Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140904

Laki baik sangat?

Aku jarang tengok drama rantaian pasal aku memng malas dan tak sabar nak ikut setiap episod. Tetapi semalam aku tertengok drama Selamat Pengantin Madu. Sebenarnya aku pun tak tahu tu drama bersiri, tengah duk syok-syok, tiba-tiba bersambung pulak. 

Kena tunggu minggu depan ke malam ni ek? Lama pulalah nak tunggu minggu depan. Uh.

Laki Fasha Sandha kaya gila oh dalam cerita tu, jadi bos, ada kereta tiga buah, ada anak 2 agaknya dia kahwin muda kot dan duduk rumah banglo dahlah hensem lagi. Lagi satu, dia romantik sungguh tahu. Semalam dia bagi bunga kat bini dia. Lepas tu kawan-kawan bini dia duk tanya, kenapa dapat bunga? Ada anniversary ke apa? Oh, saje-je bagi. Wah aku rasa jeles.

Fasha Sandha pulak bini yang baik sangat. Tak adanya nak pergi suka-suka dengan kawan dia ke apa. Selalu fikir pasal kepentingan laki dia. Dia kata, kalau nak laki sayang, kena jaga baik-baik. Baik sungguh bini ni, dahlah cantik. 

Malam tu mereka laki bini duk bersantai-santai kat laman rumah. Laki hensem ni, hobinya berkebun bunga. Lepas tu dia buat-buat sakit dada..jap aku ingat kenapa awal-awal cerita dah jatuh sakit?Tak best ni.. Rupanya dia nak bawak keluar bunga dari hati dia. Sweet gila. Sambil aku tepuk bahu laki aku kat sebelah.

Lepas tu, aku tepuk lagi laki aku. Kali ni gosok sikit kepala..

Nasib baik laki aku tak romantik macam laki ni. Rupanya dia dah ada bini muda. Ceh, baik-baik ada makna. 



Kesimpulannya laki aku, juta kali lagi baik dari laki ni.

Key, bye.

25 ulasan:

  1. daku pun tertengok juga cite ni semalam
    biasa tak layan pun cite bersiri gini
    tulah kan, dia ada bini lain rupanya
    tetiba dah boleh bajet apa ending dia

    tapi daku pun rasa en suami lagi better
    dari mamat tu, baik ada makna

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak, tak akan ko kahwin dgn laki ko.. dah habis dah tu pilih..hah

      Padam
  2. ha ha ha, sweet ada makna giteww katanya...

    BalasPadam
  3. Smlm cheq da duk layan jgk cerita ni..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalm..
      pas smbung bila ek?

      Padam
  4. aku pun tgk gak cite nie..kesimpulannye kalau tetibe laki wat baik HARUS siasat..HARUS!!..kihkihkih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko tak baik syak wasangka..
      x baik tau... mna tau lepas tgok cite ni bersama laki kita dia berubah... haha

      Padam
  5. acik tak tengok pualk PB..kalau cerita laki baik ni..acik pelik..selalu kawan2 lelaki pompuan kata suami acik baik dari dulu lagi..sampai bila pindah diopis sini dulu ada anak2 dara kata nak kawen dengan lelaki macam suami acik..pelik..
    dia orang selalu kata..untuk acik dapat suami macam tu..jawapan standard acik..yang untung korang nampak..yang rentung..hi hi..irfa tau sangat jawapan acik ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti acik baik sgt..tu pasal dia org tgk suami acik baik je..

      berani berniat nk kahwin dgn suami acik.. nk kena sengkeh ni..

      Padam
  6. Aku tengok gak cite ni semalam. Hari ni rasanya ada lagi tu.
    Laki baik semacam ni mesti ada somethin ni hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok, aku tunggu mlm ni.. kena tgok bersama lakiku..

      Padam
  7. lelaki macam tu la..baik ada makna tau..heheh

    BalasPadam
  8. hahahahaha...baik ada makna rupanya!!

    samala kita..laki tak romantik langsung..
    senang sound direct depan2 jerk..haha..

    BalasPadam
  9. Sejak duk negara orang ni, jadi suka pulak layan citer berantai ni..
    Mungkin sbb internet kat sini berdesup laju...
    Bila hujung minggu, sambil lipat kain yg menggunung, sambil layan drama melayu.
    Tunggu drama ni nak habis dulu lah baru tgk... baru boleh feel sikit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan... maybe kita nak feel feel kemelayuan jugak kot hehehe.

      Padam
    2. ke jenis jiwang? haha

      Padam
  10. haha. saya belum tengok lagi citer ni.

    BalasPadam
  11. hahahahaha...noe pun tertengok gak tadi...lelaki n perempuan yg baik2 sangat..hanya ada kat drama je... :)

    BalasPadam
  12. I tak tengoklah tapi ada gak tertengok iklan pasal cerita ni. Bila tengok FS yang berlakon, alahai tajuk....

    Wah, bukan main romantik lagi tengok berdua dengan laki! Betul ke ada lelaki yang sungguh baik macam dalam drama ni? Rasa macam dah pupus je. Eh, sebelum kena tanya, laki I pun baik tapi bertempatlah. Adakalanya malas dia nak tunjuk baik sangat :(

    Oppsss...termengumpat laki pulak!

    BalasPadam
  13. rasanyakan..realitinya kalau laki tetiba baik dan romantik, ada maknanya tu..

    BalasPadam
  14. tak tengok pon drama ni..cam verangan jek..hidup je dalam dunia realiti..kih3

    BalasPadam
  15. Yezza okje pun ada gak tengok cite ni....tp mcm tak sesuai pulak si Aiman ni jadi laki Fasha Sandha....sebab Fasha ni dah ada anak kot....

    BalasPadam
  16. kita pun tertengok jgk...igtkan citer habis terus...rupanya episod....

    BalasPadam
  17. ada ke ye lelki macam dalam watak drama tu. sekadar bertnaya. hikhik

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...