Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140917

Langkah Pertama Beli Rumah

Semalam aku tak berapa boleh tidur. Macam tak tidur sebenarnya. Asyik terfikir hal ni. Suka pun ada, risau pun ada.

Kami dapat tawaran rumah untuk dijual. Harganya boleh tahan. Kalau ikut perancangan, belum masanya lagi. Targetnya mungkin setahun dua lagi.  Duit pun tak berapa ada ni..

Tetapi tawaran ni macam susah nak tolak. Ramai je yang nak,  tetapi sokongan kawan-kawan jiran yang suka sangat kalau kami menjadi penduduk tetap kat kejiranan ni. Mereka khabarkan berita ni kat kami dulu. Dahulukan kami.

Rumah dah siap renovate, kalau dapat cuma masuk cuci kaki je. Kami dah jumpa tuan rumah, dah tengok segenap ruang. Puas hati. Dia nak jual pun pasal lepas arwah suaminya dah tak ada, dia dah tak duduk sini lagi. Selama beberapa tahun ni, rumah pun dibiarkan kosong je, betul-betul sayang sangat dia nak jual. Terpaksa dah.

Sekarang tengah fikir macam mana nak mulakan proses pertama. Pertamanya nak menapak ke bank. Nak tengok, layak ke kami ni beli rumah?  Atau simpan je angan..duduklah rumah sewa sampai ke tua. Duit asyik tak cukup je.


Urusan gini makan masa tambah lagi macam aku yang kerja ni, bukan senang-senang nak peruntukan masa nak menapak ke bank. Kena curi-curi waktu rehat yang sekejap sangat ni. 


Sambil tu, mengusha cara-cara nak beli rumah ni. Mohon tunjuk ajar.
Oh, layak ke aku ada rumah sendiri...

29 ulasan:

  1. ruang depan pon besar tu PB..pelan2 kayuh..in sha Allah ada rezeki tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni rumah sewa sekarng.. ni standard.
      yg nak jual ni semua dah renovate.
      risau takut x lepas loan..lakiku bru kerja ni.

      Padam
  2. poie bank dulu check lepas ke tak wat loan.. klu lepas then proceed..tak rugi beli rumah..

    BalasPadam
  3. Elok pergi dulu ke bank tanyakan kelayakan dan carilah masa utk urusan tu. Kami masa mula pindah ke selangor ni pun gitulah, fikirkan tak ada simpanan dan tak tahu prosedur.. mujur MIL jenis menggesa. Katanya beli je dulu, ikut gaji kamu layak loan tu. Jadi belila rumah dulu, dah 3 tahun lebih ni baru la extend belakang, bila dah ada saving sikit.. mujur juga ambil langkah awal. Harga kami beli dgn harga kalau beli sjrg dah beza nak 200ribu. Sebab projek MRT punya pasal.

    Jadi saya pun syorkan PB beli masa peluang baik ni ada. Masa depan tanah selangor ni makin mahal.. pikirkan sibuk, sokmo kita ni sibuk... kan?

    BalasPadam
  4. aku sokong kalau ko nak beli umah..asset utk future..utk luth..cepatan gie bank tanye kelayakan..insyaAllah kalau ade rezeki ko satu family xkemana..ehh, aku plak yg rase excited sesgt nie..

    BalasPadam
  5. Cer try tanya pakar hartanah blogger abang ensem...kalu tak salah bunda lah...

    BalasPadam
  6. btter beli, aset tu.. xreti nk tunjuk ajar sbb sy n husband beli umah guna loan gov.. xpela, try g bank utk buat kira² berdasarkan gji n harga rumah tu..

    BalasPadam
  7. belilah... memang payah sikit urusan nak men-dokumen hal beli rumah ni....tapi ada baiknya beli bila ada peluang macam ni.... takkan nak sewa rumah sampai tua... ^_^

    harga rumah pun makin lama makin naik.....

    BalasPadam
  8. combine gaji 2 org msti lps pnya loan.klau ikut x cukup tiap bln x cukup.Insyaallah bl dh ada rumah duit msti cukup pnya...hihihi

    BalasPadam
  9. Apepun....cek dlu ...huhu..

    BalasPadam
  10. kena pi bank dulu la..kalau lulus semua nya jadi mudah..yang susah bila tak lulus kena menapak pi cari bank lain

    baik beli dari sekarang sebab harga rumah makain naik.saya dengan suami dulu tuan rumah offer suruh beli terus kami beli.harga 83 je..tapi sekarang harga rumah kat kawasan ni lebih 200k..mujur beli cepat...

    BalasPadam
  11. PB, elok pergi bank dulu, try check if buat loan lepas atau tak. sementara ada peluang ni, elok beli. Lagi pulak rumah da siap renovate kan? InsyaAllah akan dipermudahkan urusan nanti.

    BalasPadam
  12. iyalah PB, pergi ke bank dulu dan sembang2 dgn pegawai bank tu..sekarang nie nak beli rumah yg baru tak beberapa tahu keadaan kawasan tu...ini klu dah rasa sesuai baik beli shj..lagi pun sinki rumah sewa tu kan dah mula meragam..hihiii...

    BalasPadam
  13. baik beli skrg, harga rumah x pernah turun huhuhuhuhu

    BalasPadam
  14. slalu hrg rumah xpenah akan turun. so semntara peluang ada trus grab. tp apapun pertama skali g bank dlu tny psl loan.

    BalasPadam
  15. brapa dia nk jual, terai buat bajet dulu. kalau mampu baik beli, byr bln2 pon umah kite kan
    bank pon kena pandai carik, boleh dpt interest rendah
    muda2 elok la beli umah, nt dh tua tak nanggung utang umah lg

    BalasPadam
  16. elok beli sekarang...sementara masih muda...

    BalasPadam
  17. kena menapak ke bank tuh..elok beli bila ade peluang baik..harga umah mmg semakin mahal skrang...tgk akaun 2 EPF, boleh wat kuar jgk wpun semua tuk byr umah tuh..kuranglah sket installment bulan2...inshaallah

    BalasPadam
  18. buat pinjaman bersamalah PB wei
    daku pun kalau sendiri punya gaji, idaknya layak
    tapi bila combine, alhamdulillah...lepas
    keluarkan juga semua duit kat acc 2 epf...memang banyak
    idaklah banyak sangat berutang
    lagipun, bila umur dah meningkat, bank susah bagi pinjaman
    interest pun makin tinggi

    so elok beli sekarang, harga rumah makin naik tau
    kang sampai ke level memang langsung tak mampu
    awat panjang no aku membebel arini

    BalasPadam
  19. lgkah pertamanya mmg kena pegi bank la..huhu Insyaallah klu dh rezeki tak kemana..klu dh dpt rumah yg ok baik beli je..rumah makin hari makin naik harga kan..

    BalasPadam
  20. Semoga dipermudahkan.. Seriau gak benda pasal hutang ni kan..

    BalasPadam
  21. setiap orang layak beli rumah, insya Allah moga urusan uols berjalan lancar yer, kami pun tengah kumpul duit ni seposen setiap bulan untuk beli umah kat malaysia nanti huhuhu.

    BalasPadam
  22. Try g bnk dlu tnya kelayakan smua. Than, tnya bank hrga rumah nk beli tu mmg market price ke? Belum beli rumh tp dh study jgk ckt2 psl rumah. Target nk beli dlm msa setahun ni. Smga dipermudahkn smuanya

    BalasPadam
  23. Kalau ko tak der hutang2 lain, rasanya tak der masalah nak buat pinjaman. Harga rumah makin lama makin naik. Selamat membuat pilihan. Semoga urusan dipermudahkan olehNYA.

    http://tuanbri.com

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. Pergilah tanya kat bank tengok boleh tak buat pinjaman. Kalau dah berkenan dan semuanya sesuai, lebih baik jangan lepaskan peluang. Kalau nak ikutkan tak cukup memang sampai bila pun sentiasa tak cukup. Ada peluang baik, just go for it. Harga rumah memang takda menurun punya. Aset penting tu.

    BalasPadam
  26. Seronok ada rumah sendiri tau PB tp tulah nak keluar duit yg tak seronok hehe...Dengan duit insuran lagi lawyer lagi....mmg agak pening jugaklah. Kena dahulukan duit tu yg pening sebelum keluar EPF.....Apa pun moga dipermudahkan yer PB

    BalasPadam
  27. semoga berjaya PB...
    ps... akak nak ucapkan terima kasih sebab sudi mai blog akak ... walaupun akak ni dah mekin payah nak menjengah blog kawan2... terima kasih...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...