Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140903

Cuti Merdeka jakun ke Ikea

Ahad hari Merdeka tu hantar ma ke rumah abang kat Gombak. Nak bercuti Merdeka dengan cucu sulung katanya. Alang-alang dah pergi Gombak ajak abang sekeluarga pergi Ikea. Teringin nak cari idea nak hias rumah stail Ikea lah..kekonon. Kalau ikut kami laki bini pergi sendiri, mahunya sesat sampai Kelantan nak cari Ikea. 
Jenis buta jalan.

Tahu, mesti ramai orang cuti umum gini. Macam orang lain juga kita cuti hari ini juga nak buat macam mana. Alah setakat tambah 6~7 orang kami lagi..tak runtuhnya Ikea.

Abang Adam sepupu Luth yang rajin pura-pura membaca

Tak dapatlah nak berangan nak ada rumah berhias macam Ikea sebab orangnya memang teramat ramai. Selak-selak orang baru nampak perabotnya.

Aku ingat nak beli meja kopi macam kat belakang Luth tu.. murah pulak tu..

Luth dah curious apa yang best sangat dengan buku Abang Adam baca

Last-last tak beli pun. Fikir nak mengangkat tempat parking jauh. Fikir payah eh nak parking semua..

Itu jelah aktiviti cuti Merdeka aku pasal Isnin tu laki kesayangan aku dah kerja.

12 ulasan:

  1. ingatkan bawak luth pegi tengok perarakan merdeka..haha..

    pernah beli meja 2 set kat ikea..bawak balik guna myvi jer sampai kedah...hahahaha...

    BalasPadam
  2. tak kesampaian lagi jejakkan kaki ke ikea tu..

    BalasPadam
  3. Kalau nak gi Ikea sampai Kelantan, okeylah tu PB. Boleh balik kampung terus :)
    Eh, HD pun ada kat IKEA tahu masa hari merdeka. Dok bawa kawannya dari Kazakhstan meninjau perabot. Sanggup tu nak beli perabot kat Malaysia angkut balik ke home country. Murah katanya berbanding di sana.

    Kalau setakat IKEA ni, I memang boleh diharapkan. Nak pergi sure tak sesat. Nak balik sure sesat sebab dah pening kepala memikirkan dompet dah kempis!

    BalasPadam
  4. lamanya tak p IKEA...kalau p cari benda yang kecil2 je tapi cantik sebab nak mengangkut sampai ke Penang tu satu hal la pulak...nak kena tunggu IKEA kat Penang tu siap huhuhu

    BalasPadam
  5. aku bercinta gila nak pegi ikea.. ramai orang parking susah.. dengan tentera darat tiga orang tu.. aduhhh.. setahun sekali je la kami pegi..haha..

    BalasPadam
  6. Pb sampai gak Ikea..akak ni tak pernah sampai pon..dah lama mengajak cik abe..tu la dia takut sesat..kang sampai klate cam Pb cakap..haha..:)

    BalasPadam
  7. e'eh lieya pun ke ikea baru2 nie...beli barang toilet sikit...heheeheh sejak2 baru siap renovate tu ramai kan org kat ikea....lagi pun aritu tingin betul nak makan karipap ngan meatballs die hehehe sambil soping tu sambil tunaikan hasrat tekak heheeheheh

    BalasPadam
  8. teringin nk p ikea tp x smpai2 pong.bl la leh p sn

    BalasPadam
  9. banyak pilihan , siap duit je

    BalasPadam
  10. kak ni sejak menyewa, tak lah jakun nak p sana...
    lama tak berdeko deko nih..
    paling suka tengok luth tenung adam baca buku (pura2 eh?)

    BalasPadam
  11. salam kenal
    #503
    http://www.coretanhatiibu.com

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...