Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140908

Rahsia Kecantikan Krisdayanti

Lepas beranak, biasalah perempuan akan mudah sakit-sakit urat. Tambah-tambah kalau macam kita yang kerja penat ni.. Macam kerja penat sangat..haha.. penatlah mengadap laptop sehari-hari tulis blog.. sampai rasa sakit urat-urat, tulang temulang belakang ni semua.

Hilang sakit beranak tengok anak comel gini.. hi.

Cekur ni orang kata bagus untuk perempuan. Lebih-lebih lagi perempuan lepas beranak kerana dapat memanaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot.

Cekur dikelaskan tumbuhan herba dalam kumpulan halia, tiada berbatang dan berdaun tebal berbentuk bujur telur. 
Ma aku cakap bunga dia putih pink tetapi sejak tanam aku tak tengok lagi bunga dia.

Tuaian cekur di kebun sekangkang kera depan rumah aku tidak berapa membanggakan. Tetapi cukuplah untuk nak buat jamu cekur.

Isi dia macam kunyit tetapi pokok cekur aku tak berapa subur jadi kecil-kecil je. Aku cabut, potong isinya, lepas tu tanam balik.


Aku banyak dah buat kajian pasal cekur ni.. tetapi aku sebenarnya tak kenal pun rupa cekur ni. Aku rasa pernah dengar pokok cekur manis ke yang buat sayur air tu.. tapi sayur tu mana ada isi. Bila aku tanya ma pasal cekur ni, baru dia cakap depan rumah aku berlambak.. hahaha.. 

Aku ada jumpa resipi buat jamu Cekur atau Kencur (bahasa Indonesia) beras untuk tenaga wanita. Resipinya lebih kurang macam ni..

Resipi Jamu Beras Cekur/ kencur
  • ½ sudu beras
  • 50g cekur
  • 1’ kulit kayu manis
  • 5 biji cengkih
  • ½ gula Melaka
  • 3 sudu asam jawa
Kisar semua ni dengan air, lepas tu tapis dan minum. Kau boleh ubah suai je resipi ikut tekak korang boleh telan.. Tak payah ikut sangat, kalau rasa tak sedap sangat, macam mana nak telan..

Jamu ni kalau tengok resipi macam-macam ubahsuainya. Ikut keperluan dan rasa orangnya juga. Aku baca letak beras mentah, rasa tak berapa sikit.. Aku suka ikut yang biasa aku minum. (kalau rajin)

Jamu Kunyit Asam
  • Kunyit
  • Cekur (aku baru tambah sebab aku dah jumpa cekur depan rumah aku. Kalau ak ada halia pun okey)
  • Asam jawa
  • Gula Melaka
Cincang benda-banda ni. Aku rebus semua ni. Lepas tu tapis. Ramuannya ikut tekak aku. Aku suka buat pekat-pekat. Rasa dia, insyallah tak teruk.


Macam minum air asam jawa je..sebab ada gula Melaka yang dah manis. Tapi bila aku letak cekur ni, ada sikit pahit. Kalau jamu kunyit asam yang biasa aku buat, lebih sedap. Nak sihat, tak apalah tak sedap sikit.


Orang kata, kunyit ni boleh cepatkan monopous kalau selalu ambil. Bagi aku, semua benda janganlah melampau. Berpada-padalah. Benda yang baik macam mana pun kalau ambil terlebih jadi rosak juga.

Minum segelas, lepas tu botolkan dan simpan dalam peti ais. Lusa minum lagi.

Orang Indonesia cantik pasal suka makan jamu. Kau rasa-rasa KrisDayanti pun makan jamu juga ke?

25 ulasan:

  1. Erk, kena kental la ni nk makan benda alah ni.. ritu pun makan jamu moden yg dh jdi pil. T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa dia tak teruk.. macam air asam jawa je..
      walaupun rupa dia x menarik dan ramuan nya menakutkan..
      lagi pun kita tahu apa benda kita campur.. kalau yg pahit tu rasanya letak manjakani..

      Padam
  2. Payah sikit aku kalau minum jamu ni huhu

    BalasPadam
  3. cekur tanam nampak segar sgt..
    mmg muda sokmo..
    bgus juga buat jamuan..kekal cantik dn langsing..khas bt para suami

    BalasPadam
  4. tabik ngan PB..rajinnya makan jamu2 ni..
    kaksura dah tua2 ni pon baru tengok pokok cekur ni..tu pon nasib ada n3 ni..hihi..

    BalasPadam
  5. aku last urut time dlm pantang je pehtu xde dh..seram aku tgk kaler air tuh...pasnie langsing lee ko..kalau ko dh langsing nnt bgtau aku..aku sanggup minum..ehh tp skang pun mcm dh langsing je..ehhh, ko mesti rajin kan nak buatkan satu botol lagi utk aku..nnt aku dtg rawang..kihkihkih..

    tq bebeh..terharu aku ngan komen ko..sungguh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome beb..
      x mau emo2 lagi tau..

      Padam
  6. x penah buat. makan jamu pon tak consistent.
    cekur tu buat masak lemak cili padi...ikan bakar sedap gile

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum dan singgah isnin dari blog Sis Fuza....Diana pun tak suka makan jamu2 ni...hehe

    BalasPadam
  8. ambik masa jgk klu nak telan itu obat...waaaaaa

    BalasPadam
  9. Kakak suka cekur ni. Bukan takat buat jamu air tapi buat bedak pupur kalau semut-semut pun boleh juga. Rajin PB buat - bagus dan teruskanlah..

    ps: eh bunga cekur putih purplelah dik (bukan pink).. kakak ada tanam dan kakak memang org kampung dari kecik dah selalu jumpa. rumah kami sentiasa ada pokok cekur ni. Salah satu resepi tradisi yg tak tinggal:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh ni cekur putih eh? x pernah tgok bunga dia lg.. nanti dah tanam balik ni..nk jaga betul2.. biar subur..

      Padam
  10. hr tu penah minum air kunyit.cleaner indon buatkan.rs nk muntah.bpinau mata2 neh...huhuhu @_@

    BalasPadam
  11. Perempuan indon memanglah dari sejak kecil pun dah makan jamu sebab tulah muka tak jemu dipandang. Bukan semualah, sesetengahnya seperti Krisdayanti, Rossa dan sebagainya. I ni kalau boleh ditelan benda-benda macam ni memang sejak 12 tahun rasanya nak amalkan supaya awet muda walaupun dah umur 60 tahun ala-ala Kak Ton gitu. Nampaknya takdalah tercapai hasrat di hati zaman nak dara dulu. Dah kunyit pun tak leh pandang, apatah lagi nak makan/minum gitu.

    Eh, sampai la ni kalau suruh tunjuk daun cekur ni, memang I tak kenal! *terasa kesian pulak kat diri ni*

    BalasPadam
  12. Eh I ada la ternampak benda yang macam kunyit ni kat kedai asian tapi tak pernah beli tak tahu tak reti nak guna, tapi daun cekur manis tu confirm ada. nak kena amalkan la ni macma ni, I pun dah tak larat nak menulis blog pasal sakit sangat urat sendinya hehehe.

    BalasPadam
  13. complicatednya nak buat jamu ni. takpe nak cantik punya pasal, suami pun sayang huhu. btw done follow u dear... follow mine too :) - Noob

    BalasPadam
  14. PB, aku tak penah tgk secara live daun cekur cekur ah, cekur cekur ih ni. Nanti pekata ko komersilkan produk jamu cekur ko ni. jual kat jiran2 dan kawan2 dulu. aku tgk ingredient dia mcm sedap je rasanya sebab ada gula melaka. wow.

    BalasPadam
  15. rajinnya PB buat jamu sendiri..

    BalasPadam
  16. saya bhn yg lain tu ok jer asalkan jgn ada cengkih ... kat umah ni sentiasa ada cekur sbb man in d house suka sambal totok campur cekur ...

    BalasPadam
  17. mak ai, kira rajin ko ni sebenarnya ni tau
    aku tak ada kuasa nak buat gini
    cekur tu aku makan dalam pecal aje
    buat jamu macam tu, confirm aku muntahkan aje

    BalasPadam
  18. rajinnya buat sendiri..

    BalasPadam
  19. pernah dgr gak pasal bende ni..insyaALLAH akan cuba di amalkan

    done follow awak #505

    nak jemput JOIN dan SUPPORT 1st GA ena..: http://www.aeinnamusa.com/2015/08/giveaway-1.0-by-ena.html


    TIA!

    BalasPadam
  20. Tq share resepi...sye ske mnum ni..memg sedp!! Bdn rse segr..nk sedp lgi blander gn sireh..jgn byk..dlm 3 hlai ckul lah..memg rpat lahhhh hihihi

    BalasPadam
  21. Tq share resepi...sye ske mnum ni..memg sedp!! Bdn rse segr..nk sedp lgi blander gn sireh..jgn byk..dlm 3 hlai ckul lah..memg rpat lahhhh hihihi

    BalasPadam
  22. Boleh bagi sukatan utk bahan2 tu tak..nak try buat
    ..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...