Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140919

Pengiraan Pengeluran KWSP untuk Perumahan

Rehat semalam aku dah menapak kemalasan ke KWSP bertanyakan hal ehwal perumahan. Pasal nilah aku sibuk sikit sehari dua ni. Mujur sungguh KWSP kat Rawang ni sesangat lengan masa aku pergi. Dari pintu masuk lagi dah disambut stafnya, baru nak duduk no dah dipanggil. Tak ada orang kan..suka aku.

Sebutir-sebutir staf KWSP ajar aku kaedah pengeluaran KWSP. Mudah sungguh faham.

Contohnya begini:
HR, Harga rumah: RM150K
Loan, Pinjaman bank: RM120K

Biasanya pinjaman bank 90% daripada harga rumah, pasal ini rumah secondhand bank nilai ikut kawasan tu. Aduh, sikit sangatlah.

Pengiraan KWSP adalah,

HR + 10% - LOAN = RM150K+15K-120K = RM45K

KWSP dah bagi extra 10% patutnya bolehlah nak bayar apa-apa yuran terlibat nanti.

Jadi, dari pengiraan ni jumlah yang akan diberikan oleh pihak KWSP adalah RM45K. TETAPI, kena check dulu berapa jumlah tabungan akaun 2. Kalau akaun 2 ada 50K, bolehlah keluar 45K.

Tetapi orang miskin ni yang ada beberapa sen sahaja dalam akaun…huk, huk..

Kira-kira, congat-congat, pecah berderai harapan. Ginilah nasib orang miskin..huhu..


Semalam dah boleh tidur sikit, pasal dah lapang sikit dada sudah tahu serba sedikit macam mana kaedah membeli rumah. Walau rumah tu makin jauh dari harapan. Balik buat bagsal dalam kebun getah kat kampunglah nampaknya.

15 ulasan:

  1. InsyaAllah PB..slow2 pasti rumah idaman akan dapat di miliki...sy pun tgh berkira2,belum buat apa-apa lagi dgn akaun 2 KWSP sy.. jumlah pun ciput lagi...huhu...
    takpelah, biar kita miskin harta tapi kaya budi bahasa.... hihi

    BalasPadam
  2. Dulu beli rumah pun mmg guna acc 2 epf untuk 10% deposit tu..

    Bukan miskin PB tapi hg rumah yg mahal gila skg ni...huhu

    BalasPadam
  3. Sabarlah PB. Kakak dulu anak kedua baru ada rumah pertama. Biasanya baru membina keluarga agak ketat. Lainlah kalau boleh beli rumah low-cost yg bawah 100K. Itulah masalah kita yg baru berkeluarga. Lepas belajar, lepas kawen, baru beli kereta. Semua itu kena ambil kira. Tapi beli rumah yg murah dek tangga gaji lebih sikit tak boleh. Itu yg ambil masa kan..

    Tapi biasa bila dah ada rumah pertama tak susah utk kita memiliki rumah kedua/ketiga dan seterusnya. Percayalah...

    BalasPadam
  4. bertabah ya dik Pb..akak dulu pon dah ada ank ketiga baru boleh beli rumah..tu pon cik abe beli kat kg..kat sini akak menyewa..nak beli jugak rumah kat sini..tapi tak mampu..rumah mahal bebenor..huhu..

    BalasPadam
  5. huhhuhu..aida pon sama..tah berapa sen tah dalam KWSP..nak keluarkan duit nak beli rumah memang kena tunggu 10 tahun lagi kot..haih..tapi info ni berguna sangat..boleh diguna untuk masa depan nanti..huhuh

    BalasPadam
  6. Alah, PB... Jangan begitu. Jangan cepat patah semangat. Jalan masih panjang. Bukan esok dah nak pencen. Usahakan selagi boleh. Insya Allah, akan ada peluang nak memiliki rumah sendiri. Jangan give-up. Mana tahu tetiba menang peraduan Power Root yang boleh dapat RM1K esok (eh, ada join contest tak? hehehe...) terus tersergam rumah banglo sebiji lusanya tau....

    Tak dapat rumah tu takpalah, bukan rezeki Allah nak beri. Mungkin ada rumah lain yang lagi better sedang menunggu :)

    BalasPadam
  7. Eh, 1K sikit sangat... 1 juta maksud I..... hiks!

    BalasPadam
  8. in sha Allah..ada rezeki tu nanti PB. jangan mudah putus asa! ewah.. kami pun baru beli rumah tapi belum settle lagi. cuak jugak memikirkan bila dah kena start bayar nanti hihi

    BalasPadam
  9. maksudnya takleh la byr fully guna kwsp ye? Let say dalam akaun 2 ada 200k, pastu harga rumah 150k, takleh ke kalo keluar 150k drpd kwsp untuk beli rumah tu cash?

    BalasPadam
    Balasan
    1. acc 2 amount dia x bnyak tau.. kalau gaji belas riban mungkinlah ada 150k dlm acc2 dan tak pyh buat bank loan.
      kes aku x sampai lagi tahap ribu riban.

      Padam
  10. akak penah jadi staf kontrak epf setahun... jadi akak rasa staf epf kebanyakan adalah profesional dan beretika... semuatu diambil kira dari senyuman dari keluar makan berapa lama... jadi akak rasa epf memang baguih...
    anyway akak tak penah tau pasal nak keluar duit epfni. berangan gak nak beli rumahni.. nanti mesti akak refer balik kesini..

    BalasPadam
  11. sy kuarkn kwsp hri tu utk byr wang beza n duti setem..hbs dh kt situ je.. xpe, nt insyaAllah ada rezeki tu.. hrga umah skang mmg melampau²..

    BalasPadam
  12. aku ingatkan boleh keluarkan sume duit KWSP utk beli rumah..chess..

    BalasPadam
  13. gitulah..aku pon miskin..umh kami pon laki yg beli..dia je yg mampu..itu pon dah syukur sangat2

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...