Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140922

9 Sebab Kami tak Beli Rumah itu

Sukacita kami telah membuat keputusan menolak tanpa berusaha lagi mendapatkan rumah impian itu.

Pertamanya, harga nak dijual rumah itu memang sangat tinggi daripada harga pasaran. Macam agak mustahil sangat nak dapat duit cash untuk membayar margin yang besar itu. Tak kanlah sampai nak kena pinjam bankg Long pulak.

Keduanya, kalau pun dapat nilai rumah itu dinaikkan sikit oleh pihak bank, habislah segala simpanan kami untuk membayar segala mak nenek kos langsung atau tidak langsung yang melibatkan jumlah yang besar. Takut lepas ni, nak beli pampers anak pun tak mampu. Aku dah cakap, tak kuasa aku nak guna kain lampin.

Ketiganya, kami rasa dengan jumlah sebanyak tu kami dah boleh buat rumah Banglo desh kat kampung. Bawah pokok getah. Kiranya, rumah kamilah besar kat kampung tu lepas rumah cikgu-cikgi.

Keempatnya, kami fikir kami pun bukan nak menetap sampai ke anak cucu kat sini. Cukup seguni pitis kami, kami nak balik kampung. Buka business import eksport beras siam ke kat Rantau Panjang. Tak perlulah rumah yang baik-baik sangat, asal boleh berteduh cukup bagus.

Kelima, seperti yang pertama dan keempat tadi. Bila kami dah nak balik kampung nanti kalau nak jual balik rumah tu pun susah juga. Market pricenya rendah, jual pun rendahlah. Rugilah kami. Kalau nak sewa pun susah. Kalau sewanya murah, rugi. Kalau sewanya mahal tak ada orang nak.

Keenamnya, kalau ikutkan..target kami nak beli rumah bukan tahun ni. Kebetulan je ada orang nak jual, kami nak beli. Payah-payah, biarlah dulu. Belum rezeki kot.

Ketujuhnya, kami tak nak tambah hutang. Bila anak dah besar, sikit lagi mungkin kena beli kereta besar sikit pula. Nak balik kampung Kelantan jauh-jauh sedap sikit bawa kereta besar. Nak mengisi serba mak niko dari kampung pun muat. Tambah-tambah rumah aku jenis spesis makan beras siam.Aku pun risau, takut aku makin membesar dah tak selesa naik kereta kecil.

Kelapannya, bila kami dah tak berapa nak beli rumah tu..kami rasa segan pulak nak bagitahu tuan rumah tu kami tak jadi. Tetapi bila kami telefon, tuan rumah tu cakap dia tak boleh jual! Dia kena settle pembahagian harta pusaka arwah suaminya. Allah punya perancangan. Terbaik, tak payah fikir-fikir dah. NoKtaH.

Tambah lagi ke sembilan, aku pun tak suka rumah tu pasal dah tak ada tanah. Semua dah bersimen, tak boleh nak menanam lagi. Rugilah aku kalau kena beli pasu banyak-banyak semata-mata nak tanam cili.

Menyewa lagilah.

21 ulasan:

  1. Okeylah, banyak tu sebab musabab tak jadi beli rumah. Kira walaupun sedih tak dapat berumah sendiri, ada banyak jugalah kebaikannya tak beli rumah tersebut. Kalau rezeki kita, susah macamana pun kita akan dapat. So, tunggulah rumah idaman yang mungkin jauh lebih baik.

    Tak nak dok KL? Oh, wow..... kita pulak tak nak balik kampung!

    BalasPadam
  2. Perancangan Allah yg terbaik kan.. Insya allah ada rezeki korang buat banglo nanti..

    BalasPadam
  3. aku ingatkan ada cite angker di rumah tersebut
    bikin suspen lah PB...hehe
    betul jugalah kan, mungkin belum masanya lagi
    kita ada kawan dulu dok kota bahru, sekarang dok rantau panjang
    klang ye bukan kelantan
    berjiran dengan kita, dia kata saja nak dapat feel balik kampung tiap kali balik raya
    bila rumah jejauh cam gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keh2.. iyolah.. x terfikir plk aku pasal angker.. aku main gogle pic je..

      Padam
  4. macam2 perlu kita fikirkan sebelum buat keputusan. ada tanah kat kg, baik buat rumah besar2 kat kg..

    BalasPadam
  5. yang penting u ada usaha, so belum rezeki la kan... and ada banyak baiknya dari semua ni, at least some tips and ilmu pada kami yang membaca ni yang bukan mudah petik jari petik suis jer nak beli rumah kan. jom balik kampung buat rumah sendiri lagi best.

    BalasPadam
  6. Tak per lah. Kita hanya merancang, DIA perancang terbaik.

    BalasPadam
  7. Yeyy... ko masih kekal dlm kelab takde rumah macam aku. hehe. kemain banyak alasan ko, last2 yg kelapan tu dah menghalang segalanya.

    BalasPadam
  8. betullah tu.... nak beli rumah biar berbaloi ngan kemampuan kita jugak kan? takpelah, ada rezeki yang lebih baik dari tu nanti...insyaallah... ^_^

    BalasPadam
  9. xpe, belum rezeki lg..mn tau nt ada rezeki beli umah lg besar, yg ada tanah yg luas..nk beli umah bukan mcm beli gegula.. tkt kendian hari menyesal..

    BalasPadam
  10. betul..balik kelatey lah wat rumah kat sana..
    btw, anda ditag di sini
    http://storybyciksiti.blogspot.com/2014/09/liebster-award-2-by-siti-yang-menaip.html

    BalasPadam
  11. beli rumah ni pb, bukan macam beli kereta. banyak kena list. baguslah tu ada 9 sebab. kak ni biasanya satu dua sebab, tak jadi beli, sebab ke 8 tu awesome lah... kadang2 camtulah. nak jaga hati orang...

    BalasPadam
  12. singgah dan follow sini! :)
    jom dtg blog ekin...

    www.ekinhoza.blogspot.com

    BalasPadam
  13. nak buat sesuatu memang kena buat dengan teliti.. semua perkara nak kena ambil tau sebab jika sebarang keputusan yang akan dibuat nanti, akan berlakulah rombakan dari segi cara hidup, pengurusan kewangan dan simpanan kita :)

    BalasPadam
  14. Oh tak jadi rupanya...sib baik tuan umah terlebih dulu bersuara..selamat...:)

    BalasPadam
  15. xpe asal itu keputusan terbaik =)

    BalasPadam
  16. Biasanya macam tulah.. susahnya nak terangkan balik tak jadi nak ambil/beli sesuatu tu.. tapi Alhamdulillah Allah mudahkan urusan.. ;)

    BalasPadam
  17. hai dear.. selamat berkenalan nama sy nuha. nice entry.. isu beli rumah ni memang kena consider banyak faktor betul2. tak boleh ikut nafsu huhuhu.

    btw jemput ke blog nuha ya.. nuha baru share entry pasal kolagen.

    www.nuhahayati.blogspot.com

    BalasPadam
  18. Tu diaaaaa cukup konkrit sudah alasannya tak mau beli rumah....Apa pun kita yg bayar , terpulanglah pada kita nak beli ke idakkan PB ..

    BalasPadam
  19. itu la..tayah susah nak reka alasan kt tuan umah..Allah dah tolong byk tu..sabarlah..aku pon belum beli rumah..target nak buat rumah sendiri..tanah dah ade..kumpul modal nak buat rumah jer..harap ada rezeki kita..huhu..

    BalasPadam
  20. byknya alasan...hihihi...hat no.1 tu sm dgn kes kami dl.mn nk cekau puluh2 ribu cash

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...