Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140820

Keluar dari zone selesa

Aku masuk kerja pukul 8 balik kerja pukul 5. OT tak buat, pasal company kata, azek level tak dibayar OT. Mata duitan kan aku? Kerja untuk duit. Adalah juga kadang-kadang aku stay lama sikit kalau production ada testing ke ada apa isu. Kalau tak, aku memang sangat punctual, terutama bab-bab balik. Memang tepat masa.

Alah bukan aku sahaja kan, aku rasa semua mak-mak macam aku memnag nak balik awal je kerja. Rindu dendam kat anak tu memang kena ditunaikanlah bila lepas waktu kerja. Ayah dia jenis penyabar sikit, boleh lagi singgah minum air lepas kerja…mmm

Malas-malas…malas aku nak kerja makan gaji.

Tiba-tiba Allah uji aku. Asyik sebut pasal nak berhenti kerja, nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa kekonon… Aku dapat panggilan interview yang tak dijangka langsung. Tak pernah terfikir langsung. Memang resume aku ada lagi dalam Job Street, aku tak pernah buang. Aku daftar masa zaman belajar lagi. Aku adalah update awal tahun ni, aku rasa masa aku hangin-hangin kot.. Kalau dulu tiap kali aku moody pasal kerja aku akan draft surat berhenti kerja, sekarang kalau aku moody aku akan update resume aku.. Update expected salary je pun.. Up lah sikit lagi dalam 3,4 belas ribu je pun, padanlah dengan kelayakan aku. Tipu dik, itu memang expected salaray tak nak kerja. Aku up sikit je, sesuai rasanya dengan pengalaman aku…lagi pun kerja sekarang susah, penganggur pun ramai.

Kebetulan ada majikan yang nak cari pekerja baru. Dia call aku tanya aku berminat tak nak interview. Kilangnya pun dekat kawasan rumah aku je. Kalau kawasan Kuala Lumpur atau jauh sikit dari tempat aku, aku rasa aku kena tolak. Tak larat oh nak makan jammed dan cost of living hidup dalam bandar. Lagi pun aku selesa duduk kawasan Rawang ni. Kos hidup pun masih rendah.

Dan berita baik yang aku nak bagi tahu korang, aku dah dapat kerja tu. Aku belum resign lagi ni..aku dah share berita baik ni kat korang..hu..Aku ingat nak buat surprise, alah MD macam na you boleh tahu? Macam mendengar pula rintihan hati ni..terima kasihlah ni agaknya doa kawan-kawan blog ni juga..sebab aku memang tak pernah bersunggut nak berhenti kerja kat sesiapa melainkan laki aku dan blog ni.. rasa nak peluk cium sorang-sorang yang banyak bagi semangat kat aku selama ni.. Touching sesangat..

 Bidang baru tetapi dekat dengan pengajian aku. Aku akan masuk balik dalam bidang Chemical. Lepas ni aku taraf M3JER-MEj3R lah.. dok main ezeKutis-kutis dah..Ha..ha..ketawa angkuh.. Pang, belum start kerja dah eksyen. Tolong ketuk sikit kepala aku, kalau lepas ni aku sombong nak mampuh! Lupa daratan, sebab lepas ni aku kerja kilang sabun yang suci dan menyucikan. Ya Allah, jadilah hati aku sesuci sabun kilang baru aku nanti yang dapat menyucikan serdak-serdak kotor. InsyAllah.. J

28 ulasan:

  1. weee.. tahniah weh.. bestnya kalau aku dapat cam ko jugak..

    pasrah gak keja skang paling dekat.. offer lain semua jauh.. T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih.. ni br aku nk dpt offer bgus sikit...hii
      aku doa ko pun sucsess selalu

      Padam
  2. Tahniah PB... rezeki Luth tu... dekat dgn rumah lagi lah best... TAHNIAH.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih juga Atie..:)

      Padam
  3. wahhh..tahniah2! dalam duk bersungut tu kan Allah dah denga luahan hati...Alhamdulillah..tumpang happy la..kita pon happy jugak ni..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah punya rancangan..berkat doa kwn2 juga

      Padam
  4. Tahniah....syoknya dpt keja br dkt dgn umah

    ni dok kata nk benti x benti2 pong...hik3

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah! Tahniah! Akhirnya terbuka pintu rezeki baru....

    Oh, ni kes dah jadi managerlah ya? Baguslah PB, ada peningkatan. Moga rezeki lebih dimurahkan selepas ni demi keluarga tercinta.

    Kilang sabun apa ni? Cepatlah cakap. Kalau tak, I google kilang sabun yang ada kat Rawang tu. I memang tak sukalah separuh-separuh jalannya citer. Hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabun x jual kedai Md.. kalau dok leps ni boleh kita suplly kat md..
      sabun utk industry..
      terima ksh bnyk doa Md dn kawan2

      Padam
  6. woot woot!!!..congrats..ko dh tender blum weh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. blum..hiih tq sesangat selalu dgr luahan hti jiwangku..hi

      Padam
  7. tahniah & good luck dear...

    BalasPadam
  8. tahniah pb...berubah angin, tempat baru, kerja baru..
    moga dipermudahkanNya..

    tak sabar nak tahu sabun apa. menyibuk lak kak ni..hihi

    BalasPadam
  9. tahniah PB semoga berjaya ditempat baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah.. doa yg terbaik..

      Padam
  10. Tahniah..
    Kat Rawang rumah masih murah..dan as a career mom, mmg better opis dekat dgn rumah

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Tahniah manager baru. Dekat ngan umah plak tu.

    BalasPadam
  12. congrats :) insyaAllah kalau rajin semua ok

    BalasPadam
  13. mu sombong tak update blog pasni siap mung. muahahahaha. anyway.. TAHNIAH! hugsss hugs hugs.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah rezeki...dapat dekat pulak tu....tahniah yer....
    pasni dpt sabun free la yerrkkk hahaha gurau je

    BalasPadam
  15. tahniah2... rezeki dpt kerja kat tmpt baru dgn dkt kat rmh plk lg...

    selamat hari raya ye!!!

    BalasPadam
  16. bestnyer dengar... akakpun teringin sesangat keluar dari zone selesani.. tapi tuler buat masa sekarangni sangat selesa sebb dekat ngan rumah... kalau der lagi dekat sebelah rumah baru resignkan... .tahniah.. gaji sure lebihni... tahniah.. tahniah..
    ps terima kasih masih sudi jenguk blog akak walaupun dah suam kukutu...

    BalasPadam
  17. tahniah PB
    semoga terus success
    saya aje masih mencari-cari =)

    BalasPadam
  18. tahniah PB..tumpang gembira

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...