Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140804

Raya sedondon

Dua kali aku mimpi ngeri pasal baju raya aku. Sekali masa aku tidur tengahari break bulan puasa hari tu. Mimpi mengarut-mengarut sampai berpeluh kat meja kerja aku. Aku anggap mainan je. 

Rupanya betul.
Geram betul aku.

Banyak kali aku dah cakap..ni kali raya aku nak raya sungguh ganti raya tahun lepas dalam pantang. Hihi.. Ni kali aku rancang nak pakai baju sedondon sekeluarga raya ni. Sebelum puasa lagi tu aku tempah. Tempah pula dengan kawan laki aku. Rasanya ni kali terakhir dah kot aku tempah dengan dia. Aku tempah 2 helai baju aku, sehelai baju melayu ayah Luth, sehelai baju melayu Luth. Tangan baju kurung aku senteng. Lepas sambung, dah jadi pelik. Kain aku buat hantaran tu..belum sempat nak jahit..dah jahit jadi gini..huwahuwa..Bila dah nampak pelik aku cari lagi kepelikan baju satu lagi. Serba tak kena rasanya.

Paling aku sedih, baju melayu Luth. Serebeh benar leher dia, luas benar, memang tak boleh repair dah tu.Besar pula tu. Benarlah budak cepat besar, tapi baju raya ni Luth nak pakai tahun ni..bukan tahun depan. Walau untuk pakai sehari je, tapi kelakar seram lah baju tempah buat besar-besar biar boleh pakai sampai tahun depan. Geram dalam hati. Buruk sungguh. Baju tempah pun macam baju pinjam. 

Malam tu aku mengamuk nak beli baju lain kat Luth. Ayah dia pun tak bagi Luth pakai baju tu. Pusing-pusing Pasir Mas, masuk keluar 4 lima kedai baru jumpa baju Luth. Saiz S banyak dah habis. Akhirnya jumpa juga last pieces, tapi saiz SS. Bolehlah..tapi senteng sikit baju dia. Comellah sikit pada baju yang ditempah. 

Dapat baju melayu Luth kaler purple juga, tapi dah larilah tone warna dia. Kesian anak aku. Alang-alang dah lari tema purple..Aku beli baju kurung lain kat butik Peace. Maka raya kami sedondon purple lain-lain tone.

Baju raya aku tak basuh pun..bau kedai Peace tu..beli sehari sebelum raya. Manik merelip-relip mak ngah

Sungguh pula aku nak pakai sedondon raya ni.

Dalam mimpi aku tu, aku bergaduh sungguh-sungguh dengan bini kawan laki aku tu. Siap aku sebarkan kejahanam dia buat dengan baju aku tu dalam facebook lagi.. Jahat gila aku dalam mimpi tu. Nauzubillah.
Aku dah bermaafan dah hari raya hari tu....tak apa, baju boleh beli..kawan tak boleh beli.

28 ulasan:

  1. Selamat hari raya dari Ros.. dapat juga sedondon walau lain tone . hihi

    BalasPadam
  2. hu hu hu, selamat hari raya dan maaf zahir batin... :)

    BalasPadam
  3. Iyalah, bila apa yang diidamkan tidak menjadi, haruslah angin juga...kan? :)

    BalasPadam
  4. Sedondon juga tu PB.. tapi tone ajer yg berbeza.. Luth dengan papanya dah ok tu..

    BalasPadam
  5. jap jap.. aku lampi.. so baju dalam gambar ni baju yg ko beli.. bukan tempah la ye? yg baju tempah serba tak kena tu memang terjadi dan bukan dalam mimpi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku kalau dah hangin..aku tak pakai.. tunggu hilang angin dulu..

      Padam
  6. Kalau jadi kes macam tu, dan melibatkan kawan sendiri...memang susah jadinya..nak beria ia marah, kang tak pasal2 putus sahabat

    BalasPadam
  7. Nasib jugak PB acik tak pernah lagi jadi gitu..
    Tak pe PB..tahun depan cari tailor lain pulak

    BalasPadam
  8. hahaha...faham sgt bila baju yg ditempah tak ikut spec yang kita nak..pernah jadi camni jgk..pakai sekali tu jer..pastu simpan x pakai dah..dan yang pasti tak tempah dah ngan dia..

    BalasPadam
  9. Macamana ni PB? I nak gelak tapi tak sampai hati. Ngeh!

    Tapi takpalah dapat juga ala-ala sedondon gitu. Cantik apa baju merelap liplapliplap di pagi raya. Cuba tahun depan jelah nak pakai sedondon ya. Susah-susah sangat, belajar jahit sendiri, tahun depan puasa dah boleh kot nak jahit baju raya Luth.

    Kita sefamily memang tak pernah ada tema sedondon tau. Laki den nak berjubah jek di pagi raya. Lepas balik sembahyang raya, lepas photoshoot memasing tukar uniform raya! Lagilah nyampah tau!

    BalasPadam
  10. baju hantaran ... mmg sedih la ... x pe . dpt gak beraya . selamat hari raya PB .

    BalasPadam
  11. Sib baik la mimpi kan?heheee

    BalasPadam
  12. Salam aidilfitri dear..
    lya pon kaler purple.. raya kalo pakai sedondon lg rsa meriah.. tp tone lain pom asal rona y sama..

    BalasPadam
  13. kalau buat cincai2 saper tak geram weh, takper la dapat jugak sedondon walau tak seirama huhu. kelik pasir mas ruper nye demo demo ni.

    BalasPadam
  14. As-salam petak bunga..

    Salam aidilfitri! Allahuakbar.. mimpi jadi kenyataan ya.. tapi takpe, dapat juga beraya dengan baju warna sedondon.. yg penting hubungan dengan kawan masih terjaga.. bagusnya.. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  15. terjadi jugak dgn k.ipar..tak senonoh juga jahitannya..

    kak nor pun dh terkena thn2 lps..siap suruh kita jahit buton dn sbgainya..alasannya tak sempat..kita dah hantar sblum puasa lagi..

    sedih..
    kesian kat luth..takpe thn dpn beli dh siap kat masjid india cantik2 belaka..

    BalasPadam
  16. sama tema kita kaler perpel....hafni jer lain kaler pink sbb tokma die yg tempah....

    BalasPadam
  17. geram kan bila jadi gitu..dulu pernah jd camtu..terus baju tu terperuk dalam almari.

    BalasPadam
  18. Sama la kita. Bj akk bukan setakat x siap maah ada yg hilang. Hantar dr bln 4 lagi. Baju yg siap satu je. Tu pun kecik x ikut saiz. Dah la kain beli kat gulatis. Geram betul. Baju yg hiang tu x jumpa lagi smpi skrg.

    BalasPadam
  19. aalaaa tensinya kalau tiba2 dah nak raya jadi camtuh..sruh tukang jahit tuh pakailah sendiri...hehhe

    BalasPadam
  20. huhu...
    susah bila babitkan kawan ni...
    takpela..dah ada pengalaman takyah anta dah la..
    mimpi jadi kenyataan org kata ye..
    tak sangka terjadi jugak huhu

    BalasPadam
  21. PB.....sedondon jugaklah tu, tudungnya hehe...ada hikmah jugak tu baju siap tak serupa siap, dapat beli baju manik mengelip hehe...
    Tulahkan.....kalau okje geram gak tu....
    Tailor tu tak habis ngaji tu....huhu

    BalasPadam
  22. sedey oo kalau baju ditempah jadi gituu.
    itu yg tak suka tempah. sy kalau dh selesa dgn sorng tukang, dgn di je la ulang buat baju.
    skali kna mmg x buat dah. serik kot. hahaha..
    nak nak kalau kain mahal atau pemberian sesape kan.lagi la rasa nk mengmuk..

    janji sedondon kan :)

    BalasPadam
  23. sabar je la tukang jahit buat camni kat luth..dengan mak luth sekali..kesian betul..mmg ada tailor yg jenis tak konfiden suka buat baju org jadi besar..tp klu tangan pun senteng entahlah..haha..

    boleh pakai baju tak basuh..nak sedondon punya pasal.hehe

    BalasPadam
  24. Asslmkm.. Biasalah tu.. Mmng tu akn terjadi.. Sy pn mak tukang jait, bju x siap. Tp xpelah, xkisah sngt sbb tgh prgnt.. So thun dpn akn bg kain 3-4bln awl sbb nak sdondon.. :)

    BalasPadam
  25. emm..bab baju tak siap saya boleh terima tapi kalo bab baju jahitan entah apa2 tu saya tak leh terima sebab kita bayar upah, lainlah kalo tailor tu akui kesilapan dia & tak yah bayar..(kejam tak)..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...