Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140915

Air Oren Memikat Suami

Kalau balik kerja, laki aku suka minta buat air. Aku tahu sangat, tetapi aku suka buat-buat tak tahu. Tunggu dia minta buat dulu, tanya dia nak air apa dulu.  Biar dia fikir puas-puas air apa dia nak. Sambil tu sempatlah aku berehat-rehat sekejap.

Laki aku suka minta air Horlick. Aku dah tahu jawapan dia, lalu malas-malas pergi buat air oren.  Iya laki aku suruh aku buat air Horlick tetapi aku buat air oren sunquick. Dia pun tahu, rumah aku tak pernah ada Horlick.

Selain dari I labi u, laki aku juga suka air oren. Laki aku suka air sunquick aku buat sesedap rasa masam. Sungguh, sebab walau aku balik kerja lagi lambat daripada dia balik pun, dia sanggup tunggu aku balik kerja untuk buat air yang diingini nya ini. Sangat terharu.

Semalam air sunquick kat rumah aku dah habis. Bila kehabisan harus dibeli segera. Semalam kami ke 99 speedmark beli beberapa barang keperluan termasuk seluar dalam pakai buang Luth. Kerana air sunquick antara air kesukaan laki aku, maka aku selaku isteri solehah telah membeli 2 botol. Alah, sekejap je stock ni habis kat rumah aku. Sungguh.


Bili sunquick dapat jug macam comel, ada warna hijau dan oren jadi aku beli dua. Nasib baik 2 warna je. Mmm.. Jugnya comel, gaya urban gitu tetapi nipis sangat. Tak berapa sesuai letak air panas.


Buat air siap-siap air oren, letak dalam peti ais siap-siap. Kalau laki teringat kat air oren bini, bila-bila masa boleh ambil.


Misi selesai. 
Oh perempuan biasa, kenapa engkau sangat suka hadiah percuma yang sebenarnya engkau tak perlukan?

14 ulasan:

  1. Haha.. lumrah perempuan suka benda cantik kan.. comel nampaknya jug. Saya tgk pun jatuh berkenan ni.. biar kat rumah ni tak jenis minum air sunquick pun, terus rasa nak g beli sunquick semata2 nak dpt bekas air tu.. haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. taktik marketing yg berjaya..hu

      Padam
  2. gigih beli dua sebab nak jag tu atau memang niat nak beli 2..haha kekadang kita ni gigih hadapkan preegip tu sanggup beli banyak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada jag disebalik air oren

      Padam
  3. Betullah kakak pun sama kadang hadiah mug yg dah berlambak kat rumah tetap terpikat juga. Tapi tak salah kan sebab benda yg kita beli memang jadi keperluan/kegunaan kita.

    Cutelah jugnya:)

    BalasPadam
  4. Betul sangat PB..anak2 acik masa kecik pun sampai terikut..bila nampak benda2 ada percuma..jerit2 panggil mak dia..mak percuma ..mak percuma..hi hi..tah apa la orang pandang masa tu agaknya..sampai sekarang pun acik suka..tapi anak2 dah besar dah tak kisah macam dulu2

    BalasPadam
  5. Kahkahkah... Aku paling suka ayat ko last sekali... Sebab aku pun suka hadiah percuma tu... Kita memang serasi..


    Rai ni., aku guna login laki aku.. Hahaha

    BalasPadam
  6. sy pon bli juge..jug kaler oren..:)

    BalasPadam
  7. suka banda free sebenarnya..

    BalasPadam
  8. Lya pun suka bli brg klau da benda free hihi entahla tabiat kot

    BalasPadam
  9. hehehe suka juga kenkadang tp tgk juga benda free apa..klu yg memang jadi tukun kat rumah cuba elakkan hehe

    BalasPadam
  10. tula kan..nampak benda free je mesti nak..
    laki PB sama la cam laki saya..suka minum air manis..kena stanby dalam peti ais..

    BalasPadam
  11. Oh, perempuan biasa.... Kita memang mahkluk Allah yang luarbiasa!

    You kalahlah PB. I dah ada dua jug ni kat rumah lama dulu cuma dua-dua kaler oren gitu. Dah habis pun satu tu sebab I dengan sesuka hati letak air suam-suam fingernails gitu. Sebab I ada dua, I buang ajelah satu. Barang percumakan. Masa nak bukan main excited, bila dah dapat langsung tak menghargai...(I lah tu bukan you, jangan terasa pulak!)

    BalasPadam
  12. everything is free is nice bebeh...kihkihkih..

    ko kire rajin la wat air oren utk laki ko..kengkonon aku nie ala2 isteri mithali duk tanye laki aku nak minum ape (bile time nak makan la)..belum bgtau lg aku yg jawab, "air kosong la..diet skit"..mithali x aku mithali x aku..wakakakakaka

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...