Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140806

Kambing Hitam

Hari ni aku moody!. 
Sebenarnya hal ni dari semalam petang lagi, aku bawa hangen aku ke hari ni Rabu. Semalam aku baru nak mula puasa bulan Syawal ni. Letih oh, naik turun ofis-production-ofis. Saja nak menguji tahap kesabaran orang berpuasa. Macam-macam masalah, asal aku masuk kerja ada masalah, masa aku tak ada pula masalah. Pelik tak? Ke aku yang bermasalah. Aku baru je nak warm up…sekali kena simbah minyak, terbakar lah aku.

Aku pulak jenis lenjor, kalau kena marah tak reti nak bergaduh. Keyboard warrior bolehlah. Pasal apa aku kena marah? Aku sendiri pun tak faham juga sebenarnya, sebab-sebab munasabah. Pagi tadi, manager aku yang lain pula kekonon buat penjelasan atas ketidakpuasan aku semalam. Aku makin tak faham. Macam berbelit-belit .

Apa yang aku boleh simpulkan, dalam sesuatu organisasi, mesti ada seseorang kena jadi black sheep. Kambing mana yang buat tahik? Kambing hitam lah. Biarlah memang sah-sah tu tahik lembu. Besar gedabak gitu, tahik lembu jadian kambing. Apa-apa hal, kambing hitam yang salah. Kalau dah tak suka tu, pecat je lah. Kalau tak pecat, aku berat hati nak berhenti..huwa..huawa


Macam biasalah, bila aku dah tension sangat, aku messagelah kekanda aku. Ngadu. Bla..bla.. Dan macam biasa dia jawab, sabarlah..tunggu stabil sikit. Tahu dah skema jawapan tu. Aku set target, berapa lama lagi aku nak kerja sini. Kena buat rancangan betul-betul kalau betul nak berhenti kerja ke. Insyallah, aku sabarlah setakat boleh sabar ni. 

Aku rasa, ramai sangat-sangat yang kerja makan gaji macam aku sekarang yang tak suka dengan kerja dia. Betul tak? Aku pun tak tahu dah nak motivasi macam mana dah, biar jadi ikhlas dengan kerja. Biar rasa gembira dengan kerja kita.. Ingat selalu, ada orang kat luar sana yang nak sangat dengan kerja kita. Kalau kita berhenti, jangan haraplah company kita nak lingkup.. berebut orang nak kerja kita. 

Aku rasa penyebab paling utama perasaan ni sebab suasana kerja sini tegang sangat. Tak ceria. Aku pernah kerja yang 100% ofis. Lain sangat, kerja tension juga tapi ada masa kami boleh bercerita, berlawak, bergosip nak hilang tension. Kerja kilang ni lain sikit. Payahlah aku nak cerita, banyak yang tegang memanjang. Payah sangat nak bergelak ketawa. Kalau aku buat lawak pun budak Nepal aku tak faham. Sendiri lawak, sendiri ketawa. Sendiri marah, sendiri sakit hati. Kalau budak-budak aku kena marah, mengadu tak puas hati, tak dihargailah.. Pandailah aku motivasi, orang atas-atas pun kena marah. Kena marah dengan big bos, dengan customer. Sikit je pun, kita takat kena marah dengan orang atasan tu sikit sangat… Tapi tulah, kena kat batang hidung tak tahu nak motivasi macam mana dah. 

Esok hari Khamis aku ingat nak sambung puasa. Hari ni aku tak puasa, letih sangat semalam..balik kerja boleh tertidur sampai nak buka puasa. Ingat nak puasa selang selang ke..
.
.
.

Tapi tak jadi kot, 

tiba-tiba dapat tahu bos nak ajak ramai-ramai pergi makan luar esok sambut raya katanya. Mmm..
dah bagi tahu awal-awal tak baik pulak rasanya puasa esok.
Boleh bagi rasuah belanja makankan? Huh..nak sambung merajuk esok rugi pulak.

24 ulasan:

  1. Kadang tu suasana tempat kerja pun boleh buat kita tension...tambahan pulak orang keliling yang nampak kesalahan kita jer...walaupun kecil...

    Sabar jelah ...duduk kat rumah pun kadang tension jugak tau...

    BalasPadam
  2. ok, paham situasi ni sbb sy keje kilang gak, tp xmelibatkan prod la..duk opis je.. cumanya sy ni auditor.. silap ckit about system, kena bambu.. pernah gak support line, mcm kuli batak depa buat.. jd kambing hitam pun dh selalu, kenkadang mls nk melawan, so, trima je la.. mmg ada niat nk benti, tp tggu ekonomi stabil.. blerghhh

    BalasPadam
  3. Tingat zaman I kerja dulu, selalu juga dikambing hitamkan (yer la kita orang bawah2 la selalu kena) tapi I rela dengan deal my boss kena bagi bonus besau2. Hahahhaa eh tapi itu pak sanggup kan, bukan kambing hitam lagi.

    Apapun, u sabar jer la. Bedal makan banyak2 biar puas hati hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. daku terima nasihatmu..
      esok aku tak pakai korest..biar besar sikit perutku..

      Padam
  4. hahahaha..keje kilang mmg camtu..saba jela..

    tak masuk lagi bab politik kilang...macam2 la..mmg tak best la keje kilang ni..(sengaja menambahkan angin marah tu...kakaka..)

    buat mase skrang apa yg boleh buat..saba je la..merajuk pon tak guna...macam PB ckp sendiri la..kalau u benti..100 orang duk menunggu nak ganti..company tak rugi pon..haha..

    BalasPadam
  5. saya pun malas sangat dah nak kerja walopon kilang ni taklah setegang mana.huehuehue

    BalasPadam
  6. di mana-mana organisasi memang akan ada kambing hitamnya...

    BalasPadam
  7. Hi PB, saya pun keje kilang gak. stress bila ada ada satu2 masalah. tambah plak dengan org keliling yang hanya pandai cakap je-tapi takpandai buat. Dulu ex-manager saya ajar, kalo ada problem, kita kene pandai tolak2 supaya tak nampak kita sorang yang seolah2 salah. Saya praktik kan macam tu la. So biar semua orang pun nampak bersalah. heheh.. tapi overall, keje kilang memang tak best la. Walaupun kene gigihkan diri utk terus kerja. hukhuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh gitu keadahnya..
      nk belajar skill tolak-tolak ni..

      Padam
  8. kambing hitam mmg ada je dimana mana...sabo je la..kang berenti susah dpt keja...bkn senang nak dpt keja skrg

    BalasPadam
  9. sabar ye PB. Keja makan gaji mmg gitu. kalo dah stabil skit bleh rezain. *ceh tetibe aku buat ayat mcm asben ko. hehe.

    BalasPadam
  10. memang kena banyak sabar Pb..kakak akak pon kerja kilang..selalu kena marah ngan bos..tp kakak akak jenis melawan..pernah dia merajuk ponteng kerja..last2 bos pujuk suruh datang..slalu jugak dengar kakak akak cakap nak berhenti..tp tak berhenti2 jugak..agaknay tak stabil2 kot..hehe..

    BalasPadam
  11. alhamdulillah kalau dapat kerja yang sesuai dgn jiwa kita...sabar bebanyak ye dan selamat hari raya

    BalasPadam
  12. suasan tpt keje mmg sgt mempengaruhi ... antara best dgn x best ... kerja sendiri , kita bos kita kuli tapi klu x keje rm x masuk pulak ... mungkin PB dah blh usha keje kat tpt lain . mana lah tahu ada peluang yg lbh baik ...

    BalasPadam
  13. Kena byk sabar lh ye...klu asyik tegang jer fedup juga..
    lps bos ajak mkn2 tu kurang sikit kut..

    BalasPadam
  14. Sama la kita.. kalau ada masalah kt ofis husband la kita cari...hehehe.. situasi mcm tue mmg berlaku kt semua ofis..kena sabar jer la.. =D

    BalasPadam
  15. Begitulah bila nama pun kerja tak semuanya tenang memanjang. Sesekali akan ada rasa tercabar. Kakak ni yg dah tua-tua pun sama juga. Pernah sekali brg import sampai port baru sedar AP dah luput tarikhnya. Malam itu juga kakak ke office settle apply ke MITI online utk dptkan AP. Esoknya MITI pulak line problem. Bayangkan! Tak boleh declare sebab duty dia ratus-ratus ribu dik! Bila simpan kena storage charges! Nak marah siapa. Kalau nak marah kerani pun tak boleh juga sebab kita yg ketua pun tak sedar. Jadi tanggunglah masalah...

    Jujur tapi kakak tak suka nak salahkan staff kakak sebab itu kakak punya staff sgt closed dgn kakak.

    So... PB kena sabar akan tiba masa PB duduk di atas jgn buat seperti yg org atas buat sekarang.

    BalasPadam
  16. mmm, bersabar je la PB. apa boleh buat.lumrah kja makan gaji.

    selamat hari raya maaf zahir batin :)

    psstt: a’aaa. betul tu, kalau lps makan pergi gosok gg, mmg akan kluar la semua tu.
    awal2 dlu mcm tu la.hatta minum air kosong pon.pepagi buta mmg x blh gosok gigi..

    BalasPadam
  17. Xde sape yg keje makan gaji nak teruskan makan gaji..nak2 plak kalau environtment opis yg menyakitkan hati..n kambing hitam tuh mana2 opis pun ade sekor..mmg xleh nak wat ape..sabar ye bebeh..

    aku kalau boleh nak benti keje jaga anak (aku malas nak kene sebenarnye..huahuahua)..tp laki aku xbg..sedihh..

    BalasPadam
  18. Bila kerja makan gaji memang beginilah gayanya. Kadang-kadang kita berazam nak buat kerja baik-baik dan bersungguh-sungguh, bila dapat treatment macam ni, rasa nak blah masa tu juga. Nak tinggal kerja terasa sayang. Tak nak kerja pun rasa macam alahai....

    So hari ni sedaplah dapat makan-makan free bos belanja. Makan banyak-banyak sampai senak, puas hati. I pun selalu juga kenakan bos bila dia nak belanja makan. I pilih makanan yang paling mahal sebab dia belanjakan. Barulah hati puas dapat balas dendam tapi dia tak perasan. Hehehe.

    BalasPadam
  19. Kerja makan gaji memang mcm ni. Tp kalo dh jd kambing hitam memang membawa marah, xpasal2 kita jd mangsa.

    BalasPadam
  20. betul tu PB..bila dah jadi camni memang akan rasa down giler...& nak brenti time tu jugak.. situasi kita ada sikit persamaan.. heheh

    BalasPadam
  21. klu dah rasa x seronok sangat....cuba la cari keje lain...sampai bila nk sabar kan...asyik kena jadi kambing hitam jer...silap2 kena high BP...

    BalasPadam
  22. Sama jer ngan Pak.Jilap PB.....kerja dah tension.....okje yg dengo masalah dia pun jadi tension gak hehe...
    Mentang mentanglah kambing tu hitam....diperkotak katikkan yek! Hehe

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...