Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140929

Kaedah Menghidupkan Enjin Kereta Manual

Malam yang sangat baik itu, tetiba aku sangat-sangat teingin nak makan roti canai. Rasa nak makan, macam orang orang mengidam gitulah kaedahnya. Jadi, sebagai seorang surirumah yang jarang keluar dari rumah..haruslah laki aku menunaikan permintaan aku. Bila sampai kat kedai mamak, roi canai telur dah bertukar jadi roti canai sadin dan roti canai telur juga. Suka betul hajat tercapai.

Tetapi bila nak balik rumah, start-start kereta tak hidup. Al-kisah, sejak daripada kes air bateri kereta kering yang lepas, dengan selambanya aku bawak kereta ke mana-mana tanpa teringat lagi perihal bateri kereta sehinggalah malam yang baik ni.

Mujurlah malam yang baik itu berlaku bersama laki kesayangan hamba dan anak kesayangan hamba bersama. Malam yang baik itu juga, kami keluar tanpa membawa handphone atas dasar prinsip tak ada kekasih lagi yang akan menelefon. Maka, tidaklah perlu mengharapkan akan sesiapa yang ingin di telefon untuk meminta bantuan.

Aku selalu tengok orang tolak kereta dan kereta hidup. Betul-betul dan dalam tv macam senang. Tetapi aku tak pernah tahu kaedah yang senang macam tu, ada kaedah-kaedahnya juga. Kalau tak, tak akan aku hampir nak menagis dalam kereta akibat orang menolak kereta dah rasa sakit hati. Sikit lagi, aku kena tolak.


Maka, aku tulis kaedah menghidupkan enjin kereta manual yang baterinya dah Ko$h atau mampus.

1. Masuk gear 2. (Kerata manual ye)

2. Tolak-tolak. Lagi-lagi...

3. Bila kereta dah bergerak, terus angkat clutch. Jangan angkat sikit-sikit macam aku. Lepas habis clutch.

4. Kereta akan rasa melompat-lompat, cepat-cepat hidup enjin.

5. Tekan minyak, dan pandu.

6. Maka, jangan matikan suis sehingga ada keyakinan nak cari bateri baru.

Lepas balik kedai mamak, kami pergi cari bateri kereta. Esoknya ingat nak pergi berjalan-jalan. Bila start kereta pagi itu, boleh pula hidup. Maka kami berjalan-jalan dengan riang. Tidak berapa lama kemudian, petangnya..ia mampus ketika kami berhenti sembahyang di Petronas. Tetapi, kerana pomen kami sudah bersedia dengan spanar jaya dan bateri spare..maka perjalanan kami tidak terganggu.

19 ulasan:

  1. Rasa2 mcm pb xtolak pun..hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org nk menangis xde kudrat nk tolak, emosi tak stabil

      Padam
  2. Kenapa mesti letak gamba proton iriz? Hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk tau detail kena klik iklan iriz ..ahak

      Padam
  3. sila sedia jumper sentiasa dlm bonet he3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada jumper, xde kereta nk jump jugk

      Padam
  4. Kalau kete manual nak jump start okayh lagik..kalau auto, adehhh, menangis nak bg jump start..aku penah kene..tp nasib baik la time tuh aku keje kat proton..terpaksa abg2 sado servis dtg rescue..huahuahua

    BalasPadam
  5. sebutnya clutch.. clash tu yg pakwe makwe putus di tengah jalan.. haha

    BalasPadam
  6. Oh, takda pengalaman PB! Sebabnya kereta auto dah. Pernah juga baru ni bateri kereta kong. Nasib baik tengahari. Roger-roger pomen je suruh datang bawa bateri baru. Kalau kena tolak kereta, aduh....nak melalak rasanya!

    BalasPadam
  7. pernah menolak kete gini..pheww, banjir ketiak!!

    BalasPadam
  8. tak reti mnual dah

    BalasPadam
  9. acik tak de pengalaman PB sebab tak pandai bawak kete..
    kalau dengan suami pulak..pandai je kereta pun..bateri kong..dirumah atau pun di opis..senang juga ada kawan2 tolong bawak dia pi beli bateri

    BalasPadam
  10. macam menakutkan pula membacanya
    dah macam naik kuda cara dia...hehe
    tapi aku more into auto, manual memang confirm menangis =)

    BalasPadam
  11. hahaha.. kalau kena kat sy mesti tak tau nak buat apa.. huhu

    BalasPadam
  12. mudah-mudahan x alami perkara sebegini..ni la yg paling dirisaukan..moga2 dijauhkan la..hehehe

    BalasPadam
  13. thank you for sharing dear. disampaikan dengan begitu menarik sekali... hu hu hu

    BalasPadam
  14. PB tolak kereta?saya tak percaya..tapi PB yg memandu sewaktu kereta itu melompat2 anak kan?
    betul cara ni..kiranya bateri kete PB tu takde la kong sangat..cuma dah sampai masa kena tukar kot..

    BalasPadam
  15. uih kalo keta mati sebab bateri mmg sadis skit. Aku penah kena sbb alternator. even, baru2 ni pun kena lagi, juga sebab alternator cable tercabut. dah la tengah bawak kawan2 ofis berjimba gi shopping. skali buat malu je. ham the pes betul.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...