Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140825

Rileks sambil tepek tomato kat muka

Tomato kaya dengan vitamin C, anti oksida dan banyak lagi nutrisi yang bagus untuk kulit sihat. Paling penting, bagi kulit rehat lepas dah cuba macam-macam bahan kimia yang buat kulit jadi penat.

Aktiviti rehatkan muka dihujung minggu bila anak tidur.

Kebaikan tomato
  • Merawat masalah jerawat dengan membersih toksin.
  • Mengurangkan atau melambatkan kedut-kedut muka yang selalu stress dan berkerut.
  • Agen pembersih yang benar-benar rasa bersih dan nyaman
  • Kurangkan kepedihan kulit yang terbakar dengan memberikan rasa penyejukan
  • Buatkan kulit jadi bersinar, glowing.
  • Kuragkan kulit berminyak lepas makan-makan berminyak..eh.

Aku letak bikarbonat sikit, bagi kesan pembersihan sikit penghakis kesan degil kat kulit. Juga sikit susu tepung bagi lembut kulit.

Lepas blend, boleh sapu kat muka. 


Bakinya simpan dalam bekas comel yang berlabel..hah..baru semangat nak pakai esok-esok pulak. 


Diy Tomato Cleanser Mask Homade

Petang ni, balik kerja boleh pakai sekejap sebelum mandi..buat hilang stress..

9 ulasan:

  1. memang seronok buat mask sendiri ni... tomato, putih telur, timun...macam2 boleh explore...

    BalasPadam
  2. rajinnya makcik!! haha..

    BalasPadam
  3. Bagusnya buat mask sndiri jimat

    BalasPadam
  4. tq2 info sgt berguna bahan dari dapur, cepat senang dan berkhasiat...

    BalasPadam
  5. Wieee I suka I suka produk buatan sendiri di rumah ni, thanks for sharing nanti nak buat jugak.

    BalasPadam
  6. amboi..bekas comel tu yang tak tahan nak pakai..terbaik la PB

    BalasPadam
  7. wow kalau makan macam puree tomato tu agaknya pengsan tak kita PB hehe....
    Tak pernah cubalah PB....elok jugak cuba, mana mana tomato yg dah lembik tu yek.....

    BalasPadam
  8. I dah tahu pasal kelebihan dan kekayaan tomato terhadap kulit kita ni sejak berzaman tapi tak pernah sekali pun I cuba tau. Nampak tak kat situ betapa pemalasnya I ni. Eh, bukan, bukan... betapa sibuknya I ni sejak dulu lagi....

    Kat rumah I kalau beli tomato sikit punya banyak sebab ada hamba Allah yang suka dok ratah je tomato tu. Nantilah mana tau tetiba I rajin, I ambil sikit buat tempek kat muka pulak!

    BalasPadam
  9. fuhh sempoi la DIY sendiri.. nak try buat jugak la.. =D

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...