Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140905

Kalau makanan tak berapa sedap pun tak apa, kalau ada ini…

Assalamualaikum..
Hari yang ditunggu-tunggu. Jumaat yang Barakah. Pst..esok kan cuti..


Tengoklah sarapan pagi kita.. hi..

Sebelum korang cakap aku rajin masak sarapan pagi ni.. 

TIDAK TIDAK

Aku rajin sekejap-sekejap ketika angin rajin monson barat berdaya datang menyapa je..
Izin aku jelaskan.


Aku sebenarnya ingin menunjuk pengunaan pinggan mangkuk warna-warna IKEA aku.. haha.. 


Ma aku yang terambil dan terpaksa aku membeli pinggan mangkuk plastik warna-warni ini. Ma kata nak buat kenangan dia pergi IKEA. Sampai hari ni ma aku tak habis lagi cerita pasal IKEA. Harus aku selalu bawa mak keluar bergembira ni.. Kesian ma aku.


Balik rumah, laki aku tanya nak buat apa banyak-banyak pinggan mangkuk gelas sudu garpu warna-warni ni?
Dia ingat ni barang mainan Luth kot. Kecil secomel-comel je saiznya..

Nak buat guna untuk makan-makanlah.

Jadi untuk menunjukkan bahawa aku bukan membeli sesaja terliur, maka aku rasmikan pinggang mangkuk plastik IKEA warna-warni pagi ni..


Lihat, bagaimana pinggan mangkuk yang berwarna-warni boleh memberikan aura kecerian dan kesedapan kepada sarapan pagi.



16 ulasan:

  1. Ceria menikmati makanan hari hari lepas ni.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. mm.. bolh wat main masak2 juga

      Padam
  2. Serius cantik...bape 1 set ni? boleh la beli nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. 6 butir pinggan Rm5.90.

      semua sama harga..
      mangkuk, gelas, sudu garpu pisau..
      tp kecil sesuai buat main2 nga Luth

      Padam
  3. Kalerful. Bilalah bley gi IKEA lagi ni Nak borong pinggan & mangkuk kalerful ☺

    BalasPadam
  4. Serius PB, benda macam ni bukan budak-budak aje tersuperexcited. Mak budak juga. I pun sama. I ada simpan dalam kereta. Sebab kita orang ni kan suka berkelana hujung minggu. Manalah tau tengah jalan-jalan kat mall tetiba nak gi pantai pulak. Boleh hidang makanan dalam ni. Makanan belilah bukan masak. Mak yang ini kan bab-bab masak tak berapa mithali.

    Wah, rajinnya buat sarapan! Terkejut tau :)

    BalasPadam
  5. mmg comel kuit miut kalerful pinggan mangkuk nie..kalau kena caranya memang org takkan pandang setakat tuk baby jer kan...:)

    BalasPadam
  6. tudiaaaa...kaler ang ang

    BalasPadam
  7. memang betul lah PB
    kalau nak makan ni memang kena ada kombinasi warna
    menaikkan aura dalaman gitu
    akak setuju :)

    BalasPadam
  8. blh bagi luth makan bila dia dh biasa mkn sndri.

    BalasPadam
  9. eh kaler kali macam ni memang menceriakan suasana, lagi satu.. i suka sangat bekas kecik2, macam comel jer buh semulut2 dalam tu.

    BalasPadam
  10. cerianya sesi makan-makan korang lepas ni...bertambah ceria dengan aksi luth berebut mangkuk dengan mak dia..

    BalasPadam
  11. Ohhhh satu masa dulu pun okje ada gak pinggan mangkuk kalerpul ni.....beli kat ikea gak....mmg menarik ...patutlah bebudak suka yek

    BalasPadam
  12. wahhh....shantikkk....kalau dapat kat anak dara ai...harus die buat main masak2...hohoho..

    BalasPadam
  13. tapi mmg cantik la PB pinggan mangkuk tu...warna warni tu...meriah nampaknya...

    BalasPadam
  14. hihi.. memang sedap je rasa kalau makanan dihidang dalam pinggan macam ni. colourful, ceria jer. hihi

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...