Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140919

Bahasa bayi

Aku ingat nak ajar anak aku cakap orang putih prang pra kata ore kelate. Tetapi rasanya aku dah fail, almaklumlah banyak masa Luth dihabiskan dengan tok ma dia. Dahlah rumah aku memang tak ada orang boleh cakap orang putih..haha.. aku pun takut Luth keliru pulak banyak sangat bahasa bercampur-campur. Dalam rumah cakap Kelate, keluar rumah cakap BM S'lang'R tu tak kira lagi jiran Indon yang cakap separa Melayu-Indon. Kecelaruan perkataan pulak Luth nanti.

Cumanya aku ajar sikit-sikit jelah bila baca buku bahasa Inggeris ABC kat dia. Sekurang-kurangnya takat A for Apple, B for Ball tu biasalah Luth.

Sekarang Luth dah 13 bulan. Belum boleh bercakap lagi dengan perkataan yang betul. Kawan-kawan laki aku bantai gelak kat laki aku bila Luth panggil ayah dia ’ Ma’. Alah, diorang saja nak kena kat laki aku..kena quen control dengan akulah tu..sampai anak panggil ma. Budak baya ni 2 perkataan yang paling jelas dia sebut adalah..
Ma..ma..
Bah..bah…

Semua orang dia panggil macam tu. Kadang dia panggil aku Ma, kadang dia panggil aku Bah. Tetapi kalau aku suruh tunjuk mana mak, mana ayah, mana tok ma dia dah tahu. Bila rajin, mana mulut, hidung, gigi, telinga semua dia boleh tunjuk. Bila rajinlah..haha..


Aku tak sabar nak tunggu dia bercakap. Sekarang pun banyak cakap. Kalau baca buku tu.. mesti dengar dia bebel dalam bahasa dia. Tak faham kita. Cuma kadang-kadang aku macam terdengar dia menyebut perkataan dengan betul macam ‘abe’ bila nampak budak-budak kat luar pagar. Sekarang kat tv selalu dengar bacaan al-fatihah, itu pun dia suka ajuk.. ‘Him, him.. ‘ambil hujung. Jelas bunyi. Kalau dengar azam pula. ‘Bak, bak..’ 


Lagi satu, ‘NO,NO’..sambil buat hujung jari tidak-tidak atas ajaran Tok Ma dia. ‘NO Luth’, maksudnya tak boleh, larangan. Penggunaan perkataan orang putih digunakan disini oleh Tok Ma.

Arahan simple-simple dia dah boleh ikut. Macam mana bola Luth, buku Luth. Mana ikan, kucing dan lain-lain. Kalau orang nak sembahyang, dia akan cepat-cepat duk depan. Lepas rukuk, sujud siaplah sembahyang serakaat Luth. Comel tau. Tak kusyuk pulak kita sembahyang belakang dia..

Malam tu dia minum air, macam biasa air akan tumpah. Cepat-cepat dia pergi kat dapur. Aku ingat dia lari atau saja-saja, rupanya dia pergi ambil kain buruk. Bawa kain buruk dan sapu air tumpah tu.
Kagum campur bangga jap.


cOmel Luth, Luth juga suka kalau kita cakap terima kasih Luth. Bila dia dah sempurnakan kerja dia macam simpan balik barang yang dia dah sepahkan. 

16 ulasan:

  1. X lma lgi pandai tu brckp

    BalasPadam
  2. Sama macam anak anak aida jugak..tak boleh nak implement english langguage sangat sebab Bibik dia Indon kan, memang terer cakap indon je lah..huhuhu..but still Medina pon tak boleh cakap lagi sebab anak-anak aida memang lambat sikit dapat cakap..gen kot..hehee

    BalasPadam
  3. begitulah anak2 kecik kita, anak yg suci, putih bersih..ibubapa yg akan mencorakkannya...bila dah masuk sekolah, kwn2 dan persekitaran pula yg akan mengambil alih...

    BalasPadam
  4. Hihihi.. Comel luth.. Aku dpt bayangkan ko terharu tgk luth da boleh pegi ambik kain nak lap sendiri tu kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak2 ni suka tiru org dewasa..
      agak2 sapalah dia tiru...mak dia kot. sungguh menjaga kebersihan..hha

      Padam
  5. Comel sangatkan.... Lagi-lagi sebab kita ni mak, kembang kuncup hidung kita bila tengok anak dah pandai buat something, cakap something. PB, my eldest anak masa kecil dulu lepas pandai cakap memang tak mahu cakap omputih. Daddynya dipanggil BAPAK - penangan ajaran babysitter dan anak-anaknya yang ramai! Tapi dia suka tengok kartunkan. Saya I set kartun tu dalam English, remote I sembunyi so dia tak boleh tukar bahasa lagi. Lama-lama pandai dia speaking London. Pastu kita pulak yang tak tahan bila in public dia tak mahu cakap melayu. I memang dah set. Anak-anak tak pandai takpa tapi bahasa mesti tahu sekurang-kurangnya 4!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bhasa ibunda Kelate,
      Bhasa S'lanGr
      Bhasa Indo-BM
      Bhasa English basic
      cukup dah...

      Padam
  6. Sikit lagi tak terlayan dengan kepetahan dia bercakap...bagus Luth boleh belajar banyak bahasa..
    Jangan jadi macam akak..anak2 akak tak pandai cakap Klate..menyesal pon ada.. akak laki bini ckp Klate..slalunya time marah anak2 memang slalu kluar buah klate..hihi..anak2 paham..cuma diarang jer tak reti cakap..kalau ckp pon bunyinya lain..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blk kg kena gelak kak kalau ckp key el

      Padam
  7. lama2 t pandai la luth cakap tu.. hakimi baru 1tahun pon jijah xsabar nak tgk dia pandai cakap.. skrg bebel2 jelah bahasa jerman dia

    BalasPadam
  8. comel nye luth..pandai lak tu :)

    BalasPadam
  9. alahai.. tuler dulu akakpun fikir gitu nak anak pandai cakap orang putih..t api dah kitapun jarang komunikasi bahasatu.. fail... duk pulak rumah pengasuh lagi fail.. tapi harap dia okjerler tengok orang dulu2 anak2 mana tau bahasa tu tapi masuk asrama belajar obersea okjer.. harap2ler anak kita gitu..

    BalasPadam
  10. Luth seorang budak yang bijak. Dia cepat belajar dari apa yang dia perhati di sekelilingnya. Satu tahun masih umur yang awal untuk bercakap dengan lancar. Insha-Allah, dia akan cepat petah berbicara :)

    BalasPadam
  11. alahai..gud boy sgt.. xsbr gak tgk dgr anak pggl sy..hukhuk

    BalasPadam
  12. PB, bangga bercampur terharu kan kalau anak dah pandai dan paham arahan. setiap apa yg dia buat, perkembangan dia, rasa mcm seronok sgt tgk. Kalo Luth saya, dia sebut papakkk... ingatkan panggil papa, rupa-rupanya Allahuakbar sebab dia akan sebut tu masa angkat takbir mcm nak solat .

    BalasPadam
  13. hihi...budak2 baya Luth memang comei!!

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...