Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140915

Jahit Tangan Baju Laki

Suatu hari tu laki aku beritahu tangan jersi bola dia dah tetas. Masa dia pakai tu, dia tak sedar pun bila tetas, cuma tiba-tiba rasa pelik kenapa lengannya dah jadi panjang dari biasa.

Isteri mithali telah menawarkan diri menjahit balik jersi kesayangan lakinya tersayang. Terutama musim bola, kesianlah laki aku tak dapat pakai baju bola dia. Mesti dia sedih, melainkan TRW kalah teruk baru dia tak pakai. Huhu..

Benda enteng je ni. Tak payah risau, lengan jersi ni akan kembali seperti keadaan asal. Kita jahit sembat susut. Jadi kemas sungguh, mana jahitan yang tak berapa kemas pun tak akan nampak. Malah lebih baik. Jahitan asal tak berapa kukuh pasal dia jahit secara langsung dengan jahitan kelim tepi. Senang terburai.  Kagum sekejap laki aku!

Itu cerita beberapa bulan yang lepas sehingga tiba-tiba semalam tengok ma jahit baju dia..tiba-tiba teringat projek terbengkalai ni. Janji-janji lama.


Walau ni gambar ma aku yang jahit, jangan salah faham. Hanya hiasan, motivasi buat aku anak seorang bekas tukang jahit yang tak berapa reti menjahit.

Aku dah jahit siap dengan cantik dan maju jaya ye lengan baju laki aku. Walau separuh jahit aku tanya laki aku..okey tak separuh jahitan asal separuh aku jahit? Iya buruk, kena tetas balik semua dan jahit dengan seragam semuanya.. Wah, isteri sempurna sangat bila dapat menjahit baju laki. Feeling syok sore!

Kalau tak ada mesin jahit bukan alasan tak menjahit benda asas. Kena reti jahitan asas macam sembat, jelujur tu. Mesti, mesti..

9 ulasan:

  1. hhahaha jom kita... nak kena beli mesin dulu ni. hahaha eh itu tokma menjahit, kenapa ada mandur ngecek tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh kita pakat2 wat projek jahit2 kan..
      ko beli dulu lah..
      takut plk jd tukong

      Padam
    2. meh..meh... beli mesin jahit. beli kat lazada muroh. nnt bleh kita bertukar2 idea.. chey wahh gitu.

      Padam
  2. hehe..ok r tu..
    lya jahit btg baju y tercabut je pndai

    BalasPadam
  3. saya dah biasa bab sembat2 ni sbb bila beli baju selalunya kena alter terutama bab kain ... maklumlah tak berapa nak tinggi ... heh heh .

    BalasPadam
  4. hehe...tulah perempuan ye
    dulu belajar ekonomi rumah tangga bab gini
    kawin, lupa terus
    tapi setakat jahitan tetas tu, hebat sangat dah rasanya =)

    p/s-daku tag blog ni untuk The Versatile Award

    BalasPadam
  5. Pandai jugok jahit walau syok sore....
    Laki ambo dio keno jahit sendiri.... kikiki, sbb dia lagi pandai jahit dari bini dia ni haa...

    BalasPadam
  6. Hahaha. Kalau ya jahit baju laki, bak sini belanja satu gambar tengah menjahit. Barulah percaya :) Kalau takda statement pembetulan tadi memang ingat Ma lah yang tukang jahit baju suami PB tadi...

    Erkkk...kita tak reti jahit. Serius tak reti. Jahit butang baju pun tak lepas! Tapi kalau orang cerita pasal buat baju itu ini, kita yang rasa meroyan sangat nak beli mesin jahit singer :)

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...