Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140821

Luth sangat baik

Kadang-kadang aku rasa Luth ni aktif sangat. Suka panjat-panjat kerusi. Suka lompat-lompat, pusing-pusing pening, dan jatuh menangis. Suka sangat-sangat sepahkan barang.

Orang kata, boleh tahan jugak Luth ni…Ni lah kot sesetengah mak bapak yang akan rasa bila pergi rumah orang, anak kita aktif sangat. Kadang rasa tak terkawal.

Tetapi sekarang ni, aku rasa taklah teruk sangat. Memang ni perangai normal budak tengah membesar. Belum ada akal lagi..Penerokai minda dia sedang bermula.

Bila ada budak-budak baya atau tua daripada dia datang rumah..terutama yang lebih aktif lagi. Luth akan mengalah. Duduk senyap, beriba sambil perhati budak yang aktif main-main mainan dia, sepahkan mainan dia.. Sampai dia rasa confident baru dia bangun main sama..

tiba-tiba aku rasa, Luth ni budak baik sangat dah ni. Tak tunjuk nakal dia depan orang.
Tengok baby Luth, baik je..

Senyap-senyap dia buka bag aku, jumpa pen dengan diary titip tiap helai kisah-kisah seharian Luth dan mak.
Sila pejam mata tengok cadar aku kerut kemut


 Baiknya Luth, behave sangat depan tetamukan….

19 ulasan:

  1. baik nyer dia...ank sapa la ni yek ;-)

    BalasPadam
  2. in sha Allah doa ibu tiada hijabnya..
    ulama kecil yg comel

    BalasPadam
  3. lama tak junguk sini... ^_^

    luth dah makin besar dah ..

    BalasPadam
  4. bgusnya dia behave dpn org.klau x msti org kata 'tudia luth lasak bkn main lg'

    BalasPadam
  5. memang Luth budak baik..tengok muka pun tahu..kan Luth..
    kaksura skrg pon pening ngan Afif..menjadik-jadik pe'el comeynya...geram jer..

    BalasPadam
  6. Hahaha...boleh geng ngan adik Ammar ni...baik jer dpn tetamu..hakikatnya mau tauu la..hahaha

    BalasPadam
  7. hihihi baik nya Luth... anak omak mesti baik.. Pa'e kadang dpn org pandai gak buat perangai..haha

    BalasPadam
  8. Biasa la budak-budak umur Luth ni. Tengah semangat nak jadi Dora The Explorer. Nanti dah besar sikit, dah puas explore, slow la sikit tue.

    BalasPadam
  9. salam singgah. anak-anak nak membesar kan, memang mencabar jiwa minda dan perasaan. macam saya anak kembar baru 2tahun ni lagi lah :D

    BalasPadam
  10. Luth ni kategori belum berakal tapi dah tahu membezakan keluarga sendiri dgn org asing.
    Itu yg bila ada org luar dia behave well. Kiranya pandai kan..

    BalasPadam
  11. Mmg ada jenis budak yg agak lasak/aktif ( not hyperactive/ ADHD)..setiap kanak2 tu berbeza karekter nya...saya perasan kat anak bongsu saya ni, mmg aktif, padahal umur baru setahun sebulan..kalau banding dgn abang2 nya dulu, masa mereka kecil tak lah seaktif dia

    BalasPadam
  12. Normal lah tu... sel2 otak sedang berhubung katanya...
    Kan budak bijak tu, pandai jaga diri depan tetamu :)

    BalasPadam
  13. budak2 yg sihat mmg aktif...baik ikut sape la agaknya yer...ikut mama nye ke?? hehehe

    BalasPadam
  14. hehe...budak nak besarkan
    memang tengah ligat, banyak benda nak explorer
    anak dara saya, tuhan ajelah yang tahu betapa
    mama dia mencuba sedaya upaya bersabar dengan keligatan dia

    BalasPadam
  15. baby lebih elok aktif kalau tak aktif nanti rs cam ade yg tak kena jer kan..cam arissa nie tak lekat pegang..nak mandi, nak cuci bontot pun susah asyik nak bergerak jer..dok dlm keta fening kepala mak dier ...huhuh

    BalasPadam
  16. biasa tu bdk tgh mmbesar nak2 lagi anak laki mmg lasak lebih....lbh baik aktif dari xaktif.....

    BalasPadam
  17. dia duduk tenang atas riba tu, dia perati sebenarnya. hehehe

    BalasPadam
  18. Baiknya perangai Luth ni ikut siapalah agaknya. Ehmm, ehmm...

    My anak-anak berbeza perwatakan. Masa umur sebaya, yang Abang sangat tak melasak tapi si Adik ni aduhai, memang mengajar kita supaya banyak bersabar. Itupun kadangkala riuh gak gegak gempita di rumah. Tak boleh bayang kalau ada 4,5 orang anak hampir sebaya. Rasa macam pengsan berdiri je, tak sempat jatuh ke lantai dibuatnya!

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...