Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140828

Pengalaman interview yang tak berapa semengah

Nak kerja tapi benda yang paling malas adalah nak pergi interview..betul tak? tak kira yang dah bertahun kerja nak tukar kerja atau yang baru graduate.. takut pun takut..

Aku juga..

Nerveous betul aku nak attend interview. Lama pula tu, aku tak pergi interview ni, aku pun kurang ada pengalaman interview ni.

Kerja pertama aku jadi research assistant untuk lecture aku. Sebulan je pun atas belah ihsan walaupun dia tak memerlukan pun assistant. Saja kesian kat aku yang dah sebulan menganggur. Lepas habis study tu aku melepak tidur bangun kat kampung sebelum aku ambil insentif  tanya khabar kat member-member kot ada peluang aku nak balik Shah Alam. Senang sikit aku nak pergi interview ke apa. Masa aku jadi RA ni memang ligatlah aku cari kerja, lecturer aku pun faham sebab tu awal-awal lagi dia bagi tahu dia mampu upah aku sebulan je.. tak ada dana.

 Interview pertama aku jadi editor buku sekolah. Sebelum interview, aku kena buat ujian dulu. Ujian bahasa melayu, matermatik, bahasa inggeris dan sains. Aku rasa ujian bahasa inggeris aku fail. Tatabahasa Melayu pun tak betul, ada hati nak edit English grammar. Kebetulan, dia nak cari editor untukk subject Kemahiran Hidup Bersepadu dan editor Sains dan Matematik. Masa tu, sains dan matematik baru nak laksanakan penggunaan bahasa Inggeris. Awal-awal masa interview, aku dah cakap aku tak boleh. Jujur kan aku..hhihik.. tapi rezeki aku, aku dapat tawaran untuk jadi editor Kemahiran Hidup.  Tapi sebab aku tak ada background dalam publication, aku cuma jadi assistant editor.  Tapi tak apa, gaji aku sama juga dengan editor.

Tak lama lepas tu, aku dapat tawaran interview jadi Chemist kat Sungai Buloh..tapi bodoh aku masa tu, aku tolak sebab aku dah dapat tawaran jadi editor, malas nak pergi interview. Aku ingat, masa tu aku baru sampai kat kampung, kekonon nak rehat dulu sebelum start kerja..malaslah nak pergi interview. Aku bagi alasan aku dah dapat kerja, tukang telefon siap tanya aku tak nak cuba datang interview dulu ke? Kemudian, aku dapat juga tawaran jadi Engineer yang ni berkait dengan Environmental sikit..pun aku tolak pasal kat Kemaman kilangnya. Padahal, aku pernah je practical training kat Kemaman. Entah, jiwa aku tak kena duduk kat Terenganu, lagi-lagi kawasan perindustrian macam Kemaman..walaupun orang kata dekat sikit dengan Kelantan. Beberapa bulan duduk kawasan Kemaman, aku rasa... aku tak boleh biasakan diri. Rasa macam dekat dengan Kelantan, sebenarnya jauh juga. Alasan sebenarnya..malas+takut nak hadapi gemuruh interview lagi.

Oh, aku rasa aku pernah juga dapat offer interview dari Petronas. Aku tanya interview dia macam mana? Dia cakap verbal and written test. Aku kalau dengar bab-bab kena ambil test ni, aku memang kecut perut. Tambah pula masa tu, kekawan aku ramai duk cerita pasal interview yang diaorang attend. Kebanyakan yang pergi interview tu best-best student lah..Aku yang tak berapa best ni jadi tukang dengar lah. Dia orang kata susah, nanti soalan dia suruh cerita type of pump and fuctionlah..apa benda tu?  Aku terus aku jadi down. Aku menolak sebelum berjuang.  Rendah betul self confident aku..

Interview kedua yang aku pergi kilang kat tanah kelahiran aku Kelantan jawatan apa entah aku lupa (tak dapat, tukang interview tu poyo aku rasa..soal dalam Bm suruh kita jawab dalam BI..Poyokan? aku kutuk:pasal aku tak dapat pun jawatan tu hihi..)  dan yang terakhir kerja aku sekarang ni.

Jawatan yang diiklankan adalah Engineer. Masa tu rasa dah tak berapa seronok jadi editor. Sebenarnya, aku rasa cemburu sebab ada beberapa orang yang diambil ter-kemudian dari aku cepat diserap jadi editor tetap tetapi aku pangkat assistant editor contract lagi. Walaupun aku dah dapat hampir semua faedah, tetapi aku rasa macam kerja aku tak dinilai. Tak dipandang dan aku dianggap macam budak-budak je. Jadi aku pun ligak baliklah cari kerja baru..Nasib aku baik betul, apply je terus aku dapat temuduga ni.

Interview aku yang ke tiga aku adalah kerja aku sekarang.

Aku pun tak ingat, soalan temuduga aku selain explain pasal background aku. Aku rasa tukang temudaga yang banyak cakap, nak bagi aku impress nak kerja situ…aku tak tahu apa yang aku cakap. Lupa dah, nervous kot masa tu masih fresh graduate blur-blur dan tak tahu apa-apa. Aku rasa aku memang dapat jawatan tu pasal masa interview aku siap dapat tour kilang lagi, manager tu nak explain pasal production.. Lepas temuduga baru aku tahu, aku tak jadi engineer.. Pun terkubur sudah cita-cita aku nak jadi engineer..

Kilang ni banyak mendewasakan aku. Aku pernah menangis depan bos bila kena marah. Kalau ingat balik masa tu, aku rasa kelakar sangat. Banyak benda-benda bodoh yang aku buat dalam kerjaya aku…pengalaman. Aku berhenti kerja kali ni bukan sebab aku dah tak suka dengan kerja aku walaupun aku selalu merungut kata nak berhenti. Cakap je…hihi nak luah perasaan.

Aku nak buat perubahan baru dalam hidup aku. Sebelum ni aku rasa, confident level aku rendah sangat. Sekarang masa aku untuk bangkit. Allah dah bagi aku peluang aku tunjukkan kemampuan aku.. aku kena rebut peluang ni, tunjuk siapa aku. Kalau aku tengok sekeliling aku..kawan-kawan aku yang meniru periksa dulu pun boleh jadi somebody hari ni. Bayangkan yang aku rasa bodoh sikit dari aku, yang selalu tiru result experiment aku dah jadi pensyarah, macam manalah agaknya dia nak ajar anak murid dia nanti?... insyallah aku pun boleh.

Sebab dah lama sangat kat sini, aku rasa otak aku dah disetup takat ni je lah keupayaan aku.. Aku kena keluar.

Aku ni bijok sebenarnya..

Hahaha….
Kan? Kan?


Lupa nak cerita pasal interview aku yang baru ni..macam hampeh juga. interview pukul 11 aku sampai pukul 2. Sesat tak tahu pergi mana. Aku kan buta jalan KL. Sikit lagi aku nak cancel j interview sebelum mereka col aku bagi direction satu-satu sampai depan ofis... Tapi orang kata, kalau dah rezeki aku..rezeki aku juga.

22 ulasan:

  1. seramnyee nak interview... anis pon fresh graduate.. belom dpt kje lagi..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat muka bersungguh-sungguh nak kerja.
      ulang-ulang cakap, saya nak belajar..
      kalau dia cerita susahnya jawatan tu..cakap.. xpe sy nak belajar, sy boleh..dgn muka sungguh excited sambil banyak menhurai balik cerita dia dgn kekonon pengalaman msa belajar dulu dah pernah buat..

      good luck anis.

      Padam
  2. Begitulah yg dikatakan perjuangan.
    Org interview dpt menilai kita sejauh mana kemampuan kita
    Kdg dari pertuturan dlm telefon pun dia dah boleh agak sebab itu walau lewat dia tetap tunggu
    Alhamduillah rezeki anak-anak (akan dtg kan tambah anak lagi hihi...)
    Selamat berjuang di tempat baru (bila?)

    BalasPadam
  3. Klau dgr je nak pi intrvuwe memg seram

    BalasPadam
  4. DH BERBELAS THUN TAK PI TEMUDUGA NI..
    DH JADI PENGURUS KAT RUMAH SENDIRI

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak jadi manager gak harapnya satu hari..
      sikit lg guni duit kita nak penuh ni kita nak berhenti jgk...haha

      Padam
  5. diorang memang nak ko keja situ.. memang dah tertulis rezeki ibu luth.. hehehe..

    aku penakut gak interview.. lagi kerap interview..tapi mostly tak dapat.. hahaha..

    BalasPadam
  6. Nasib skrg dah ada kerja tetap..so x perlu risau nak gi interview lg...hehehe...

    BalasPadam
  7. Kalau dah rezeki... kan? :)

    BalasPadam
  8. Adoi, baru syok menaip tetiba hilang! Nah, kena repeat ayat balik...letih den...

    Hebatlah tu kalau pernah dapat panggilan interview dari Petronas suatu masa dahulu...

    I rasa macam dah lama sangat I pergi attend job interview ni. Dah bertahun sampai tak boleh nak recall lagi. Kalau mula-mula masuk alam pekerjaan, bila kena panggil interview mesti si interviewer kata nak orang berpengalaman sikit, tanya kat mana kita ni 5 tahun dari sekarang. Bila dah ada pengalaman, mereka nak orang yang lebih muda sikit, dan tak mampu nak bayar kita mengikut pengalaman yang kita ada pulak... Rasanya cukuplah kot I kerja dengan 4 syarikat besar. Dah tak sanggup nak bermula di tempat baru lagi. Nak jadi tukun je kat sini sampai tiba masa blah :(

    Good lucklah ya di tempat baru nanti. Jangan lupa bekalkan sabun untuk I seisi keluarga. Sabun industri pun industrilah, I buat cuci longkang depan rumah boleh kan? Hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita dah lah low confident..
      ni bos kita duk jatuh lagi motivasi kita..kita xleh survey kat luar nanti..
      x cuba x taukan..

      Padam
    2. Rileks, PB. Ex boss (kita dah boleh start panggil dia ex-boss lah ya walaupun you nak blah end of the month nanti) awak tu saja nak melemahkan semangat. Nak bagi kita fikir yang negatif je pasal nak mula di tempat baru. Buat derk je. Tak sampai sebulan lagi dah tak jumpa dia lagi. Anggaplah dia saja-saja nak meluahkan perasaan sebab sedih ditinggalkan staff berkaliber macam you. Bersemangat waja sikit bila nak masuk tempat baru nanti. You can do it. Jangan seriau, okey!

      Padam
  9. kalau dah namanya rezeki..sampai lambat pon diaorg akan terima..haha..

    aku pon tak bape suke interview bagai ni..nak amik keje amik jela..tamau sudah..haha..

    BalasPadam
  10. banyak betul pengalaman interview awak.. harap2 kerja baru nie serasi dengan awak yer... Good luck..=D

    BalasPadam
  11. betul2 setuju sgt...interview tu laaa paling lemahlutut dgn bab isi2 borang ...so far lieya penah interview 3 kali jek la kot....2 kali keje private pastu cube jugak nak masuk government...mujur rezeki ade...akhirnye begelar laa penjawat awam sampai skrang heheeheheh

    BalasPadam
  12. pernah interview 3x jer... 1x xdpt, 2x dapat tp tetap gigil kepala lutut...

    BalasPadam
  13. I pun takut nak pergi interview dulu, so ambik yang i macam yakin akan dpat jer kerja tu, so far baru sekali kena decline and yang lain semua I dapat.. wahh hebak. Tapi yang paling tak sangka, job yang paling I sayang, adalah masa pergi interview yang I buat selamba giler cakap ngan interviewer macam cakap ngan kawan (sebab tak nak kerja tu masa tu tapi kena paksa pergi) muahahaa. apapaun... tahniah again to u, tu la kan dah rezeki.

    BalasPadam
  14. tulah reason nape aku masih setia kat tempat lama
    takut beb nak p interview
    pengalam kena interview dedulu buat aku kecut perut
    apapun tahniah ler ye, moga success kat tempat baru

    BalasPadam
  15. kalau dah rezeki kan PB..
    interview session ni memang rasa getar lutut je..
    kena pulak saya ni jenis malu2 kucing..payah nak dapat kot..hihi

    BalasPadam
  16. Best baca pengalaman ni hoho

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...