Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140822

Risk

Aku dah hantar surat berhenti semalam. Aku hantar awal-awal biarpun aku plan nak berhenti habis bulan 9 ni. Biar senang diaorang cari penggati aku, untung-untung kalau ada orang baru sebelum aku berhenti sempatlah belajar sikit-sikit. Tak ada apa sangat nak ajar pun sebenarnya.. aku pun bukan pandai sangat. 

Kerja aku pun tak adalah banyak sangat. Menyibuk dengan kerja orang je, jadi masalah nak transfer job tak timbul sangat kot..sebab aku memang tak tahu juga apa kerja aku buat setiap hari.. ke aku memang tak ada kerja..haha..menyibuk je kerja.

Hari tu aku gembira sebab dah dapat kerja baru.. tetapi rupanya sedih juga nak tinggal tempat kerja lama ni. 

Emo jugak oh..bertahun-tahun ni.

Bos aku pun naik emo semalam…
5 years kita jaga u, dulu u tak tahu apa..sekarang u dah pandai u mau cabut ah.

Tersentak tangkai jantung aku.

Lepas tu bagi nasihat yang boleh melemahkan aku nak berhenti kerja.. saingan kat luar, takut aku tak boleh hidup blal..bla..bal..  performance tak sampai, gaji tak up…bla, bla…

Aku sedar, company ni banyak berjasa kat aku..tak pernah aku lupa asal-usul aku. Aku pergi dengan baik, tidak sekali aku tabur pasir kat tempat yang selama ni aku tuai hasil.

Tapi itulah kan…


 insyAllah.


19 ulasan:

  1. kadang-kadang risiko memang perlu diambil
    moga dipermudahkan segala urusun

    BalasPadam
  2. Setiap keputudan yg kita buat mmg ada risiko...tp pelan2 adapt kat tempat baru...sama mcm SA...sekarang dh happy...kawan2 tempat baru pun best....xde berpuak2...

    BalasPadam
  3. Congrats dan juga selamat bekerja di tempat lain ye awak.. insya allah, rezeki ada kat mana2 :)

    BalasPadam
  4. fikir positif jer.....

    BalasPadam
  5. tahniah PB dapat job baru..semoga tempat baru lebih baik..setiap tempat pun ada perbezaan kan..think positive..

    BalasPadam
  6. vavava..sudah tender..yuppp, betul2..take a risk..mana tau new environment nnt lg bgs..lg happy..kalau xbgs ko terpaksa la wat muke comel balik kat boss lama ko kate "saya menyesal boss, saya janji xmerajuk lg"..kihkihkih..

    BalasPadam
  7. kejam gila bos ko.. pada aku la kan.. kat tempat sekarang ko dah tau tara mana ko boleh pegi.. lama mana nak ambik masa nak naik.. tempat baru tak tau.. nak cepat naik better pindah je.. tawakal banyak2.. all the best~!

    BalasPadam
  8. moga tmpt baru akan lebih baik

    BalasPadam
  9. Insya Allah, semoga lebih serasi di tempat baru nanti...
    Saya pun pernah melaluinya... seribu satu perasaan dalam hati masa nak tempuhi... Memang sekali sekala kena berani ambil risiko...

    BalasPadam
  10. Tapi kalau ikut style kakak (sebab kita kerja swasta) cara terbaik nak upgrade status dan income beginilah. Melompat dari satu company ke satu company sehinggalah bila usia dah tak ada keperluan utk melompat barulah duduk terus macam kakak ni. Dah tua tak ada siapa yg nak lagi. Zone selesa pulak dah dicapai tunggu pencen ajelah...

    So.. syabas! jgn takut melompat even kita tahu ada risiko tapi pengalaman kita pasti ada yg memerlukannya. Go ahead!

    BalasPadam
  11. sj dia nk matikn angan2 nk p tmpt baru tu.klau ikut swasta mmg kena lompat2 company br gaji up lg byk

    BalasPadam
  12. Memang tka mudah untuk keluar dari comfort zone, so tabahkan hati dan melangkah lah dengna semangat membara (sorry I masuk jer Ogos semangat berkobar sikit). U masih muda, this is the time.

    BalasPadam
  13. Insya Allah, u akan lebih berjaya nanti. Good luck ya.

    BalasPadam
  14. dah tersurat rezeki kat tmpat lain..
    mana2 tmpat pon ok..asal kt cari kerja halal..
    kita elok dgn org..insyallah org elok dgn kita..
    apa2 pon selemat memulakan kerjaya ditempat bru..mudahan serasi & enjoy..serta jumpa geng ofismate y best2

    BalasPadam
  15. Insya Allah PB, rezeki akan lebih baik di tempat baru nanti..ini yang saya rasa jeles orang keje swasta.. macam suami saya, dah tukar kerja 4 kali sblm kekal dengan tempat sekarang, sejak umo Naim dah.. biras pula, sejak 5 tahun saya kawin ni rasanya dah 3 tempat dia kerja. Yang terakhir ni nampaknya cukup baik, gaji mahal dan skop kerja pun best, siap dihantar bentang paperwork kat US lagi..

    Tahniah PB.. doa banyak2 minta semuanya berjalan lancar di tempat baru. Rezeki anak kot ni

    BalasPadam
  16. uiks..tersentak jantung kalau dikata mcm tu..tapi boss awak tak tahu apa keperluan awak..awak jer tahu apa sebab awak berhenti dan cari keje lain..abaikan jer kata2 tu..haha..moga success di tempat baru...!!

    BalasPadam
  17. Ohhh mmg sedih PB nak berhenti kerja. OKje dulu nangis tiap tiap hari haha..... nak tinggal kawan katanya....lepas setahun lupa semua....hehe.... Best jiddan duk rumah..... Laki den pulak yg stress kena kerja ...

    BalasPadam
  18. Biasalah PB rasa berbelah bahagi bila nak bermula di tempat baru. Macam tulah I rasa selalu dulu-dulu. Masa gi interview bukan main excited, semangat berkobar-kobar nak blah. Nak cari pengalaman di tempat baru pulak. Bila dah dapat, mulalah berbelah bahagi, macam sedih je nak tinggalkan tempat sekarang, macam tak best je nanti kalau life as an office worker tak sama dan indah di tempat baru pulak.

    Good luck ajelah, ya. Moga tempat baru lebih meriah suasana dan lebih banyak pengalaman berguna untuk ditimba.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...