Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140924

2 Cara Bos Pasti Sayang

Hari-hari terakhir ni, selain main tenet, update blog, ambil peluang menyembang dengan kawan-kawan sekerja.


Tadi aku bersembang dengan ex general manager aku Mr Pkleong, dia dah bersara tetapi atas pengalaman dia company masih gunakan khidmatnya sebagai adviser company. Dialah orang yang bertanggungjawab ambil aku kerja sini dulu. Ingat pengalaman interview yang aku cerita dulu. Dialah tukang interview tu.


Sebagai management company ni, saya tak mahu awak pergi. Tetapi personally, baik untuk awak pergi..peluang sangat baik. Dia cukup bangga dengan aku. Baginya ambil aku kerja ni, macam satu pencapaian buat dia. Dapat didik aku macam sekarang.

Kembang kecut aku..control2..hi.

1. usaha sendiri, bukan tunggu suap je
Saya tengok awak kuat berusaha. Kalau awak tak tahu, kami ajar. Bila kami dah ajar sikit, awak akan buat betul-betul, bila sangkut baru awak tanya balik kami. Tak macam orang lain. Kami ajar satu, satu..dia ikut je apa kami ajar. Semua kena ajar, tak ada usaha langsung. Kena suap.


2. semua boleh
Awak jarang cakap tak boleh. Walaupun benda tu susah pun awak mesti cuba buat apa kita nak. Ingat, tak kira kat mana pun awat kerja, management tak suka dengar tak boleh. Walaupun kena sumbat paip empat segi dalam lubang bulat. Awak tak boleh cakap, tak boleh. Cari dulu sebab kenapa tak boleh. Fikir macam mana nak usaha biar sampai jadi boleh.

Aku bukan dalam kategori rajin sebenarnya. Tapi aku suka pegang prinsip work smart. Aku tahu sepanjang aku kerja kat sini, ramai je rasa aku tak ada kerja.. haha.. makan gaji buta ek? Betul, kalau tak ada kerja pun, aku tak buat kerja admin. Malas dan sebab paling besar aku nak buat kerja yang orang lain tak boleh buat dalam company tu. Kerja ada value, bos aku panggil.

Kau tahu apa rahsia nak buat bos sayang? Tambah-tambah bila nak berhenti ni?

MONEY Talk

Kalau tak dapat masukkan wang besar dalam company, jimatkan duit company

Entry yang sedikit berlagak buat motivasi kerja.

18 ulasan:

  1. Bos aku sayang aku sbb susah nak cari ganti.. Tapi aku kalau boleh nak cari kerja lain sbb menyampah ngan management tempat kerja.. Hahaha

    BalasPadam
  2. hebatla PB bos sayang...hihi..

    BalasPadam
  3. Aku pun menyampah, material sebutir pun x nk rugi.

    BalasPadam
  4. xtau la bos sy ni sayang sy ke x.. hurmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah nk berhenti br nk syg2.. nyampah tak.

      Padam
  5. untung bos sayang..aku nie boss xsayang sbb aku melawan..bende yg aku rase logik di akal xbetul, aku akan lawan..tp kalau salah aku, aku senyap tunduk..hasilnyeeeeee..appraisal aku dpt cukup2 makan..sobssss..

    BalasPadam
  6. yup btul. pernah buat macam ni. tp end up kita digunakan. better be our self.

    entry terkini...D.I.Y - Tempat pin tudung

    BalasPadam
  7. Kalau cakap tak tau, boss ambik keja sebab boss anggap bagus sebab honest. Betul kena ingat company tu macam kita punya mesti nak berjimat nak pekerja dedikasi kan Pb. Maaf keyboad problem.

    BalasPadam
  8. Saya pun bos sayang..bukan bos kat tempat kerja..sebab sayatak kerja..bos dalam umah ni yang sayang saya..hahaha

    BalasPadam
  9. yatt dh join http://mimpicoklat.blogspot.com/2014/09/giveaway-2014-mialianacom.html

    BalasPadam
  10. Akk keje bese bese je. X nak boss syg x nak boss benci. Dihargai pun dah cukup. Akk seboleh boleh x nak naik pangkat wpun umo nak mencecah 40. Biar la level bese bese je. Klw tunjuk pandai sgt nti cepat naik pgkat. X leh bg komitmen kat family pulak asik bz manjang

    BalasPadam
  11. bos sayang saya, tapi saya tak sayang bos.
    okbai

    BalasPadam
  12. sy slalu yg no.2
    smua boleh boleh tp bl buat x boleh2 br cari bos...kah3...naseb la bos x mrh.atleast mcuba kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..
      memng selalu bos suruh buat benda yg x masuk akal..
      tp kita sbgai pekerja x boleh ckp idea bos xleh pakai.. kita kena cr 10 sb dulu kenapa idea tu x boleh pakai dan cadang cr yg boleh pakai..
      tu panggil ada usaha..

      Padam
  13. kat company akakni takder $$$ yang masuk memang cam takder kejeler kita ...
    walaupun kita dah rajin sesangat, dah baik sesangat.. dah tak curi tulang sesangat....

    BalasPadam
  14. I pulak yang rasa terharu sebab bos sayang kat you, PB. I ni pun bos sayang juga sampai semua kerja nak suruh kita buat tapi by the time nak dekat bonus ke, increment ke, tetiba kata budget kena potong kat Jepun. Lagi haru....

    Eh, esok dah boleh main mak-mak kat rumah sepenuh masa ye? Start kerja bila? 1 Okt ke?

    BalasPadam
  15. betul tu PB..masa saya training aritu ada sebut perkara yg sama..bos sangat suka kalau kita pandai "cut cost"..
    saya tabik spring kat PB..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...