Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140827

Sambutan raya bersama jiran-jiran aku

Kalau korang baca entry-entry aku lepas tahukan kejiranan aku ni tahap bermasyarakatnya sangat-sangat memberansangkan. Sungguh! New Year sambut, Awal Muharam sambut, Maulud nabi sambut.. Jadi haruslah ada juga sambutan raya. Terlambat pulak nak up entry ni..sampai habis dah Syawal..huhu

Kami collect Rm30 setiap rumah secara sukarela untuk beli barang nak masak lemang, ketupat, rendang dan macam-macam lah. Kami (eh aku tak tolong pun, hantar wakil laki aku je) bakar lemang..menganyam ketupat (aku kat orang Kelantan mana tahu buat ketupat empat segi). Boleh kata 100% masak gotong royong. Aku pun banyak juga tahu berjasa, tolong jaga anak-anak jiran yang mak-mak tengah sibuk masak..hahaha.

Kali ni buat betul-betul depan rumah aku.
sabar je anak aku Luth dengar orang dah bising-bisng depan rumah

Nilah hasil gotong royong kejiranan aku..
 
Untuk topup-topup makanan buatlah masing-masing makanan ala pop kuiz.

Ketupat nasi aku tak reti anyam.

Dalam bekas hijau tu aku punya masakan.. ihks...ihksss



Aku tak retilah nak masak-masak canggih-cangih..Aku buat agar-agar gula Melaka dengan Kek Coklat Anniversary huduh je lah..ah, malunya. Tapi habis juga tau, tak lah buruk sangat rasanya kek coklat aku.


Anak aku Luth gembira sungguh malam tu..dekat pukul 1,2 pagi kot baru dia tidur..

 Tunggu next nak sambut apa pulak jiran-jiran aku ni..huu

16 ulasan:

  1. alaihai..melecur lak air liur saya nengok kek Coklat Anniversary tuh...emmm, tentu sedap kan..

    BalasPadam
  2. Meriahnya... kakak suka kejiranan macam ini.
    Barulah saling kenal antara satu sama lain
    Luth pun mesti tak takut dgn makcik-pakcik di situ..

    BalasPadam
  3. jiran2 kita pon suke buat majlis makan2..aritu diaorg buat jugak..kutip rm 50 sorang..tapi aku tak pegi pon..hujan lebat..anak2 pon sume dah terbongkang tido..en hubby je yg pegi makan..

    BalasPadam
  4. best dapat jiran gitu
    saya ni baru lagi dok pindah
    belum sempat nak bermasyarakat lagi =)
    lagipun kejiranan kosong lagi

    BalasPadam
  5. wahh..meriah juga tu PB... seronok bila dapt jiran yg sporting ni.. kami setaman sllu juga buat makan2.. cuma tahun ni tak buat plak.. masing2 sibuk kot.. hehe

    BalasPadam
  6. bes nya .. makanan pon banyak.... :)

    BalasPadam
  7. bgs betul kejiranan umah ko nie..sgt bermuafakat membawa berkat..kejiranan aku jenis, "umah ko umah ko, umah aku umah aku"..time wat kenduri or makan2 je baru nmpk jiran semua..huahuahua..

    BalasPadam
  8. wah bestnya jiran2 pb.. sy suka..sbb susah skrg tau nk dapat jiran2 sporting cmni....msing bawak hal sndiri

    BalasPadam
  9. anak dara aku mesti happy gila kalau aku hias kek coklat ada hearts macam tu.. banyak kali dah dia suh aku beli benda tu.. haha..

    BalasPadam
  10. meriah betul sambutan hari rayanya...bestlah bergotong royong, bermasyarakat camni..saya suka

    BalasPadam
  11. Bestnya ada jiran yang bersatu hati .... meriah bila dapat makan beramai2 mcm ni :)

    BalasPadam
  12. mcm sedap jer kek..nampak basah je...moist sgt..
    banyaklah kawan luth hari tu ye...

    BalasPadam
  13. meriahnya...syok la cmni ada jiran2 suka wt mkn2.jiran sblh rumah kdg2 ja nmpk muka.jiran dpn rumah india...emmm...emmmm...

    BalasPadam
  14. Baguslah ada kejiranan macam ni. Barulah utuh ikatan perpaduan sesama penduduk. Ini sempat hi hi bye bye je dengan jiran. Asal dapat senyum je dah rasa macam bangga sungguh. Macam kita dah prihatin sungguh. Rasanya memang tak merasalah nak ada jiran tetangga macam ni. Kami kat sini takda sambutan apa-apa pun. Kalau nak menyambut, silalah angkut segala sedara mara yang ada.... Huhuhu.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...