Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140925

Kebersihan kucing, kegembiraan berjiran

Aku bukan tak suka kucing. Jauh juga pencinta kucing. Boleh dikatakan setiap minggu aku dan keluarga aku termasuk si kecil aku Luth ditugaskan menjaga kebajikan kucing jiran kami. Jiran balik kampung tiap minggu, bini baru beranak. Sampai kucing pun dah tahu mana nak cari makan hujung minggu, kalau tak rumah kami.


Siapa yang jaga kucing ni, kena seorang yang pembersih. Kalau malas-malas nak jaga kebersihan, baik jangan. Besar pahala menjaga kucing binatang kesayangan Rasulullah ni. Tambah-tambah kalau kutip kucing terbiar.

Tetapi macam aku cakap tadi, kebersihan tu penting. Macam tempat pemberakan kucing tu, kena selalu ditukar. Jangan dibiarkan je.. Bau tahi kucing tu, kadang-kandang buat kami sekeluarga pening oh.

 Rumah dema, biarlah. Kami tak nak campur tetapi sebagai jiran yang perihatin kami nasihat jaga kebersihan rumah tu. Tak lama lagi nak bawa anak kecil balik rumah. Budak kecil mudah dapat penyakit. Minta jauh, tetapi kata orang mencegah lebih baikkan.

Kita dah cadang kat demo bagi orang lain lah kucing tu. Demo cakap, tak baiklah masa nak ambil, bila tak nak buang. Baik, kalau gitu..demo buat sangkar ke apa. Jaga betul-betul. Kebersihan tu penting, setakat demo laki bini tak apa. Anak kecil demo kesian.


Tabik kat laki aku boleh nasihat kat jiran dengan berhemah. Tabik spring!! Ting, tong!!
nasihat tanpa menyakitkan..

9 ulasan:

  1. Betul lah tu PB..kenalah jaga kebersihan klu jaga kucing ni..kena rajin.. hehe....bukan kucing je, kat semua haiwan peliharaan pun ken rajin... takut jg mengundang penyakit kan.. kamek tak dapt nak bela kucing sebab suami kamek alergik bulu kucing...huhu

    BalasPadam
  2. setuju. jaga kucing bukan setakat mai letak depan rumah and jaga gitu sahaja.. kena ajar ke kena didik and semualah.. sekeliling pun kena ambil peduli.
    sebab tu eventho CT suka kucing tapi tak bela sekor pun sebab takut terbiar dan tak terjaga.

    BalasPadam
  3. bab ' pembuangan' kucing tu memang kena jaga lah . blh x lalu mkn dibuatnya nanti .

    BalasPadam
  4. Susah sbnrnya jga kucing ni...kena ada minat yg btl2 bukan setakat bg mkn je.hukhuk

    BalasPadam
  5. pergh...benda paling susah kot nak nasihatkan org...takut kita nasihat cr baik...tetiba sentap plak kang..acaner?

    BalasPadam
  6. Kalau jiran sporting, boleh tolak ansur dan boleh ckp dgn elok mmg terbaek, jgn gaduh gaduh, jgn marah2

    BalasPadam
  7. kucing paling suka berak merata tu paling pening nak jaga..

    BalasPadam
  8. membela kena ada caranya..kita bukan duduk sorang2 dalam hutan kan..buat sangkar molek2, jaga berak kencing dia, kena rajin bersihkan benda2 berbau ni..
    saya pon suka & sayang kucing, sangat faham kucing adalah seekor haiwan yg tidak berakal tetapi tuan yg membelanya kan berakal waras..hihi

    BalasPadam
  9. I memang tak boleh bela binatang. I ni penggeli sikit. Haruslah terbiar. So, memang takda haiwan peliharaan di rumah tu. Ada juga jiran yang bela kucing sikit punya banyak lepas tu dibiarkan menabur merata-rata tempat. Tension juga kalau dapat jiran tak berapa prihatin macam tu. Kita tension perangai jiran, kucing jiran tak pasal-pasal kena pulak nanti....

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...