Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140911

Apa berlaku malam semalam?

Semalam kami laki bini tidur awal. Sungguh tidur awal, tanpa apa-apa aktiviti ye. ^-^. 

Rasa baru sekejap terlelap bunyi handphone, 3 kali miss called. Kira tak sempat nak angkat dah putus, lepas tu masuk message. ‘Paksu XYZ sakit tenat’. Aku tak kenal pasti siapa yang dimaksudkan adik ipar aku. Sungguh sebelah laki aku ramai sangat lagi aku tak kenal. Walaupun dah dua tahun kahwin, setakat balik kampung musim raya memang tak sempat nak kenal semua. 

Pukul 3 tu telefon lagi. Aku sempat angkat lepas beberapa kali juga macam dengar tak dengar.

‘Abe tidur, ‘aku bagitahu adik ipar aku. 

‘Tak apalah, cakap Pak Su dah tak ada.’ Oh, aku cepat-cepat kejut laki aku. Dalam mamai tu, aku dengar dia tanya nak balik kampung ke tidak..lepas tu senyap, aku capai handphone letak sebelah aku tidur.

Sekejap lepas tu bunyi lagi handphone. Payah nak angkat. Terputus, masuk message lagi. Aku tengok dari biras aku kat kampung. ‘Pak Su dah tak ada’. Aku bagi tahu laki aku lagi.

Pukul 5 tadi, bunyi lagi handphone. Aku angkat dari kawan baik laki aku kat kampung. Terus aku kejut laki aku. ‘iya dah tahu..nak pergi ke tu?’. Lepas tu sambung tidur.

Dekat jam 6 tadi, biras aku call lagi. Pun tak sempat angkat. 

Pagi ni bila nak pergi kerja, sibuk pula laki aku nak balik kampung ke tak ni? Lor.. dah pukul 7 ni. Patut semalam lagi kalau nak balik. Sekarang patut dah nak sampai dah Kelantan.

Call adik dia, nak tanya jadi balik ke? Kalau tak balik lagi minta datang ambil. Mmm, betul aku cakap, dah nak sampai kampung dah.

Boleh dia cakap, dia tak SEDAR APA BERLAKU SEMALAM?


Harap-harap semua baik-baiklah. Maaflah kami sekeluarga tak dapat nak balik. Tak tahu apa alasan nak bagi kat orang tua kat kampung.


Al-fatihah.

26 ulasan:

  1. laki aku pon selalu macam tu...
    sabar jela..

    Alfatihah untuk arwah..moga rohnya tenang di sana..

    BalasPadam
  2. innalillah

    semoga roh dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah buat Pak Su..
    biasalah kalu tengah tidur nyenyak,,kadang kita iyakan ja bila org ckp ngan kita, tapi bila tanya balik esok nya kdang lupa..dah tak ingat..huhu..sabor je lah... moga urusan di kg di permudahkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah.. smlm kita pun x kejut sungguh pun sb ingt dia x kisah sgt..
      hr ni dah rasa menyesal plk

      Padam
  4. innalillahiwainnailaihirrajiun..

    Al-fatihah buat arwah pak su..

    BalasPadam
  5. so, paksu tu ko kenal ke tak yang mana? semoga dipermudahkan urusan paksu ko. Innalillah.

    BalasPadam
  6. al-fatihan. semoga semuanya berjalan lancar.

    BalasPadam
  7. Al fatihah. Moga berjalan lancar sumenya

    BalasPadam
  8. Innalillah..
    Tidur mati ni kalau dah berkali-kali masih tak tahu - Masya-Allah!
    Doakan yg dah pergi moga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedar tak sedar..
      penat sgt tok laki kita semlam..

      Padam
  9. agaknya dia penat sangat sampai hanya ingat mimpi2 indah je

    BalasPadam
  10. Yelah...nak balik Kelantan tu bukannya dekatkan.....Tak pelah kirim Al Fatihah dari KL pun boleh jugak.... Yg pergi tetap akan pergi kita yg tinggal....teruskan kehidupan

    BalasPadam
  11. Alfatihah.

    Ni kes memang tidur mati habis ni. Dah 18kali bini kejut pun tak sedar. Yalah, kalau dia tak mamai masa PB beritahu kali pertama tu, mesti sempat balik Kelantan hari ni. Nak buat camna... penat sangatlah tu kot.

    BalasPadam
  12. hehehe sejak ada anak, dah lama tak rasa dapat deep sleep. tiap2 mlm hanya tidur2 ayam. tgh mlm terjaga, cari anak. tido lasak betul. satu katil dia pusing.

    BalasPadam
  13. Al-fatihah...
    mamai teruk tu smpai x sedar apa

    BalasPadam
  14. hehe...cakap dgn org tgh mamai...

    BalasPadam
  15. Innalillah..

    Aku paham perasaan ko. Aku selalu gak jadi gitu.. Kejut org beria.. Pastu dia siap marah kita sbb kejut banyak kali.. Tuptup dia tak sedar pun..

    BalasPadam
  16. innalillahiwainnailaihirrajiun. Al-fatihah dan salam takziah.

    Biasalah tu. Tengah mamai mana ingat apa. Cer ko baca talkin, mesti terus sedar...hehehe...

    BalasPadam
  17. Salam takziah,
    Tu la kan, bila tidur sungguh memang tak sedar apa yang jadi.

    BalasPadam
  18. al fatihah ... saya klu sdg tidur org kejut , mmg berangin tapi blh bangun .

    BalasPadam
  19. amboi.. Nak certa jgk tu Tidur Tanpa Apepe Aktiviti'. Alfatihah buat arwah

    BalasPadam
  20. Al fatihah buat arwah pak su..

    Kes arwah nenek saya meninggal malam sehari sblm hari raya lbh krg mcm ni la. Kami dpt kabar kul 1.. suami leh tido dulu. Bangun sahur awal kononnya, kul 4 n terus nk balik, tapi baru keluar sikit mak call kata perjalanan time balik raya pasti jd lama sb ramai orng, xpayah balik dulu, beraya kat rumah MIL dulu n balik pg raya kedua. Sedih saya rasa masa tu.. n bila balik ada salah seorang sepupu yg beriya marah kami, katanya tak sayang nenek.. saya? Speechless..benda luar kawalan..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...