Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140804

Penat lagi makan jem

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Sihat-sihat lah hendaknya semuanya.

Aku balik dari Kelantan semalam. Bertolak dari Kota Bharu pukul 9 pagi, pukul 8 malam baru sampai Rawang. Potong ikut mana boleh potong tak usah ceritalah. Itu pun keluar Bentong pintas ikut Genting Sepah, kalau masuk Gombak, Batu Caves aku rasa pagi ni kot baru sampai. Jem dari Kelantan sampai Selangor, kereta berlapik-lapik tak putus-putus. Kalau tak ingat hari ni Isnin nak kerja, aku pusing balik tidur rumah… hari ni baru balik sini.

Pinggang ni rasa macam nak patah, Luth pulak buat peel sikit dalam kereta semalam. Mata pejam, mulut nyuknyuk tak boleh nak letak langsung. Letih juga Luth tu. Dahlah kereta kecil, duk sebelah driver kaki Luth asyik kena gear. Apa-apa pun, syukurlah semuanya selamat sampai. Kereta buruk, kecil pun banyak kali dah berjasa pergi balik kampung. 

Hari ni ada rasa penat lagi.Tapi seronok sungguh balik kampung. Kumpul sanak saudara sahabat handai, precious!!. Nantilah kita nak refresh sikit-sikit aktiviti raya ni.

Ambil mood dengan kurangkan penat dulu hari ni ye…
 Luth sebagai cucu Tok Ma, selalu menolong Tok Ma mengemas rumah Tok Ma

Rumah Tok Ma memang selalu kemas, luth tolong sikit-sikit je.

Dah start ke puasa kawan-kawan? Kita nak cari kekuatan macam mana ni….mmmmm

13 ulasan:

  1. Rajin betul Luth mengemas ye :)

    Akak belum mula puasa enam lagi PB..
    Selamat berpuasa buat PB semoga diberi kekuatan :)

    BalasPadam
  2. Rajin tul anak2 kta ni mengemas yer..hehehe

    BalasPadam
  3. Penat tapi berbaloi kan dapat beraya bersama2 keluarga di kg .... rajin luth kemas rumah ... hehe

    BalasPadam
  4. tu la kan..mood kelaut lagi nih

    BalasPadam
  5. xblh puasa lagi..keuzuran..huhu

    BalasPadam
  6. aku raya shah alam je tahun ni.. agaknya kalau balik kelantan mau patah pinggang aku.. ada hikmahnya raya tak meriah sangat tahun ni T_T

    BalasPadam
  7. akak balik sini hari sabtu memang berjalan lancar.. macam tak suasana hari raya.. tapi lebuhraya PLUSler... gambar raya kita tunggu dululerkan..

    BalasPadam
  8. huhu...kita balik umah raya ke 4 pon jammed jugak..lenguh kaki2..

    BalasPadam
  9. Ramai yg mengeluh PB pasal jem di pantai timur menuju ke KL. JB ni nampaknya ok cuma di Woodland tu jem macam biasalah..

    Luth hairan apasal rumah tokma kemas sangat itu yg nak bagi ibu berkemas sikit:)

    BalasPadam
  10. aduhai Luth mengemas yer. hihihi..

    BalasPadam
  11. aaahh..sib baik saya tak balik kampung ..kalo tak mesti kena plan betul2 nak elak jam tuh...takpun baik jer keje kat kelate kan takyah balik kg..heheheh...
    mula since last week lagi somi isteri tp mampu 2 hari dlm seminggu jerlah sbb somi byk urusan kan...:)

    BalasPadam
  12. Nasib baik ada Luth, kalau tidak tak berkemas rumah Tok Ma. Alhamdulillah, dah balik beraya dan dah sampai dengan selamatnya di Rawang. Masa untuk bekerja pulak. Jomlah, on mood kerja sebab kita pun lembik bebenor masuk pejabat hari pertama nih :)

    Kita dah start puasa enam hari ni, PB. Kalau tak sungguh, memang alahai siksa rasanya nak mula.

    BalasPadam
  13. Anak sedara yg beraya di Kelantan pun sampai Muar separuh hari....mmg puaslah makan jem hehe....
    Luthkan cucu kesayangan Tok Ma....mestilah tolong tok ma kemas....kan Luth....

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...