Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140918

Kaedah Menyiang Ikan Lampam

Sejak melibatkan dalam diri dalam hobi menjala secara lebih serius. Ikan-ikan yang dibawa balik laki aku semakin besar. Setakat besar tapak tangan tu, tidak lah lagi diambil bawa balik.

Oleh kerana ini ikan tangkapan segar laki aku, maka tugas menyiang adalah dilakukan oleh dia yang terlibat. Aku cuma letak garam kunyit dan goreng sesuka hati aku.


Ikan lampam banyak tulang. Sangat banyak. Hari tu aku dah try masak steam. Nampak memang sangat sedap juga, tetapi langsung tak sedap bila masa nak makan. Tulang dia bersepah-sepah. Rasa nak lempar je pinggan. Hangin sangat. Asal masuk mulut nak telan, tulang! Sambil makan, sambil bebel macam nak tercekit tulang. Nak je ku suruh pencen daripada hobi tak bermanafaat ni.


Maka balik kepada menu asal, ikan lampam goreng garing.  Kalau boleh goreng sampai hancur kruk-krak tulang kecil-kecil. Ni tak cukup garing lagi aku goreng, ambil perhatian lain kali nak mengoreng.

Tips baru dari tukang sian ikan, tarik ekor ikan lampam ni nanti nanti tulang-tulang kecil patah-patah. Laki aku cakaplah, patutlah aku tengok buruk ekor ikan ni.

Ada menu lain ke? Ke macam mana nak proses ikan ni?

Semalam dia cakap nama ikan ni lapan, hari ni aku goggle, Lampam ye..bukan 8. Tambah pengetahuan jenis-jenis ikan sungai.

20 ulasan:

  1. Ekekeke...Bertabah lah ko makan ikan lapan @ lampam yer nok. Aku tak suka makan ikan banyak tulang ni even sedap.

    Pasal C&P smalam. Ko klik jer gambar tu, Nnt trus gi kat link dia.

    BalasPadam
  2. ikan ni kat sungai ajekan..payah nak siang bnyk sisik n banyak tulang,tapi sedap..goreng garing2..mkn tulan2 sekali

    BalasPadam
  3. Mmg betol tu... Petua mak aku gak... Tarik ekor ikan lampam masa siang... Nnt tulang nyer jd teratur, senang nak makan...

    BalasPadam
  4. kaksura bab2 ikan sungai ni memang fail...kalau tau pon ikan patin jer..huhu...
    tak pernah makan ikan lampam ni..:(

    BalasPadam
  5. Pandai en suami PB. Kakak baru tahu petua tentang tulang ikan ini tau..

    BalasPadam
  6. haaaa..btl la tu, tarik ekor dia smpi bunyi krup krap.. hehehe..

    BalasPadam
  7. Sedap ni haaa, lampam ni. Proses ikan ni senang je PB, lepas siap siang, buang segala sisik, ekor, sirip, muncung sikit, basuh dgn air asam jawa. Bagi hilang lendir dan bau hanyir. Lepastu bolehla digoreng lumur satu badan ikan ngan kunyit n garam,goreng sampai garing. boleh buat sambal ikan, goreng begitu sahaja cicah kicap limau bawang, atau dibuat gulai lemak, mahupun asam tempoyak uihhh sedapnya terliur. Sebab ikan sungai ni fav kita hehe, baru je makan minggu lepas. Bab tarik tulang tu tak penah buat, selalu buat kat ikan terubuk. Tapi boleh juga, sebab bila tarik, tulang temulang ikan akan beratur je so senang nak makan.

    BalasPadam
  8. lieya paling scary makanikan byk tulang nie...mcm ikan parang ke...tak reti sebenarnye...tapi penah dgr gak petua org suruh tarik dulu ikan tu kan mase siang....eh tapi kan lieya suke ikan terubuk...byk tulang pun gigih makan..sebab sedap gile isi die manis2 lemak gitu..cecah plak air asam atau sambal kicap...perghhhh!

    BalasPadam
  9. iya, ikan ini banyak tulang, berhati2 klu nak makan jugak..klu saya lah baik goreng telur shj, hati riang perut pun kenyang..
    selalunya klu kat Perak ni, ikan lampam ni diaorg buat pekasam..baru tulangnya lembut.

    BalasPadam
  10. Banyak tulang macam terubuk la kan... Aku tak penah makan ikan lampam.. Untungla ko.. Jimat dah takpayah beli lauk..

    BalasPadam
  11. ikan mahal nih..berat tulang

    BalasPadam
  12. Ikan banyak tulang ni memang sedap tapi tu lah PB kena hati-hati dengan tulangnya masa nak memakannya.. Nampak sedap pulak bila dah salut dengan sambal kicap tu :)

    BalasPadam
  13. Aku mengerti perasaan ko makan ikan byk tulang..sbb aku pun gituu gak..org x sabar mcm aku mmg xleh makan ikan byk tulang..hehe

    BalasPadam
  14. Ikan tulang yang paling I suka of courselah terubuk dengan ikan parang. Sedap weyh sambil suap nasi sambil cari tulang ikan. Yang tak sedap bila tercekik tulang aje. Ikan 8 ni I tak pernah makan, jumpa pun tak pernah. I anak beranak tak reti memancing sebab itulahkan tak kenal ikan ni semua. Ikan 8 pun 8 ler asal sedap je bunyinya. Lampam tu macam terkepam-kepam mulut nak menyebutnya....

    BalasPadam
  15. sedap tapi leceh nak makan ikan ni..

    BalasPadam
  16. hahaha...sabor jak lah...klu tak silap memang dipanggil ikan lampan kan?? sy ni sebenor nya failed jg bab2 nama ikan ni, sbb en suami yg ke pasar.... hihi
    sedap tapi bertulang tu mmg spoil mood nak makan la...

    BalasPadam
  17. sedap ikan lampam ni..tapi banyak tulang..ada juga baca tips tu..

    BalasPadam
  18. Ikan lampam.....mmg banyak tulang.....sama mcm ikan terubuk yek....Betul betul...petua mmg kena tarik kasi tulang renggang katanya. Mesti bestkan PB....makan ikan fresh

    BalasPadam
  19. ikan lampam ni macam ikan terubuk kot banyak tulang. ke ikan yg sama?

    BalasPadam
  20. ini memang petua orang dulu2tu... oklertu dah senangler nak makankan..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...