Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140924

Mudahnya Pie Daging Melayu

Hari ni aku nak share Beef Pie aka Pie Daging yang mudah versi tekak Melayu.


Aku beli roti prata je. Yang lain memang bahan yang memang ada kat rumah aku. Sayur campur juga kebetulan laki aku minta nak makan goreng nasi dengan sayur campur itu yang ada dalam peti aku.


Tengok dalam peti, ada daging sikit. Aku rebus lepas itu aku blender bagi hancur. Campur segala benda macam buat daging masak merah cuma masuk sayur campur.


Roti prata aku letak dalam bekas nak bakar. Tepi-tepi tu aku potong segitiga roti prata.


Siap goreng daging dan sayur campur, letak atas prata.


Lepas itu tutup balik dengan roti prata dan aku curah telur merah.


Bakar sampai masak.


Alhamdulillah, penghuni rumah aku semua suka. Jenis tekak Melayu, memang kena olah pie pun ikut versi Melayu.


Aku sorang je, tekak orang putih. Kalau nak cuba versi orang putih Pie Ayam  yang mudah dan sedap sila rujuk Puan Falsya.

Terus terang, aku memang tak pandai masak. Kalau mudah-mudah bolehlah..sila jangan puji aku..aku terasa macam sindiran pulak..haha.. 

24 ulasan:

  1. kalau bagi makan kat anak2 aku confirm habis ni..diaorg pon tekak melayu!! haha..

    BalasPadam
  2. sedapnye,,,salam kenal,,singgah sini...

    BalasPadam
  3. Kakak bukan nak puji pun tapi kakak nak kata PB kreatif mereka-cipta.
    Kalau tak ada idea pun tak menjadi juga kan..

    BalasPadam
  4. Nampak simpla dan mudah. Boleh try lah ni.
    Samalah cam aku x berapa nak pandai masak. Hehe

    BalasPadam
  5. kalau dah melayu memang tekak melayu..haha..kaksura kalau buat macaroni atau spaghetti pon akak melayukan masakan tu..siap tumbuk cili padi..
    kira pandai masak la PB..kreatif bagai ni..:)

    BalasPadam
  6. Lya pun suka klau resepi mudah2 ni

    BalasPadam
  7. nampak sedap...tapi part nak bakar ni problem...sebab oven sally dah tak boleh bakar atas... -_-

    BalasPadam
  8. wow menarik....mmg betul2 versi melayu nie...tekak melayu suke nie...laig2 kalo ade rase pedas2 sikit...lieya pun ade gak stok perata ni kat umah...nanti leh try.... tapi daging kisar lak takde....kene pi market nie beli wat stok ......

    BalasPadam
  9. Saya ni lagi lah tak pandai masak PB.. haha.. ini dah kira ok ni.. boleh lah nak cuba nti... kalu dah semua suka, kompom sedap :)

    BalasPadam
  10. macam sgt senang..boleh le try nanti :-)

    BalasPadam
  11. yeayyyy!!...senang je kan..ikut kretiviti masing2 je sebenarnye..weehuuu..aku xsuke yg renyah..aku yg simple tp sedappppppp...lapo dh aku wehhh..

    BalasPadam
  12. org kata biar xpandai msk, jnji rajin masak..bila rajin, lelama jd pandai, jd sedap.. *sy pun xpandai msk*

    BalasPadam
  13. Errr... baru nak puji dah tak bagi pulak. Okeylah I ikut kata tak puji :)

    Tak kiralah tekak melayu ke, tekak omputih asalkan habis seluruh isi rumah makan, dah boleh senyum lebar bawa ke tidur :D

    BalasPadam
  14. Dapp nyerr...ada idea dah tengok nii.. terima kasih..

    BalasPadam
  15. kreatifnya..

    nti sng2 nk buat juga.. bhn mcm ada jer tu... tqvm

    BalasPadam
  16. huihhh apsal nampak sedap sangat ni. dah laa aku blum makan lagi. cissss

    BalasPadam
  17. nampak sedap je PB..mudah pulak tu..tak pandai masak apanye..ok la tu..

    BalasPadam
  18. Mcm sedap...pkai roti prata senang ckit,x tpikir plk..boleh try..

    BalasPadam
  19. Tempting hokay. Aku klo resipi simple mcm ni memang suka.

    BalasPadam
  20. Sedap nya! nanti nak buat untuk breakfast la..:)

    BalasPadam
  21. kreatif pelbagaikan resepi ... blh cuba nanti .

    BalasPadam
  22. menarik ni..pie melayu yg sedap la sbb buat dari prata..good idea..sementara tengah gila buat prata homemade ni bolehlah tiru.hehe

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...