Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140917

Menjejak Centella Asiatica di Padang Rata

Suatu petang yang baik, kami sekeluarga telah beridah dengan bermotorsikal disekeliling kawasan kediaman rumah kami. Ini adalah aktiviti yang jarang kami lakukan kerana kami tidak mahu Luth ketagih nak naik motor. Hik.. Sementelah lagi mak dia ada sikit fobia dan kekok mencari posisi untuk menaiki motor dengan sopan.

Sebenarnya, tujuan utama adalah untuk mengutip pegaga yang tumbuh meliar dihujung padang rumput yang menhijau.


Celah-celah rumput nampak banyak pegaga tumbuh meliar.


Sambil-sambil tu main kejar-kejar dengan Luth. Asyik lari-lari je budak ni... tak ada masa nak meragut pegaga.


Tunggu ayah dia je meragut pegaga. Kita dua orang tunggu sini.

Laki aku cakap, dia tengok baru ni banyak dan besar-besar pegaga tumbuh kat sini..tetapi petang ni kami datang rumpat baru potong. Terpotong sekali dengan pegaga. Sayangnya.

Tetapi cukuplah nak makan buat ulam ni.


Pegaga ni bila makan mentah-mentah pun tak rasa pahit tetapi bila aku mesin buat jus rasa panas sikit. Aku suka campur susu sikit, baru rasa sedap.


Sepetang kami menjejak Centella Asiantica aka pegaga. Tumbuhan herba banyak khasiat yang tumbuh liar melata.

11 ulasan:

  1. laki bini rajin makan ulam..bagus sangat...akak ni liat sikit bab ulam2 ni..huhu..:)

    BalasPadam
  2. Amboi bukan main lagi mencari centella asiatica yek! Luth juga untung dapat jalan-jalan naik motor dan berlarian sana-sini. Alahai PB, translate balik jadi pegaga terus hilang mood. Napalah susah benar tekak nak terima benda ni semua. Untung jadi PB laki bini. Sure awet muda, dok makan ulam je kerjanya!

    BalasPadam
  3. Hubby sy suka sangat makan daun pegaga ni..siap tanam di belakang rumah... yg isteri ni kureng sikit..klu daum selum, suka lah.. hehe

    BalasPadam
  4. saya pun suka! selalu makan rumah mak mertua. tanamlah kat rumah buh lam pasu. lain kali p petik, ambik dgn akar2 dia sekali potong sikit sekeping tanah tu. in sha Allah senang hidup pegaga ni

    BalasPadam
  5. saya suke mkn pegaga! sedap buat ulam mkn ngn nasi.. hihi

    BalasPadam
  6. hah..nama...ingatkan apebenda lah tadi..ingtkan nama gunung adik beradik kilimanjero..kehkehkeh

    BalasPadam
  7. Wowww bestnyaa bule kutip pegaga gitu je.. takyah beli

    BalasPadam
  8. jeles tengok korang rajin makan ulam..saya kadang2 lupa masak sayur..ke buat2 lupa..huhuhu

    BalasPadam
  9. Nak tau something x??..aku reti makan pegaga..apatah lg nak kenal daun pegaga..

    Luth lg menarik perhatian aku..suke tgk gambo die duduk smbl pegang kayu..

    BalasPadam
  10. kalau aku rela makan gitu
    buat-buat air ni, tak sanggup nak nelan

    BalasPadam
  11. Baik baik PB ....manalah tau kena racun ker....
    Seronoklah Luth....dapat lari kawasan rata gitu yeh....

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...