Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140909

Bagaimana meninggalkan kerja dengan baik

Bulan Sepetember ada 30 hari. Hari ni 9hb. Tinggal lagi 21 hari. Tolak sabtu dan ahad 6 hari lagi, tinggal 15 hari. Aku dah check dengan HR cuti aku ada 3 hari lagi. Wah bolehlah 3 hari aku feeling, feeling fulltime housewife.  Jadi 15-3 hari. 12 hari je lagi aku kerja.  Sekejap je..tak lama dah tu. 

Kena sabar menghitung hari ni.

Oh baru-baru ni aku ingat aku dah tak ada kerja kat sini..tetiba pula bos aku dapat idea nak bagi aku kerja documentation yang aku tak suka.. dah tu,  siap mintak aku tolong simplified report Sales pulak. Ah sudah..

Sambil buat kerja ni, sambil setan dalam otak aku suruh aku buat sambil lewa. Iyalah, aku kan dah nak cabut daripada sini. Kalau ada apa-apa hal kemudian aku dah tak payah jawab. Seronok pulak bila fikir time ISO Audit nanti aku dah tak payah bersusah payah susun ayat nak pusing-pusing..haha..

Adalah sikit hasutan tu, tetapi fikirkan..kesian pulak budak yang kena ambil alih tugas aku nanti. Tak sampai hati weh. Lagi pun, ni tempak aku cari rezeki selama ni. Aku pun nak masuk kerja tempat baru, kan aku tinggal tahik kat sini.. kat sana nanti aku kena hadap tahi orang lain pulak.

Teringat juga ada cerita teladan tu..

Alah cerita arkitek yang nak pencen tu. Bos dia suruh design rumah yang paling cantik, paling elok dengan material yang paling baik.


Tetapi sebab tak puas hati dengan bos dia yang bagi kerja susah dekat-dekat dia nak berhenti..maka dia pun buatlah ala kadar je..



Last-last cerita.
Rupa-rupanya rumah tu. Bos dia nak hadihkan kat dia. Sempena persaraan dia. Baik sangat bos dia.


Menyesal tak sudah.


Kalaulah dia buat dengan baik.

Aku tak haraplah bos aku nak bagi rumah ke apa. Memang tak lah. Dapat gaji penuh bulan ni pun, Alhamdulillah. Satu lagi, aku tak mahulah tinggal nama busuk kat mana-mana aku pergi. Biar aku dah tak ada pun, kalau boleh diingati lagi.. perasan pulak dah..

Pasal apa tray aku bersepah ni? 


Semua kertas yang dah tak guna sebenarnya, aku takut kalau aku buangkan..orang kata aku nak hapuskan kerja aku pulak. Nanti kalau ada orang baru, rasa dah tak perlu..buangkanlah kertas-kertas tak guna tu.  Itu baru atas tray, aku sorot bawah plastic meja ni..lagi banyak. Dalam laci, kat rak..ada lagi..haha.. banyak kertas-kertas dah tak guna pun..

Saja tak kemas, kalau aku kemas..mesti hilang kertas-kertas aku yang penting. Wah konfius, mana yang penting, mana yang tak guna.

Poyo betul tajuk entry..padahal wat kerja sikit, pening banyak.. update blog banyak..haha..


21 ulasan:

  1. Bagus3x. Mana tau bos ko bagi gaji lebih ker nanti ☺☺☺

    Umah nampak lain lah harini ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku sibuk kemas rumah.. tu yg x sempat nak kemas meja kerja..hah

      Padam
  2. meja kerja biasanya bersepah bila time buat kerja bila time dah settle kerja kalu petang... baru kemas...so balik dengan keadaan workstation yang kemas... he he he...

    BalasPadam
  3. meja sy juga selalu bersepah..kalau kemas anak buah cam pelik la pula...hehhe

    BalasPadam
  4. kot2 boss bagi sekilang ker... hehee haaa mana satu guna, mana satu sampah dan mana satu sepahh ni?

    BalasPadam
  5. betul tu PB..kita kena positif..hehehe..kerja ni ibarat ibadah & ilmu..jangan sia-siakan..
    bab cerita arkitek tu pon pernah baca & perlu dijadikan pengajaran.

    BalasPadam
  6. yang penting pergi dengan elok kut kut nak patah balik dapat gaji baru pangkat baru :) tu yang duk sabaq ..bagus PB fikir tentang akitek tu kan..rezeki mana tau.

    BalasPadam
  7. Hampir sama dgn meja aku. Aku tak tahu mana nak simpan kertas2 tu semua ... hehe

    BalasPadam
  8. tray memang sentiasa penuh, serupa la kite takut nak buang. mana tau nt nak guna ke kan. Dah cuba clear tapi sebulan pastu timbun balik hihi

    BalasPadam
  9. Syabas sebab berjaya tepis hasutan syaitan..
    Tinggalkanlah legasi yg baik baik di tempat bekas kerja kita...:)

    BalasPadam
  10. Betul lah tu PB..tak mau tinggalkan nama yang buruk kat mana2 tempat yg kita tinggal kan..biarlah depa ingat kita yg baik shj..hehe...
    try penuh tu tanda mmg manyak kerja lah tu ...hihi

    BalasPadam
  11. sekejap je 12 hari tu PB..tau2 nanti dah kerja tempat baru dan hadapi pulak cabaran baru

    BalasPadam
  12. seronok pb menghitung hari ... mmg seronok bila nak cuti wpun x lama . penghijarahan tu adat lah tapi nama mmg x mau kasi buruk ... haru nanti .

    BalasPadam
  13. lama dah tertinggal cerita..dah dpt agak PB dpt kerja baru..Tahniah ya..mmg penting tinggalkan benda2 yg baik utk org kenang tentang kita ditempat kerja lama.huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana hilang? rindu eh x tgk afne mesti dah besar

      Padam
  14. Baguslah PB berjaya menepis hasutan syaitan durjana tu. Buatlah terdaya mungkin. Sampai masanya, say bye-bye!

    Jadi start kerja kat tempat baru nanti 1 Okt lah ya. Semoga tempat baru lebih best dari sekarang dan senyum pun tak pernah lekang sambil buat kerja :)

    BalasPadam
  15. betullah kan, biar kita tinggal nama baik
    tak ada kena sumpah seranah
    mau tak bahagia hidup

    BalasPadam
  16. sedang mencari kaitan tajuk entry ngan isinya..haha..
    memang kalau boleh kita nak nama kita masih di ingati walaupon dah takde lagi kat tempat tu..silap2 diaorg panggil kita balik keje situ ngan tawaran gaji lagi tinggi..x gitu?

    BalasPadam
  17. Pergh teringat masa kerja dulu....atas meja banyak betul tray tak cukup 3 tingkat ada lagi tray 2 tingkat.....Yang mana urgent pun tak tau yg mana haha...

    BalasPadam
  18. itulah, lebih baik buat kerja sungguh-sungguh walau pun dah nak berhenti/bersara kan. kan dah rugi dapat urmah ala kada rje. :)

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...