Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140915

Luth Jangan Ganggu Mak nak Update Blog

Setiap hari berlalu sekejap. Cuma hari Isnin macam lama sikit,hari sabtu macam pendek sangat dan hari ahad macam tak sempat nak lalu pun dah hari isnin.

Hujung minggu adalah hari untuk  kerja-kerja pembersihan mingguan secara besar-besaran. Selain mencuci baju harian yang tak boleh dilakukan seminggu sekali. Tetap kena membersih selang 2 hari. Kena periksa dan melakukan proses pembersihan tuala mandi yang mungkin dah bau hapak, cadar yang lama dah tak bertukar. Lantai yang dah berhabuk, bilik air yang dah berkulat.


Seronok sungguh ada anak tengah membesar ni… semua benda kita buat, dia pun nak cuba buat juga. Kalau kata nak curi masa update blog memang payah kat rumah.


Hari ni dapat cuti lagi, sungguh seronok. Bukankah bagus jika setiap hari Selasa kita bercuti?

Update blog gaya sibuk-sibuk.



7 ulasan:

  1. hihi...klo blh tiap2 hari nk cuti.ekek

    BalasPadam
  2. luth comel..:)

    sy ni kerja shift jadi hari minggu ke hari biasa sama saja..ikut jadual klu kerja,kerja la..klu off,seronoknya lain sikit la..kita ni la kan,klu boleh dok rumah mengulit anak saja lagi best..huhu

    BalasPadam
  3. Kebetulan hari ni cuti...sonoknya boleh keluar dgn kawan...luth meh join kakak chot. Jgn kacau mummy yg *gaya sibuk2 tu...ngeee

    BalasPadam
  4. boleh x aku duk ingat yg gambo first tuh, luth yg nak masuk dlm tuhh..baru nak puji yg ko nie kreatip smbl berkata2 dlm hati, "boleh tiru nie wat ke qisya"..sekaliiii, ahkak tertipu..ahahahaha..

    BalasPadam
  5. Lagi bagus kalau hari-hari dapat cuti. Eh, sama je gayanya macam surirumahtangga sepenuh masakan? Siapa nak bagi gaji kalau hari-hari kerjanya cuti. Oh, silap bagi suggestion!

    I memang suka bab cuti ni. Kalau dok rumah ,kita memang 'bertukang' = membersihkan rumah. Kalau tidak, kita melenjan aje kat luar rumah *__*

    BalasPadam
  6. samalah kita PB wei
    time cuti hujung minggu ler dok menyental segala daki
    bahagia kalau dok cuti memanjang..hehe

    BalasPadam
  7. ko update blog kat umah ke? Kalo aku mmg takde harapan nak update blog masa kat umah.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...