Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140815

Kucing jiran

Hidung aku sekarang kurang peka dengan bau-bauan sekarang ni. Kalau Luth membuang pun aku tak boleh bau. Melainkan dia yang selalu ke sana ke mari tiba-tiba terhenti, berdiri kaku sambil buat muka pelik dan kaki tangan seram sejuk. Hah, tu tandanya tengah membuanglah tu.. kalau aku tak tengok, memang aku tak tahu. Bila tiba-tiba ayah dia menjerit kata ‘BUSUKnya’ bila Luth letak punggung atas ayah dia yang baring depan tv lepas balik kerja, baru aku tahu Luth dah berak.

Resdung kot, deria bau kurang sikit akhir-akhir ni.

Bagusnya, aku tak rasa apa bila laki dengan ma aku asyik bersunggut pasal bau tahi kucing  depan rumah. Kucing ni jiran kami punya. Rumah aku tak ada kucing.  Hari-hari kot kucing ni berak, haruslah kan.. dia bukan selalu berak depan rumah aku, kadang dia berak depan rumah tuan dia juga. Tuan dia pun aku tengok dah siap ada pasir tempat untuk kucing membuang. Tapi kucing, binantang yang tak ada akal tak kira sangat kat mana nak membuang. Ikut mana dia rasa  nak membuang.

Hujung minggu lepas, kawan aku datang makan tengahari kat rumah…  Dia cakap macam ada bau je. Kebetulan aku hidang, sambal tempoyak pucuk  ubi yang diberi jiran lain.

‘bau tempoyak ni..’ Aku masak lauk makan harian aku je, tak ada masak special sangat pun datang rumah aku. Goreng ikan, rebus pucuk ubi yang diberi jiran lain lain (kebetulan juga pucuk ubi) cicah budu je.
Lepas siasat, rupanya bau pelik tu..bau tahi kucing. Kuat sangat kot.

Cermin rumah yang biasa terbuka seluas alam sejak akhir-akhir ni asyik ditutup. Ma aku tak tahan bau tahi kucing tu. Walaupun dia berak kat sebelah, tetap baunya masuk rumah aku. Duduk rumah sebelah-sebelah memang berbau.. Laki aku asyik ulang-ulang nak ‘katok mampus’ je kucing tu..geramlah tu..

Petang tu laki aku duk bersantai depan rumah. Tiba-tiba jiran kami tegur. Nak minta tolong katanya. Laki aku yang ringan tulang seperti biasa tidak pernah menghampakan sesiapa yang dalam kesusahan.. tambah pula, jiran ni tengah bujang sekarang. Bini balik kampung bersalin, kereta pula baru eksiden. Hujung minggu ni nak balik kampung, siapa lagi nak diharapkan menolong kalau tak jiran sebelah menyebelahkan?

Dari duduk terus berdiri menunjukkan kesungguhan dan kesedian untuk menolong.

Semalam aku balik kerja tengok banyak ikan kat singki. Aku tanya ma aku kenapa bawa keluar ikan banyak-banyak ni? Aku ingat ma nak gulai ikan nak buat open house kot..

Dalam periuk tu, ikan goreng yang dah siap digaul tuan dia dengan nasi nak di bagi untuk makan malam.

Rupanya ni ikan untuk kucing sebelah. Laki dan ma aku dah diamanatkan menjaga makanan kucing.. ikan kucing jiran aku sebesar ikan buat makan aku sekeluarga.

Rasa nak gelak guling-guling….



17 ulasan:

  1. bagus sungguh jiran PB tu.layan kucing sebgitu baik.. ikan kemahen besaunya..

    kenyang le kucin kucin tu..

    BalasPadam
  2. hoii~~!! mewah gila kucing..

    baik hati gila kan laki ko..

    tapi bagus la.. kucing tu binatang kesayangan rasulullah.. moga murah rezeki ko lepas ni.. :D

    BalasPadam
  3. wah kenyang kucing2 tu dapat makan banyak2...salam jumaat PB...

    BalasPadam
  4. kemain byk stok ikan utk kucen dia..

    BalasPadam
  5. ikan mcm nk buat gulai.gila gemuk la kucing jiran cmtu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ma aku rebus je ikan.. kurang kolestrol takut kucing tu gemuk...kih

      Padam
  6. tgk gambo ikan aku duk ingat ma ko nak masak wat gulai ke..mana la tau ade yg nak dtg..sekali utk kucing..hehe..

    aku nie hidung bak kate laki aku xde masalah pernafasan nie (die kutuk hidung aku besau..cisss) mmg senang nak bau segala bau yg xsenang nie..mulalah duk mencarik sbb kalau idok, mmg tengahari aku tutup sliding door aku..bau lg kuat kalau tengahari kut..

    BalasPadam
  7. Untunglah kucing jiran ko tu dpt tuan pemurah.

    Tahi apa yg tak busuk wei...ekekeke...Tapi kalau lepas hujan lagi kuat baunya. Ko letak jer minyak tanah kat tempat kucing tu selalu membuang.

    BalasPadam
  8. Amboi besarnya ikan untuk kucing kesayangan jiran ni... mahu obese kucing si jiran ni kan!

    Baguslah dapat suami ringan tulang menolong jiran tetangga dekat jauh macam suami PB ni. Nanti bila dalam kesusahan, ramai jiran yang offer diri nak menolong pulak. I memang tak suka pet animals bagai ni. Memang takdalah kucing seekor pun di rumah mahupun di sekitar rumah. Tak tahan geli bulu kucing....

    BalasPadam
  9. sdap kalo ikan tu digoreng makan dgn ns panas2 cicah sambal kicap!
    haha...

    bertuah la kucing dpt mkn ikan besar..

    BalasPadam
  10. At least bukan najis mughallazah PB. Kita area rumah anjing selalu berak. Dah berapa kali terpijak dan banyak kali juga tayar kereta lenyek. Tapi tulah tahi anjing tak berbau.

    BalasPadam
  11. patut la berak beso.. ikan pun beso makannya. kucing kan boleh diajar berak kat tempat "toilet" dorang, adehh dah la terpaksa menhidu bau, now nak kena jadi butler pulak. sabor jer la koirang yer.

    BalasPadam
  12. wallaaaa kelassss kucing tu, ikan bukan main bagak lagi...

    BalasPadam
  13. hehehe...noe pun ada bela kucing...bau tu mmg x dpt nk dipisahkan...tp sbg tuan punya kucing kena la selalu buang tahi kucing tu tuk elak bau nya merebak ke kawasan jiran kan...

    dpt jiran baik macam PB ok la..boleh tolong...hehehe...ikan tu protein yg paling bagus tuk kucing dpd makan yg whiskies la..whiskas la..pro diet tu...klu noe..noe rebus dulu...baru bagi...

    BalasPadam
  14. Kat rumah ni pun ada kucing .....dtg tepi parit depan rumah dah TLBD ambik jadi kaksk angkat. Dia memanjang jadi adiknya hehe...
    Tp sejak bagi makanan kucing tu kurang bau najisnya....
    Tak rajin mak nak belikan dia ikam kembung

    BalasPadam
  15. jiran belakang rumah saya suka bagi kucing makan..kucing tu bukan kucing belaan dia..kucing datang2 singgah je jadi takde bau2an ..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...