Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140923

Apa nak buat kalau berhenti kerja?

Tadi aku dapat komen kat entry lama aku dari kawan kita yang tengah bersedih. 

Dia baru diberhentikan kerja. 

Aku tak tahu kenapa pula diberhentikan.  Cuma nasihat aku, kalau kita tak buat salah, majikan tak ada hak nak berhentikan kita kerja suka-suka tanpa alasan yang munasabah. Kalau ada buat salah pun, kena ada cara. Ada surat amaran peringatan pertama, kedua dan seterusnya. Ada pampasan jika dipaksa berhenti. Guna hak itu. Bos aku pernah cakap, company senang je nak berhentikan pekerja yang mereka tak suka dan mereka tak kisah pun kena bayar. Melainkan kalau kita ada terlibat dengan kes gaduh, pukul-pukul atau kes polis. Itu memang mudahlah mereka nak pecat.

Kawan kita ni juga sedih, fikirkan macam mana nak bayar pengasuh.

Beberapa hari lepas aku dengar ustazah ceramah kat IKIM fm kalau tak salah, katanya
menyediakan orang gaji adalah tanggungjawab suami. 

Macam kes ni, mengasuh anak tu bukan tanggungjawab isteri je ye. Itu tanggungjawab suami sebenarnya. Jangan fikir, isteri nak kerja jadi dia bayarlah upah pengasuh. Berkiranya laki tu!

Tapi aku faham, kawan kita ni isteri yang baik, dia nak meringankan tanggungjawab suami. Mungkin mereka dah bahagi-bahagi tugas siapa yang perlu membayar segala bil-bil bulanan. Besar pahala menolong suami dan redha tau.

Jadi bila kita dah diberhentikan kerja patutnya tak ada masalah nak bayar pengasuh. Kita boleh jaga sendiri. Bertuahnya boleh jaga anak sendiri.


Kalau tanya aku yang sedang kerja makan gaji sekarang ni, nak tak duduk rumah jaga anak?

Aku nak. Nak sangat-sangat. Kalau pagi hari nak bangun kerja tu bukan main lagi aku malas sangat-sangat. Kadang nak buat air pagi kat laki aku pun tak sempat. Pasal kalut nak pergi kerja dah lewat. Kadang tu, sempat lagi aku mengulit anak aku Luth selepas subuh..tu yang selalu lewat.

Kalau fikir hari sabtu, boleh pula aku bangun pagi, siapkan sarapan pagi untuk laki nak pergi kerja. Feeling-feeling jadi suri rumah sepenuh masa gitu. Lepas sarapan pagi, sambil dukung anak duduk kat pintu hantar laki pergi kerja..Wah, wah.

Kalau tinggal kat bandar ni aku rasa upah pengasuh pun kurang-kurang 3~4 ratus paling-paling komang. Kalau jaga anak yang masih bayi lagi mahal. Saudara aku ada buat kerja ni, kalau pergi rumah dia time kerja dah macam tadika. 3~4 orang tu dia jaga, budak yang dah besar-besar sikit senang nak jaga. Dia main-main sesame mereka, Cuma yang masih bayi kena jaga betul-betul sikit.

Tapi itulah, ada yang jenis suami tak suka ada orang lain kat dalam rumah. Takut anak sendiri pulak tak terjaga. Kalau macam tu, laki tanggunglah semua bil.

Tetapi itulah, bila jadi isteri yang baik ni… kita nak je selalu meringankan beban suami tercinta.
Sekarang ni ada macam-macam cara yang mudah nak cari pendapatan sampingan. Berhenti baca blog yang duk cerita hal ehwal dia bershopping dan ada itu ini, berfacebook, instag yang tak berfaedah. Cuba kaji macam mana orang berniaga online. Tak mudah nak berniaga online tetapi tak lah susah sangat. Belajar sikit-sikit sambil-sambil jaga anak kat rumah tu.


Berhenti bersedih, kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita. 

28 ulasan:

  1. jaga anak orang sekarang memang boleh buat duit
    ni kawan aku ni sebulan boleh dapat 1k lebih
    banyak tu sebab bersihkan
    tapi tension jaga anak orang ni sebenarnya

    pesan dekat kawah tu la tahzan, adalah sebab ujian sedemikian diberikan
    tapi kalau betul tak salah, p repot kat kementerian sumber manusia
    sebab memang salah dia buat gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kawah la plak, ni mesti teringat gulai kawah
      *kawan ye, typo erro tu

      Padam
    2. ko yana yani, makan je ko ingat..
      aku pun tak boleh jaga anak orang.. garang.
      tp kalau dah tahap terdesak, boleh je... fikr lah apa kerja yg sesuai dgn kita.
      jangan harap makan gaji je..

      Padam
  2. erm... susah nak cakp kan PB...cuma bersabar lah.. semua pasti ada hikmah nti nya..
    sya bayar pengasuh Pa'e rm300 (umur dah nak masuk 5thn).. kira mahal lah org kata sbb dia dah bsr...tapi terpaksa jg... huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ui mahal jugak..tak try cari yg lain ke atie

      Padam
    2. kalau bndar ni.. standard gitu lah

      Padam
    3. saya dok JB..tiap2 bulan 300 utk upah pengasuh

      Padam
  3. fuhhh.. mcmn ek kalau jadi kat diri sndiri..

    BalasPadam
  4. Mana tau kot ini tanda pintu rezeki lain terbuka...

    BalasPadam
  5. Dugaan juga bila dah kerja nak kena diberhentikan pula. Walaupun saya tak bekerja lagi tapi terasa la juga. Manalah tak sedih. Bukan senang nak dapat kerja sekarang ni. Tapi betul lah, rezeki Allah itu ada di mana-mana. Yang penting kena rajin berusaha. Saya pun baru aje nak belajar berniaga on9.

    Salam singgah sini tuan blog.. [^__^]/

    BalasPadam
  6. Semoga dipermudahkan :) Ya Allah seramnya nak melalui saat saat macamtu

    BalasPadam
  7. keciannya kena berhenti... cakap dengan member u.. dugaan. mesti ada hikmah...

    entry terkini...Makan je kerja aku ni!!!

    BalasPadam
  8. impian akak tu.. mmg lama nak benti keje tapi tak konpiden lagi dari segi kewangan...

    BalasPadam
  9. saya setuju bab "Cuba kaji macam mana orang berniaga online"..duduk rumh tak bermaksud jd surirumah saje..ramai yg berniaga on9, akak spupu saya buat kek,kuih, catering kecil kecilan..

    BalasPadam
  10. tu pasal la i daftar nuffnang, sebab nak pendapatan sampingan since jadi housewife ni. ok not funny... sorry to hear about ur fren tho. tapi kan, gomen kita memang kena beri lebih perhatian pada ha ehwal keluarga la... bagi la kemudahan nursery or subsidi untuk ringankan beban mereka yang berkeluarga, benda ni dah macam masalaah sepanjang zaman aku tengok. Sedangkan jerman yang bukan negara Islam ni pun menitik beratkan institusi kekeluargaan.

    BalasPadam
  11. singgah sini dari blog kak mia. done folllow sini dah rupanya

    BalasPadam
  12. Singgah dari segmen : http://www.cekgunorazimah.com/2014/09/giveaway-2014-mialianacom.html ;)

    BalasPadam
  13. itu lah kan bukan mudah nak survive dalam dunia yang makin mencabar ni
    moga dimudahkan segala urusan sahabat tu
    juga urusan hidup kita semua di dunia dan akhirat
    insha Allah

    BalasPadam
  14. Company sy pon tgh buang org juga. Smlm sorg teammate sy yg kena. Tp bos tetap nk tutup citer, dia bgtau kami yg minah tu resign, last day hujung bln ni, tp start dr smlm da on leave. Mmg pelik sgt, tp dgr khabar angin, diorg dibyr pampasan 10bulan gaji. Fuh, sy laki bini da comeout mcm2 plan td, andai kata sy ke tetiba yg kena. Takutttt sgt. Ada mcm2 cara legal sbnrnya company nk buang org. Ada yg VSS, and mcm2 term lg diorg pakai.

    Tp mmg sedih la sy smlm, sbb teammate tu g bfast. Lps bfast sy tgk dia mcm ulang alik tmpt dia...tetiba sy perasan dia menonong kuar opis ikut manager sy. Smpai tgh hari dia x muncul, tetiba kawan dia dtg kemas2 semua brg dia. Sy tanya, teammate sy tu sakit ke ape. Dia ckp x tahu. Minah tu just suruh kawan dia kemas brg,dia da tggu kt lobi. Msg/call sy langsung x reply. Sedih sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 10 bulan gaji tu dia kerja dah berapa lama ye?

      Padam
    2. Tak pasti pulak, yg sy dengar, kali ni diorg pilih dlm 17org, then mmg compulsary. Terus dibyr 10bln gaji, da tak kira bape tahun kita service. B4 ni ada gak buang org, but comp tetap bg pilihan, nak amik atau tak. Wave kali ni plak lain.

      Padam
    3. kalau gaji 2 ribu kali 10 dah boleh dah tu..
      kalau muda2 lagi, ambil je.. kalau dah tua pyh sikit nk cri kerja lain.

      Padam
    4. Tanpa Nama4:03:00 PTG

      CO ape tu

      Padam
  15. aku pernah rasa apa yang dia rasa..pertama kena sabar...kedua kena bersangka baik dgn Allah...ada sesuatu yang lebih baik perancangan yang Dia nak bagi kat kita..itu je yang aku pikir kalau jadi apa2 tak seperti yang aku harapkan..ketiga..jgn give up..duduk berbincang ngan suami..ini bukan masalah kita sorang jer..ini masalah keluarga..bincang elok2..insyaAllah..Allah akan tunjuk jalan pada hambaNya..Dia tak kejam..Dia tahu apa yang terbaik utk kita...sabo jela..

    BalasPadam
  16. Okeylah, kita hilang rezeki yang ini, mungkin kita akan dapat rezeki yang itu pulak. Senang nak nasihat tapi yang mengalaminya mungkin terasa sukar je nak buat keputusan. Kenalah ubah cara hidup kalau dah hilang satu pintu rezeki. Kalau dah duduk rumah tak kerja, jaga ajelah anak sendiri. Lagi baik. Sepupu saya jaga 5-6 orang anak orang. Income sebulan RM2000 lebih. Mak-mak budak tu pulak bagus belaka. Dapat bonus hujung tahun belanja sepupu saya makan angin juga. Sampaikan sepupu saya pun dapat bonus hujung tahun. Memang murahlah rezekinya.

    Sekarang ni macam-macam bisnes orang buat sambil duduk kat rumah, cuma I ni je yang tak pandai-pandai buat bisnes, sebab tulah I tak berhenti kerja. Susah hati kalau kena minta duit kat laki....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau semua business online sapa pulk nak membeli..
      alah, kalau nak buat business online MD mesti sokong punya..kan MD?

      Padam
  17. Alahaiiiii...sedaihnya baca. Smoga ada jalan penyelesaian buat dia.

    Memang kos sara hidup sgt tinggi. Aku hantar anak2 kat nursery 2 orang RM480. Skang klo nak hantar baby RM360. Fikir byk kali klo nak beranak kecik. Untung jadi pengasuh skang ni. Bawa van skolah pon untung jugak wei. Pergi balik skolah yg sekangkang kera tu pon dah charge RM70. Rasa macam nak benti keja pastu bawak van skolah jer ☺

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...