Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140917

Penyelasaian masalah singki tersumbat

Antara benda paling menyampah nak beriya-iya memasak bila singki asyik tersumbat. Bukan sekali ini je, dah banyak kali dah berlaku.

Kami tak buang sisa makanan dalam singki. Aku sekeluarga memang jaga benda ni. Kalau ada sisa makanan masa membasuh pinggang mangkuk, kami tadah dan tapis. Cuba sebaik mungkin elak daripada buang dalam singki. Minyak pun aku tak buang dalam singki. Mungkin air beras, sisa lemak dan minyak tetap masuk dalam singki secara tak sengaja.

Dua tiga hari lepas dah buat proses merehatkan singki daripada penggunaan sementara. Bagi dia kering dulu keladak-keladak dalam saluran. Tak tahan oh, susah nak masak, basuh pinggan, cuci tangan semua. Asyik kena angkat air kotor dari besen simbah keluar. Kadang tumpah, banjir sedapur.

Pagi-pagi hari sebelum guna singki lagi dah siram air panas siap-siap. Dengan harapan dapat mencairkan keladak-keladak dalam singki. Tak berapa menjadi juga. Kawan-kawan ada cadang cairkan dengan acid je. Mungkin ada kot orang jual kat pasar-pasar malam. Entah, tak perasan pula. Nanti kalau jumpa mungkin boleh cuba beli.


Dah banyak kali buka tadahan kat bawah singki ni. Senang nak buka, tetapi kosong je..tak ada apa pun keluar. Tetapi bila dah buka, tutup balik dah tak berapa kemas. Menitik, kena cari tape ni.

Banyak kali dah korek guna wayar panjang dari saluran luar sampai takat boleh masuk wayar keras tu. Banyak dah keluar macam keladak-keladak. Okeylah sekejap, lepas tu jadi balik. Aku rasa saluran singki ni dah sempit sangatlah. Kena buat saluran baru.

Rumah sewa payah ni, kena cadang kat tuan rumah ni..

Sementara tak ada penyelasaian jangka panjang, gunalah langkah-langkah berjaga-jaga supaya singki tak tersumbat lagi.

19 ulasan:

  1. asid tu beli je kt diy, kompom ada.. ckp je nk asid utk bersihkn sinki tersumbat.. ada dlm bentuk cecair dan serbuk..sy guna yg cecair.. jirus waktu malam, esok tu insyaAllah dh ok.. tp dia punye bau mmg "harum sundal malam" la..wakakaka.. pastu memang ok!! tip top..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe..aku tutup hidung.
      nafas guna mulut
      thanks

      Padam
    2. oo ada jual kat DIY ye..boleh la cari kalo sinki umah saya tersumbat.

      Padam
  2. Beli clog remover Cosway. Memang berkesan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank, nanti nak cari

      Padam
    2. PB nak kirim beli sekali boleh?

      Padam
    3. Nanti kita cari dulu..

      Padam
    4. ini pon boleh guna pakai ni..

      Padam
  3. Sinki umah aku pon tgh tersumbat nih. Basuh dalam toilet jer. Sadis kan. Harapkan en bos jer lah tolong buatkan. Pernah pakai asid, tapi tak jalan jugak. Nampak sangat keladak degil susah nak tanggal. Sisa² makanan & minyak pon memang aku tak curah dalam sinki. Tapi sumbat jugak.

    BalasPadam
  4. aduhh memang leceh bila singki tersumbat ni... selalu juga jadi kat pantry opis ni...kat rumah jarang plak..huhu.. sllu yg saya buat pun just simbah air panas... guna asid belum cuba lgi...

    BalasPadam
  5. yui pnh guna ubt mcm ala2 asid.. tp lupa nama ubt tu..

    BalasPadam
  6. last-last panggil tukang paip lah jawabnya,, kadang2 tertera nama tukang paip untuk duhubungi kat pokok-pokok sepanjang jalan..salinnn...

    BalasPadam
  7. Rasa kakak memang jalan terbaik guna acid PB.
    Sebab pihak maintenance sykt kakak pun guna acid utk masalah sumbat sink ini.

    BalasPadam
  8. aah la..ko kene crk acid..bg ilang segala kotoran degil..jenuh tiap kali nak kene bukak tutup bukak tutup bende alah tuh..

    BalasPadam
  9. Asid tu boleh je beli kat kedai jual hardware tu. Murah je kalau tak silap dalam RM3.50. Kalau tak jalan baru beli yang cecair dalam belas ringgit. Kalau tidak, pergi aje Cosway, beli clog remover. Anda pasti tersenyum dengan hasilnya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni dah macam iklan MD wei
      berapa diorang bayar ni MD? hehe

      Padam
  10. daku tak pernah mengalami sinki tersumbat
    agak cermat juga jaga, hari-hari siram air panas...hehe

    BalasPadam
  11. Cuba guna baking soda ngan cuka, taruk baking soda sesudu dua dalam lubang sinki tu, pastu curah cuka then tutup kemas2, lepas 5 to 10mnit buka dan curah air panas. kalau tak sumbat pun, buat dalam 3 bulan sekali pun ok benda ni.

    BalasPadam
  12. Cuba cari yg mcm penyedut tu PB....alah yg mcm alat kita guna kalau tandas tersumbat tu disamping cari Acid. Apa ke nama dia entah... Rasanya berhasil jugak tau...pernah jugak jadi kat rumah ni.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...