari nnt, ko mesti bangga ngan die..

    true story nak share mana tau naikkan semangat ko..kakak aku sendri..die PA CEO..abg ipo aku kerani biasa je..belajar pun xtinggi mana..tp berkat usaha die, berkat gigih die nak sara bini dan anak2..akhir terbalas jugak..skang nie die jd Area Head Sales kat bank..pucuk pangkal rezeki..kalau xbelajar tinggi mana pun tp kalau cara betul, insyaAllah, berlipat ganda rezeki yg menanti..

    BalasPadam
  7. n3 yg sgt memberi inspirasi & semangat ni PB

    BalasPadam
  8. insha Allah moga usaha-usaha sebelum ni
    diberkati Allah dan diberi rezeki yang melimpah ruah lagi
    pada masa akan datang,
    penuh inspirasi pengalaman awak berdua :)

    BalasPadam
  9. bagus suami PB...tak henti cari rezeki...tak kisah kerja macam mana...janji dia berusaha ... anak buah noe kahwin dengan pengembala lembu...kitaorg ok jer...support je diaorg...janji suami tahu tuk berusaha...selebihnya berserah padaNYA...jgn putus asa ya PB...semoga berjaya utk menjadi usahawan...

    BalasPadam
  10. Suami PB rajin usaha..in syaa Allah..berjaya juga nanti
    Acik suami isteri pun sama..tapi sebab zaman acik dulu senang nak dapat keje gomen..Alhamdulillah keje la kami ..dah nak pencen pun tak kaya Pb..tapi tetap bersyukur dengan apa yang ada untuk besarkan dan sekolahkan anak2

    BalasPadam
  11. Haha...cerita kita lebih kurang la.....tapi satu jer yg x sama...awak ada darah bisnes tapi sy takde...yg kuat darah bisnes adalah en hubby saya...tapi sejak dah byk berniaga ni jadi suka plak berbisnes..haha...

    Saya selalu ingatkan diri sendiri...10 tahun pertama Allah akan uji perkahwinan ngan rezeki...lepas 10 tahun kawen insyaAllah...rezeki kaya tu akan ada...jangan berhenti berusaha!!

    BalasPadam
  12. Bestnya baca pengalaman orang PB....yelah....bukan mudah nak mencari sesuap nasi....huhu.
    Apa kabo kambrn yg berbelas belas ekor tu.....takkan lemas kot hehe...
    pakar motivasi kata org yg berjaya adalah orang yg tak pernah jemu untuk bangun dari kegagalan....kalau tak silap hehe...
    H

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpaksa jual package lembu, kmbng, lori murh2 je sb xde org nk jga kt kg. Nk uph xde duit..
      Kmbng pn byk mati bila bnjir kt kelntan..wabak

      Padam
  13. sama la Sa kita....cita2 suatu hr nt nak berniaga....nak keje pun kali dah tak bagi

    teringat pulak cite pasal bela kambeng tu siap beranak kan hahaha......boleh citer kat anak cucu nnti

    BalasPadam
  14. klau hdup d mudahkn pasti mudah,never give up..

    BalasPadam
  15. bkn senang nak senang. Bk susah nak susah

    BalasPadam
  16. Terharu bunda membacanya...banyak pengorbanan PB suami isteri demi membina kehidupan baru....
    InsyaAllah berkat kesabaran kalian semoga di permudahkan Nya...aamiin

    BalasPadam
  17. kagum dengan orang yang berusaha gigih untuk anak isteri ...biar tak pandai mana...tapi usaha tu lebih penting untuk membahagiakan keluarga .

    BalasPadam
  18. eh..betul tu...ore kelantan mmg suka berbisnes...hehe...

    BalasPadam
  19. Arghh... touching sungguh kisah hidup laki PB ni. Tapi salute teramat, walaupun asyik jatuh terduduk, tetap bangun bersemangat. Tak mudah patah semangat itu yang bagus PB. Kalau difikir-fikir balik, bila kita pernah susah, kita akan sangat menghargai kesenangan yang kita perolehi. Semoga nasib menyebelahi PB sekeluarga. Semoga dimurahkan rezeki buat PB sekeluarga ya.

    BalasPadam
  20. serius taching baca entry ko.. jangan risau.. Allah dengar doa orang yg sabar.. lagi lagi isteri yang sabar macam ko.. insya allah satu hari nanti DIA bukakkan jalan bisnes utk ko supaya dapat bisnes sampai berjaya..

    BalasPadam
  21. ini namanya susah senang bersama. kalau ikhlas bersama, insyaAllah... ada ganjarannya kan?!

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...