Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140912

7 Auta PetakBunga

Assalamualaikum sahabat-sahabat alam maya yang disayangi. Semoga dirahmati Allah hendaknya hari jumaat yang mulia ni. Hari Jumaat yang ditunggu-tunggu sejak dari hari Isnin lagi.

Oleh kerana tidak ada perkara-perkara yang menakjubkan berlaku hari ini dan semalam yang boleh aku kongsikan sementelah lagi tak ada apa nak update blog aku cuba menjawablah The Versatile Blogger Award dari sahabat Blogger tersayang  Mama Kaori Story dengan ucapan good luck for interview, Rai Ourkizuna dengan ucapan cepat-cepat tambah anak lagi eh silap selamat berpantang dan Fuza Sualman Lace Heaven kalau ada tudung-tudung cantiik yang dah tak nak pakai boleh derma kat kita, terliur sih.. Terima kasih sangatlah ingatan kalian kat aku. Walaupun aku ni antara orang terakhir yang korang ingat.. tak apa-tak apa..

Bila aku baca-baca, rasanya lebih kurang Libster award yanglepas pula. Kalau nak tulis pasal fakta yang perlu korang tahu pasal PetakBunga bolehlah check yang lepas. Tidaklah korang nak kenal sangatkan aku yang tidak gloumor ni kan? Okey, fine.

Tak bestlah kalau aku mengulang jawab fakta pula jadi aku ceritakan 7 auta PetakBunga yang aku biasa buat.

Hikmah tangisan anak

Laki aku memang teramat suka melepak depan rumah. Iya aku dah bersyukur sangat, aku tahu mana dia pergi malam-malam hari. Kat depan rumah je. Tetapi kekadang aku boring juga tengok tv sorang-sorang sementelah lagi cerita tak ada yang best kat tv. Nak cakap dengan Luth, bukan dia menjawab pun. Menangis banyaklah! Maka aku akan menggunakan tangisan Luth untuk memanggil ayah dia. Aku dukung Luth kat tepi pintu yang dah memang terbuka, halakan suara tangisannya biar sampai keluar rumah..ha, ha.. dan tak lama lepas itu ayah dia akan muncul. Luth nak ayah dia ni.

Iyakan kata-kata ibu

Aku jenis orang yang sangat memberi tumpuan yang sebenar-benarnya jika aku sedang menonton televisyen. Macam yang aku selalu cakap, aku suka benar cerita yang berunsurkan penyiasat ala-ala CSI, Criminal Mind dan sewaktu dengannya yang memerlukan konsentrasi. Maka, bila aku sedang menonton, aku tidak boleh mendengar percakapan disekeliling aku. Ma aku pula, tabiat dia bila aku tengah tengok cerita ni..mesti dia akan buka cerita-cerita..dan cerita. Aku tahu, dia tak minat dan tak faham apa aku tengok. Dan aku sebenarnya tidak  dapat menangkap apa cerita ma aku pula sehinggalah ke waktu iklan. Tetapi sebagai anak yang baik, perlulah memberi riaksi kepada cerita ibu kita. Aku tak risau sangat nak menyampuk balik cerita dia, sebab dia akan ulang-ulang cerita dalam 5~6 kali. Mungkin lebih.

Bertanya khabar kawan-kawan

Ada seorang kakak ni yang biasa aku jumpa kat bilik solat kilang aku. Aku tahu dia memang peramah. Aku sangat gembira dia suka bertanya perkembangan anak aku. Tak sabar aku nak cerita panjang lebar kalau ada orang nak tahu perkembangan Luth. Tetapi akhirnya aku dah sedar,  jawapan soalan dia tak panjang. Luth okey, sebab lepas tu dia akan cerita panjang lebar cerita pasal anak dia yang sebaya Luth. Anak dia dah jalan, dah ada gigi, dah makan, tak nak menyusu, aktif dan sebagainya. Puas pulak aku nak menunggu bila giliran aku nak jawab soalan dia. Maka, jawapan sebenarnya Luth okey kan kalau angguk saje kata sombong pula. Cemuh juga tahu, buat aku beriya nak cerita pasal anak aku, dia cerita pasal anak dia pulak. Biarlah aku habis dulu jawabkan?

Mulakan teguran

Kalau kakak tu terlebih ramah, ada setengah orang ni pula jenis tak reti nak bercakap. Aku kalau tiba-tiba berdua-duaan ke dalam sebuah tempat dengan seseorang, aku rasa bersalah sangat kalau duk diam je. Biasa juga aku diam je tetapi untuk hilangkan perasaan menyesal kemudian hari... Jadi aku akan cuba membuat kenyataan klise seperti..hari ni panas ye.. dengan harapan ada penyenambungan supaya aku tidak rasa bersalah. Tidaklah aku nak dengar sangat tahu pendapat dia berkenaan cuaca hari ni.

Bohong sunat

Hari tu aku pergi pasar malam. Budak perempuan cantik dan makeup tebal tetapi apam balik nipis tu tanya aku ada duit 50sen tak kak? Aku cakap tak ada, ada sepuluh ni je. Aku sebenarnya malas nak korek duit syiling dalam purse aku yang sebenarnya berat dengan duit syiling. Lagi satu aku nak menabung, nak penuhkan tabung syiling aku. Okey ni auta yang jelas..

Aku harap auta aku ni tidak dibaca oleh orang-orang yang berkenaan. Sejak aku perasan yang aku banyak kutuk laki aku dalam blog ni. Aku telah cuba mengurangkan enrty yang berunsurkan kutukan kepada laki aku. Sebenarnya dialah sumber inspirasi aku, walaupun nampak macam tak lah baik sangat laki aku apa lagi romantic macam orang lain, tetapi itulah rialiti berumah tangga. Mana yang tidak baik itu, aku akan cuba tapis dan sikit-sikit ubah suai supaya tidaklah nampak teruk sangatkan. Tidaklah juga bermaksud aku telah mengauta kalian yang membaca tujuh auta aku ni yang sebenarnya hanya enam auta. Ampun kan aku yang lemah ni..

Mana yang baik tu ambil buat contoh, yang tak baik tu terima buat sempadan. Aku doakan kalian-kalian semua sihat dan ceria selalu. Mana kawan-kawan yang tengah tension ke sedih ke, banyak-banyak doa hari ye supaya hajat dimakbur. Insyallah. 

Kamu sinar kebahgian aku, tak mahu sedih-sedih sebab esok dah hari sabtu. Hari ni hari kegembiraan aku. 

26 ulasan:

  1. gigih aku baca dr atas smp bawah..hehe..bile dh peramah sgt gitu lak jadiknye..hurmmm, sian ko..meh aku tanye ko soalan yg sama meh pastu ko jawab la byk mana ko nak psl luth..pas ko dh abis jawab, aku lak smbg cite psl qisya smp ko akan rase ko nyesal borak ngan aku...mesti pastu kalau terserempak ngan aku, lo lak yg larik..wakakakkaa..

    byk lg nak komen tp aku komen nie pakai enpon..sakit jari jemari halus aiii..nnt aku komen lagik la..itu pun kalau aku xilang ingatan ape yg aku nk komen kat ko..kihkihkih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko cerita lah anak kau kat blog aku.. semak pulak blog aku dgn cerita anak ko..
      haha

      Padam
  2. Ni jelas menunjukkan auta yg lebih..hahaha..

    BalasPadam
  3. hahahahah nk pecaya ke x ni?

    BalasPadam
  4. Bab duit bohong sunat tu I pun selalu jugak buat. Kalau ditanya ada tak duit kecil, memanjang je takda sebabnya malas nak selongkar handbag yang penuh sampah sarap tu.

    Eh, mana ada you mengumpat laki dalam blog? I tak pernah baca pun .... *auta semata*

    BalasPadam
  5. baca sambil sengih2..bab auta sebenarnya 6 tu...erkk..saya tak kira & berjaya diauta..
    lepas ni PB di tempat baru kan..semoga semuanya baik2 saja..

    BalasPadam
  6. bab last tu mmg slalu buat.hat suara anak pon slalu gak...kah3...kdg2 ms suami x blk lg dok lepak mamak Aqil menangis nk susu time tu la col kengkonon nk abah.stgi smpai la dia....hahahaha

    BalasPadam
  7. hihii...adoii...gelak2 kamek baca.. auta ni kadang2 perlu jugak kan..tapi tak boleh sllu.. haha

    BalasPadam
  8. Punya lah auta ko kan.. Tapi aku pun suka tgk cite mcm criminal mind ke apa tu.. So kira kita ni sekutulah.. Eh ke sekufu panggilnya.. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekutu tu mcm selalu bersetuju dan menyokong setiap tindakan sekutu kita.
      sekufu pula mcm setaraf. ko anak dah 4, aku baru 1, tak sekufulah kita.

      Padam
  9. Good Auta hehe
    Tang apam balik nipis make up tebal tu memang best..hahaha
    Kat sini pun ada jugak.. make up tebal, lipstick merah tapi jual ayaq siram tawar hebeh..
    Macam2 ragam

    BalasPadam
  10. ala.. i tak suka csi ngan kriminal mind, dulu layan la kejap pastu bosan, tapi ncis faveret sbb ada unsur komedi di situ.

    I kan... risau bab komunikasi ni, sebab I bukan peramah tapi sejak jadi mak, nak cuba jadi ramah then bila orang tanya khabar, I jadi panik pastu terus merapu cakap bukan2, walau nak stop tapi tak reti... macam komen skang ni.

    BalasPadam
  11. hubby cn pun tak romantik gak, kalau merajuk, jgn harap la dia nk pujuk, tp itulah kesayangan cn..setiap orang ada kelebihan dan kelemahannya ;)

    BalasPadam
  12. Banyaknya auta. tapi yg tak menahan tu make-up tebal tapi apam tipis buat kakak senyum sensorang. Pandai betul PB kan create nak buat org ketawa:)

    BalasPadam
  13. hahahaha .. pening jgk jumpa terlebih ramah ni .... tergelak² baca entry auta ni ...

    BalasPadam
  14. ehh suka cerita penyiasatan ye..haritu cerekarama tgok tak beto kusyairi jadi PI,boleh tahan sedap jugak ceritanya..lgpun cite melayu jarang tayang csi ni semua balik2 kisah cinta..hoho

    BalasPadam
  15. tak suka orang yang sembang lebi pasal dia. Kita pun nak jugak sembang pasal hal kita kat dia. Tapi kalau jumpa orang macamni memang bagi jawapan pendek je sebab tau dia bukan nak ambik port sangat.

    BalasPadam
  16. ye, Ros pun kalau tiba-tiba kat tempat yang tinggal berdua je, rasa macam sesuatu kalau tak menegur. Kena mulakan perbualan.. sebab nanti dikata sombong pula.. hihi. eh tapi sape yang nak kata kan, sebab dalam tuada berdua je.

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. part kutuk laki tu smbl kata akn kurngkn kutuk laki kutuk jgk tu. Eh, kopaham x ape yg saya komen ni?? Jngn kutuk daku

    BalasPadam
    Balasan
    1. kurangkan.. dalm proses..haha

      Padam
  19. Haha.. rasanya banyak yg betul ni. Kalau ada sikit auta pun untuk penyedap je ni. Tak dimaksudkan betul2 sebaliknya demi kelangsungan hidup kan. Cth yg buat2 dgr kawan cerita pasal anak dia berjela2 tu, saya pun ada juga mengalami dan kalau kena masa otak mereng saya pulok buat gitu, lepas tu mulalah bg msj mitak maaf dgn kawan bila dah sedar diri buat gitu..

    Bab kutuk suami, setakat ni saya rasa PB ni ada sikit sebanyak citer hal suami pasal minat memancing dan backgroud dia secara berhemah, tak kira mengutuk tu.. sumber inspirasi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2.. modal x tau nak cerita apa..

      Padam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...