Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140905

5 Sebab buat kuih tak menjadi

Kalau masak-masak ni, biasanya kali pertamaaku buat je jadi. Kali ke dua, ke tiga selalu sangat tak jadi. Tetapi tak mengapa, jangan putus asa untuk memasak. 


Macam aku, walau selalu sangat masakan aku menghasilkan masakan exotic aku tetap tak putus asa untuk mencuba. Jangan berhenti mencuba dan memasak wahai rakan-rakan ku.

Berikut adalah kesilapan yang sering berlaku kenapa masakan kita tak jadi.

1. Resipi

Kadang-kadang resipi tu tak betul sangat. Main agak-agak je. Sebagai contoh, setengah cawan marjerin dicampur secawan air. Bayangkan marjerin yang keras nak sukat dengan cawan? Memang payahlah. Itu tak kira lagi, saiz cawan ko macam mana.

2. Arahan


Malas baca arahan. Aku memang suka kumpul resipi. Asal nampak kawan update resipi yang macam mudah sangat, harus aku save. Kekonon aku akan mencuba. Tapi, jujurnya aku jarang baca arahannya. Aku ambil resipi je. Kalau baca pun sekali harung, tak masuk dalam otak aku pun.

3. Bahan tak cukup

Resipi simple-simple tak payahlah nak cukup sangat bahannya baru nak buat. Kalau tak sampai bila nak jadi. Jadi, selalu sangat aku tak cukup barang. Orang suruh letak telur 4 butir. Aku letak je 3 butir. Nak buat macam mana, telur dah habis. Rasa nak makan juga. Itu belum kira saiz telur besar ke kecil. Resipi ni tak bagi tahu saiz diameter telur atau beratnya.

4. Pengetahuan asas

Anak saudara aku yang pertama kali buat kek tanya aku, kenapa kek dia melekat kat loyang. Asasnya tak tahu, kena letak kertas minyak ke nak sapu marjerin ke apa tak tahu. Kadang tu, oven lain-lain juga cara masaknya. Oven mak aku dulu bulat, tak ada adjust-adjust suhu masa semua. Oven sekarang banyak kena control jadi kompleks pulak.

5. Ubah suai

Selalu kali pertama buat mesti jadi sebab biasanya pertama kali buat betul-betul ikut arahan. Bila dah banyak kali buat, perasan jadi master chef. Sendiri ubah suai sesuka hati aku. Malas nak letak sos, letak je gula dalam bancuhan telur.. manis dah tak payah buat sos.

Dan hasilnya, cream puff jadi lembik..
Maka kena lah ubah suai bubuh dalam acuan cup cake..

Sedap juga cream puff ubah suai aku ni.. buat sarapan hari ni..

Eh, tercerita kita buat cream puff tak letak cream pulak petang semalam.

23 ulasan:

  1. Tapi untuk tekak sendiri, tak kisah la rupa xde. Asal rasa ade bolen telah.
    Biasa la sekali buat jadi terus takbur xnk tgk resepi terus.haha

    BalasPadam
  2. mane resepi creampuff yg x buh cream ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. malu plk nak tulis resipi tak berapa jadi.. hi
      letak je gula sikit bancuh dgn telur..

      Padam
  3. ni kira menderhaka resipi ler ye
    kalau cam daku kekadang aje menderhaka
    tapi tetap tak jadi juga
    dasar tangan tak boleh maska...hehe

    BalasPadam
  4. cream puff ikut resepi mana tu..? tu la.. takmo ikut resepi aku.. sebab tu tak jadi..hahaha...

    sukatan tu biasanya aku pilih yg sukat dgn timbang..senang berbanding yg main guna cawan ngan sudu.. lagi2 nak sukat marjerin bagai kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. x kuasa aku nak menyukat.
      biasalah.. master chef tak main tiru2 ni..

      Padam
  5. tak apa practice makes perfect, masih ada next time lagi...

    BalasPadam
  6. janji jgn berhenti mencuba...lama2 mesti terror...asalkan leh makan n ada rasa..ok la tu...

    BalasPadam
  7. 5 sebab tu memang terkena jugak kat akak..hehe..
    apapun slalu buat pasti akan jadi..belajar dari kesilapan..:)

    BalasPadam
  8. Ingatkan kuih bakar tadi... cream puff rupanya... hahaha, jgn marah...
    Sama lah kita.. main hentam jer buat kali yg kedua bila buat kali pertama menjadi... sokmo la lagu tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kuih bakar? i take as complement.. haha..
      tok laki hambe suka bijan2 tu..

      Padam
  9. Betul kata PB kakak pun sama kalau kali pertama memang ikut arahan betul-betul tapi masuk ke2-3 ikut nasiblah konon dah pro itu yg kadang jadi kadang tak jadi. Tapi yg pasti still boleh makan tak ada masalah...

    BalasPadam
  10. hahahaha well said, thats exactly what happen in my kitchen. Tu pasal la kami panggil dessertster, dessert + disaster, kes ikut suka la ni. apapun, asal boleh ditelan, dop?

    BalasPadam
  11. cream puff...sedap tu..

    BalasPadam
  12. Rupa tak penting. Asalkan rasa dia sedap. Hehe. Selalu jugak try resepi, konon nak tiru macam dalam channel AFC, alih-alih entah apa-apa jadinya.

    BalasPadam
  13. Ingatkan kuih akok tadi PB....
    Walaupun okje tau dari penceritaan entri ni mmg awak buat kuih yg tak berapa nak jadi hehe....tp serious mcm nampak sedap weyh...teringin pulak nak cuba buat!

    BalasPadam
  14. teringin jgk nak try buat cream puff.....sbb sedap kan..
    tapi belum jd kenyataan lg....tggu mood rajin dlu lah huhu....
    lagi 1 hal...kn mtk resepi nga org yg betul2 penah buat br yakin nk buat :-)

    BalasPadam
  15. Wlupun ko cite seperti cream puff ko ni x menjadi tapi macam sedap pula tengok......
    Tak ikut resepi asal tp klu masih sedap di mkn oklah tu :)

    BalasPadam
  16. Samalh kdg jdi, kdg tk...

    nmpk menarik cream puff tu...nmpk mcm nk tumpg mkn juga..

    BalasPadam
  17. Dah sikit punya banyak gambar kuih yang sama, mahu tak tahu kisah cream puff dia...

    Betullah tu, PB. I sokong 200%. Kadang tu masa buat kuih dah berlagak macam Masterchef, main tibai je sukatan tuan punya resepi letak. So, nasiblahkan kalau jadi, jadilah. Kalau tak jadi, redha ajelah. Alah, janji boleh makan. I ni pulak spesies lain sikit. Kalau tak lengkap bahan, tak leh buat. Bila dah lengkap bahan, dah penat malas pulak rasanya nak bereksperimen. So kita postpone. By the time kita nak buat, bahan dah tak lengkap lagi. Kita cari bahan lagi. Aduh, bila nak habis cerita? Senang cerita ni spesies pemalas di dapurlah ....

    Opsss....terlepas cakap pulak rahsia ni :)

    BalasPadam
  18. Sedapnya...Diana kadang juga ada ubah sikit2 resepi tu...hehe

    BalasPadam
  19. saya selalu kalau buat kuih mmg guna sukatan sendiri . kadang menjadi kekadang tu separuh jadi ... kuih apa tu pb ...

    BalasPadam
  20. hihi.. rasa kelakar pula bila baca entry ni. memang tak ada pun resepi yang ukur diameter telur. hahha

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...