Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140920

Kek Coklat Karemel Mudah

Tengahari tadi tertengok Puan Ila kita share resipi kek coklat lapis karamel. Wah tengah sarat-sarat, dengar macam dah tak larat sangat sempat lagi tu buat kek. Haruslah kita terliur nak buat juga.

Usha-usha resipi kaedah buat sepintas lalu, wah senang amat.. Bahan-bahan pun semua ada.


A. Puding karemel
  • Masak 4~5 sudu gula atas loyang.

Alamak terhangit pulak.. Ni Luth punya pasal. (Alasan orang ada anak kecil)
Campurkan
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 4 biji telur ayam
Gaulkan semua. lepas itu kalau orang rajin tapis dan masuk dalam loyang gula hangit tu.. Kukus sekejap dalam 15 minit.

Masa tengah kukus tu, siapkan bahan untuk kek pula.

B. Bahan Kek Coklat
Gaulkan bahan kering ni.

  • 3/4 cawan tepung gandum campur sesudu kecil serbuk penaik. Orang rajin sila tapis baru naik cantik. 
  • 1/2 cawan serbuk koko.
Lepas tu, gaulkan bahan cair
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak
Kemudian, masukkan bahan kering (tepung gandum+serbuk penaik+serbuk koko) dan gaul dalam bahan cair ni.


Gaul rata-rata, kemudian tuangkan dalam loyang karemal yang dah separa masak.


Ishk, kantoi pulak tak tapis nampak berketul-ketul telur merah..haha.. asal boleh.

Tutup kukusan dan masak lagi selama 40 minit atau sampai masak.

Aku ingat dah tak jadi, pasal kek tu macam turun balik bila dah masak. Tapi tengok gambar tuan punya resipi, rasanya memang tak naik sangat.


Sedap tau. Kek tu rasa kelat-kelat pasal tak ada gulakan.. puding karemal pula rasa manis. Marvelous.
Usaha jaya.

26 ulasan:

  1. singgah follow dari segmen

    http://kathyrbain.blogspot.com/2014/09/giveaway-2014-mialianacom.html

    BalasPadam
  2. eh boleh cuba ni, sebab lama dulu i buat puding karamel semata tok laki cakap macam makan scramble egg manis, nyamfah...pandai kritik tapi makan habis. yang ni upgrade version la kita, banyak jugak bahan nak kena guna yer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada setin susu cair, susu pekat.. cukup lah..
      kalau tak cukup bahan..
      sila refer enty 5 sebab kuih tak menjadi..haha

      Padam
  3. saya suka resepi ni sbb tak guna gram sbb mmg x de timbang . dulu rajin juga buat kek kukus ni ... boleh buat raya haji nanti ...

    BalasPadam
  4. wah mcm best, sy suka puding karamel tu, nanti blh cuba!

    sy singgah dari GA mialiana
    http://norazua10.blogspot.com/2014/09/giveaway-2014-mialianacom.html

    BalasPadam
  5. dari segmen kak mia :)


    http://fatihahfazlin333.blogspot.com/2014/09/giveaway-2014-mialianacom.html

    BalasPadam
  6. masyaAllah.. sedapnyaaa.. terliur dah ni

    BalasPadam
  7. http://kumahuitu.blogspot.com/2014/09/giveaway-2014-mialianacom.html

    GIVEAWAY YG PALING MERIAH DENGAN HADIAH (BESTNYA)
    JANGAN LEPASKAN PELUANG ..(CEPAT2 SERTAINYA)
    PATUHI TERMA DAN SYARAT... (LIKE JGN TAK LIKE)
    GOOD LUCK SEMUA :)

    BalasPadam
  8. sedap kek tu.. Ros tak pernah buat lagi.. asyik copy resepi je. hihihi

    BalasPadam
  9. hehehehe.kelat pon kelat lah.janji sodap!

    BalasPadam
  10. emmm macam maveles je....cute nye model t

    BalasPadam
  11. Acik buat tak pernah jadi yang karamel tu..

    BalasPadam
  12. wahh..sodap tu.. den teringin plak.. hihi.. rajin PB.. :)

    BalasPadam
  13. dh lama bercita² nk buat..tp periuk pengukus xde.. blh x alasan tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh bakar okey..
      alsan ditolak

      Padam
  14. X pandai nak buat karamel. Hu hu hu. Selalu buat x jadi jek. So malas nak buat dah

    BalasPadam
  15. Amboi, rajinnya! Kita tak pernah buat pun kek ni. Nak cuba ke tidak ek...nantilah tuggun mood ke dapur berdouble triple barulah boleh sambil masak menu makan tengahari sambil buat kek :)

    BalasPadam
  16. wooooo sedakkkkk nyaaaaaaaaa! menggamit2 dah ni caneee

    BalasPadam
  17. Practice make perfect Tapi nampak sedap wei.

    BalasPadam
  18. sa...bhn2 kek tu sa xmasak atas dapur dlu ke....
    1/2 cwn gula tertinggal tu...

    tp dh jadi tu....tahniah hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. x masak...ni versi mudah..
      x buh gula dah.. pasal puding tu dah manis sgt.. sedap sikit manis lawan rasa pahit coklat..

      Padam
    2. ooo.....patut npk lain...versi Luth hehe

      Padam
  19. Sedap kot yeh...tak yah guna butter....mcm senang jer tu....
    Kakau okje pun harus tak tapis tepung tu .....maleh hehe

    BalasPadam
  20. oo akak selalu wat yg plain aje... nanti leh try wat yg coklat plak

    BalasPadam
  21. nanti kalau ada rezeki aku ke rumah ko..ko buatkan ek? haha..

    BalasPadam
  22. cam senang je nih..tapi malas nak buat,,nak PB yang buatkan..sekian terima kasih

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...