Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140807

Peti ais aku rosak

Sebelum raya lagi peti ais aku dah buat hal. Sejuk sebelah. Kalau tempat air batu tu, sebelahnya sekejap je dah penuh ketul ais sebelah lagi pula cair langsung tak sejuk. Balik raya ni, langsung tak sejuk dah. Sampai semut pun releks je melancong dalam peti ais aku. Memang rosak dah ni.

Orang kata tak ada gas kot, ke ada kebocoran ke apa. Laki aku sibuk nak beli peti baru. Aku pun teringin sanagt nak beli peti ais baru. Tapi kalau nak beli, nak beli yang 2 pintu Sekarang guna peti ais satu pintu, banyak benda tak muat nak masuk. Ma aku, rempah kari pun dia simpan dalam peti ais. Ikut aku nak je bawa keluar. Dia kata, simpan dalam peti ais tahan lama sikit. Aloh, kat kedai pun rempah kari letak kat luar je..tapi tak boleh lawan lah, ma kan… memang penutlah peti ais aku. Tapi kalau buka bukan ada benda pun yang boleh makan, jenis barang stok nak masak je. Stok ikan kering, ikan masin, ikan bilis yang dibalut surat khabar besar gedabak tak mahu keluar baunya memenuhkan lagi peti ais aku. Penuh sungguh.

Peti ais ni, kalau rosak memang susahlah. 

Banyak dah barang makanan yang kena buang. Lada kering mesin, jeruk buah salak ma aku, ubat-ubat Luth semalam dah buang. Minggu ni tak beli pun lauk dan sayur lagi. Ada bawa daging sikit dari kampung, duk makan daging hari-hari. Ma rebus siap-siap daging tak nak bagi busuk. Hari-hari duk panas daging, lepas tu masak lah goreng ke apa nak makan. Semalam petang goreng kicap daging je. Oh nasib baik ada stok ikan pekasam, goreng juga makan nasi panas-panas. Tambah 2kali orang tu. Padahal mula tu, buat ayat sedih tengok ada 2 pinggan je lauk atas meja makan..

Niat nak beli peti ais tu memang ada. Tambah pula orang kata, repair peti ni mahal. 2, 3 hari ni laki aku mengusha tempat-tempat repair peti ais. Tanya-tanya budget dalam RM200. Tu pun usha banyak kedai tu. Sengket sungguh ni. Balik kampung hari tu, aku tak tahu mana hilang duit kami. Duit kutu pun dapat, duit gaji laki aku pun dapat, nasib baik duit gaji aku masuk lambat sikit..adalah untuk hidup bulan ni yang masih panjang ni. Orang lain beli tudung Ariani, Fareeda berates, aku nak repair peti ais pun punyalah fikir. Jangan kata nak beli peti ais baru, sedih tak? Lepas laki aku cakap nak beli peti ais, aku khabarlah alang-alang nak beli baru belilah yang besar terus..tu yang dia tak jadi nak beli baru, repair je lah.

Balik kampung biasalah, banyak pakai duit. Benda yang beli tak nampak sangat pun. Banyak buat makan minum je. Sekali sekala kita balik kampung, belanja juga saudara mara..maklumlah orang kerja Key El banyak duit. Eh..eh.. Bila sengekt-sengkat gini, teringat penghutang-penghutang semua. Kenapa ye kita tak boleh lupa orang-orang yang berhutang dengan kita dan kenapa meraka yang berhutang dengan kita tak boleh ingat ye? Pelik aku.

Laki aku ni, macam mana susah pun dia tak akan minta tolong duit ringgit kat adik beradik, saudara mara. Setakat kahwin dengan aku lah. ..yang lepas-lepas aku tak tahu. Bila mereka-mereka sengket, minta berhutang dengan laki aku cepat je laki aku ikhtiar nak bagi hutang. Kadang aku geram juga, dia pun tak ada duit. Dia ingat bini dia kerja, banyak duit sangat. Aku ni pula jenis kedekut. Kalau boleh gaji aku, aku nak beli rumah cash..hah kerja sampai pencen!.

Geram tak korang, bila korang tengok orang-orang yang berhutang dengan korang lebih mewah dari korang? Boleh pergi melancong, boleh membeli belah funcy-facy thing. Sedih kan. Aku fikir-fikir nak minta segan. Bukan segan sangat sebenarnya, aku takut kalau tersalah cakap putus saudara, putus sahabat. Masa aku bujang-bujang dulu, tanggungjawab aku tak besar takat jaga ma aku je. Sekarang aku dah berumah tangga, patut dia orang fikirlah juga tolong aku pula. Ishk..ishk.. Boleh mereka lupa hutang piutang tu. Tak mampu bayar semua, seratus dua tiap bulan pun okey kan? Ada juga hati nak bayar. Pleaselah sapa yang ada hutang tu, tolong bayar walau tak dituntut.

Aku boleh doa je lah dibuka kan hati mereka semua… Kalau kami jumpa harta karun Ahmad Al bab, insyallah aku halalkan hutang piutang kamu.

Tak tahan dah nak tunggu beli peti ais baru. Semalam laki aku dah telefon kedai repair peti ais. Peti ais dah selamat dianggkut. Budget repair katanya bawah 2 ratus. Hari ni kalau tak teruk katanya boleh siap. 


Laki aku nak beli peti ni..sebab tengok ramai sedara aku pakai ni..ni untuk letak daging bagi beku bolehlah..letak sayur keras kejung lah..


Susah oh tak ada peti ais. Aku sayang peti ais aku, cepatlah pulang..kita bersama tika masih bujang lagi..

24 ulasan:

  1. oohhh....faham sangat bila peti ais rosak ni..serba tak kena..dah mmg jadi keperluan harian dah ni..harap2 sabar yer..

    BalasPadam
  2. peti ais rosak memang banyak masalah..dulu kaksura guna petiais yg satu pintu..dekat 15 tahun pakai..bila tiba masa dia meragam akak dah malas nak merepair dah..anak pon dah ramai..byk barang nak isi..teringin bebenor petiais 2 pintu..akhirnya dpt jugak..ingatkan nak harap duit tok laki..last2 sendiri kluar duit..huhu..

    BalasPadam
  3. payah kalau peti ais tak de, nak simpan memacam barang makan leceh..

    BalasPadam
  4. Mmg ssh weh kalau peti ais rosak..kalau ko jenis byk menyimpan semua ikan ayam atau frozen food dlm freezer, adoiiii, aku dpt bayangkan stress tuh..

    BalasPadam
  5. Peti ais rosak boleh dibaiki, hubungan sedara rosak....aaaa...dot dot dot

    BalasPadam
  6. memang haru woo kalau peti ais rosak.. dah la musim panas ni.. semoga peti ais ko sembuh segera.. dengan kos yg rendah..

    BalasPadam
  7. Susah juga bila petiais ni rosak PB.. moga dapat diselesaikan dengan cepat..

    BalasPadam
  8. Memang leceh klo freezer rosak. Aku masa memula masuk umah dulu beli yg 2nd hand. Konon nak budget *lahsangat. Hurmmmm...tak tahan lama. Dah hantar repair pon tak sejuk gak. Last2 beli freezer baru jer. Freezer lama sedekah kan kat org. Pandai2 dia lah nak betulkan.

    Aku org key ell tapi aku miskin bandar noks. Part hutang ni memang parah sket. Masa nak pinjam bukan main lagi. Dapat plak ngan org mcm aku yg tak reti nak minta hutang. Best sgt lah kan. Tak kan nak kena mintak kot. Ko dah pinjam faham2 lah bayar.

    BalasPadam
  9. betul tu...peti ais mmg barang penting....kalo takde adoi takleh bayangkan...lagi2 jenis suke masak kan...lieya pun mcm ma awak jugak heheeheh...ikan bilis, rempah kari, cili kering bagai semua simpan dlm peti ais...tapi kat umah lieya ade 2 peti ais laa satu jenis satu pintu, yg lagi satu jenis 2 pintu...yg utk 2 pintu letak barang cantik2 jek ahahahahaahah...peti ais buruk tu buat lenjan letak stok2 barang masak.....

    BalasPadam
  10. Salam syawal PB.. mohon maaf zahir & batin ye...
    adui..mmg susah kalu peti sejuk rosak.. fuh! tak senang duduk klu sy..ye lah nak letak kat mana segala2 ikan, ayam, daging, sayur... huhu.. makanan yg tak habis nak letak mana... fening... sabar lah ye lah..insyaAllah boleh beli baru..
    erm! bab2 hutang ni mmg sy naik geram gak..sbb dah terkena..org yang berhutang dgn sy boleh hidup senang lenang..buat2 tak tau ada hutang...isk! mmg geram tahan gaban lah...

    BalasPadam
  11. memang susah jugak kalau peti ais ni. pernah jugak merasai detik tu dulu,.
    bab hutang tu kan.. Ros pun setuju. agaknya memang orang yg berhutang tu tak ingat kot(pikir positif).. aduhai..kalau benar2 susah, kita faham.. tapi, ini jenis yang berbelanja mewah dari kita.. memang bengkak je hati ni..

    BalasPadam
  12. Kalau peti sejuk rosak memang rasa gelap je dunia di dapur tau. Kalau mampu, lebih baik beli baru tapi kalau nak budget, repair ajelah PB. Bab-bab pemiutang dengan penghutang ni, biasalah. Kalau dah berhutang dengan orang memang harus kot buat-buat lupa je. Memanglah kita terasa sakit hati ditusuk sembilu gitu rasanya bila tengok mereka hidup senang, cukup makan pakai segala tapi bila tiba bab hutang tetiba je terlupa nak bayar.

    I pun lagi sikit nak beli chest freezer ni dulu. Senang, main campak baling je segala barang. Sayur-mayur kat rumah I tak banyak mana...so okeylah tak kejung sayur dok dalam chest freezer kalau tuannya MD nih :)

    BalasPadam
  13. i xblh kalo xde peti ais, sbb i suka msk n mkn. dh kalo xde peti ais mcm mana nk simpan stok makanan kan. haha kalo mesin basuh xde xpe la lg basuh baju guna tgn, gitu sekali..

    BalasPadam
  14. kami pun ni beli peti ais dari neighbour dia iklankan nak jual, terus rembat murah sangat2 elok lagi walau nampak buruk hihihi (I dah samak awal2 dah just in case hihihi).

    tu la... hutang2 ni payah.. buat sakit hati jadi balah jer semua. I raya baru ni cari la member satu ni kat fesbuk nak wish selamat hari raya, tetiba tak jumpa pulak. dah tutup akaunnya... holohhhh sampai cenggitu nak lari dari utang yer. moga sedar la depa ni one day.

    BalasPadam
  15. hidup boleh jd huruhara kalau takde petiais.takkan asal nk masak jer kena pergi kedai/pasar hari2..

    BalasPadam
  16. sy xleh idup dgn peti ais. peti ais dah jd nyawa kot. tmbah2 nak smpan stok ebm helena. aritu letrik xde rumah pn dah kelam kabut g beli ketul ais byk2. huhu

    BalasPadam
  17. mmg susah klau xde peti ais......kecik pn xpe asal ada kan...

    BalasPadam
  18. peti ais rosak memang susah..sesuatu yg kita perlukan untuk simpan macam2 khazanah..
    dah sihat peti ais tu ok la kat..tak risau lg dah..
    sapa2 yg rasa berhutang dengan orang tu cepat2 lah bayar..tak baik tangguh2 nak bayar..tak berkat duit tu nanti..

    BalasPadam
  19. sy masa mula2 kawen dulu setaun tau simpan duit baru boleh beli peti ais cash.haha.ok je setaun takde peti ais.hehe..mmg ssh la nak simpan barang basah klu takde freezer..klu ada budget baik beli baru..benda repair ni faham jelah dia buat lagi hancur duit, dah la repair mahal..tambah sikit je lagi duit..peti ais skang dah murah dah..harap oklah peti ais yg dah direpair tu

    BalasPadam
  20. penah jugak jadi... dah la masa tu dok buat stok susu badan... adoii susah hati oooo... 3 hari dok guna kotak ikan tuh diisi ais banyak sebagai pengganti peti ais..jenuhhh hangkut ais cube

    BalasPadam
  21. mmg la susah klu x ada peti ais...tambah jenis suka masak mcm PB ni kan...noe plak klu boleh repair..n harga repair murah...repair je dulu...selagi x rosak teruk..selagi tu pakai...hehehe..

    bab x nk bayar utang tu mmg stress...g lancong sana sini leh yer...bayar utang x leh...utang tu kena setel kan dulu baru g melancong...

    BalasPadam
  22. - sebenarnya, better beli baru aja fridge..
    - tapi kalau ada masalah kewangan, repair, dan kumpul duit..then bila dah cukup, beli cash..jgn masuk trap kebanyakkan bangsa kita yg gemar berhutang kat courts/etc etc..

    - mmg fitrah manusia, suka buat2 lupa hutang..
    Jgn risau dgn sikap suami awak yg gemar membantu adik beradik sedara mara tu walaupun diri sendiri pun kekadang tak cukup pakai...Allah dah janji, akan ada keberkatan dan rezeki dlm hidup,,,dgn igt lah, rezeki bukan hanya dlm bentuk $$ sahaja.

    BalasPadam
  23. Dah jadi normal kot org yg berhutang buat buat lupa dgn hutangnya.....Tulah seboleh mungkin okje mmg tak suka berhutang dan tak mo memberi hutang.....hehe
    hutang kereta rumah tu lainlah kan...
    Nasib murahkan PB baiki esbok kalu tk melayang 2 ribu beli esbok 2 pintu!

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama3:33:00 PTG

    Saya ada menyediakan perkhidmatan SERVICE & REPAIR barangan electric seperti ...Peti Ais,Mesin Basuh,Freezer,Chiller kedai....termasuk Installations,buka dan pasang Aircond unit Baru/lama. Sila hubungi Azman 019-3847890/016-6245043.tq

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...