Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140910

Roselle III baru boleh minum

Al kisah banyak bulan dulu, masa aku balik kampung…
aku dan kakak ipar aku secara kebetulan ternampak iklan minuman kecantikan dalam majalah Wanita yang berasaskan rozel. Kebetulan lagi, kak ipar aku dapat beberapa kuntum bunga rozel dari jirannya. Akibat terpengaruh dengan iklan tu, kami memang semangatlah minum air rozel dan bercita-cita nak tanam poko rozel. Dasar mudah terpengaruh versi nak jimat je!

Aku siap mintak benih nak tanam kat rumah sini..

2 kali aku cuba tanam, 2 kali dah gagal. 

Tanam tak berapa bersungguh dengan kaedah main tabur je. Tangan sejukkan? Inagt tabur atas batu pun boleh tumbuh. Tanah pun tak berapa baik sementelah lagi masa aku tanam tu Selangor ni musim catuan air. Kemarau sungguh.

Sedih betul aku.


Hujung minggu lepas, laki aku yang tersayang bawa balik banyak sungguh bunga rozel buat bini dia yang selalu cerita pasal nak minum air rozel. Senyum sampai ke telinga bini ni. Terharu sungguh, bila laki kata hari minggu ni dia tak sempat nak pasang pukat nak jala ikan pasal duk kutip bunga rozel. Bergetah oh.

Pst: Sila jeles dengan aku.. 
kali pertama seumur hidup aku..aku dapat bunga dari laki aku...

Tepi lombong tempat laki aku menjala tu, jiran-jiran aku buah kebun sayur kecil. Adalah sikit-sikit tanaman yang tak berapa subur mereka tanam. Ha..ha… laki ku tumpang lah sesekali macam jadi supplier untuk biji benih yang dibawa dari Thailand. Beli kat kampung, bawa sini.

Banyak sungguh dia bawak balik, agaknya botak bunga tu dikerjakan laki aku.

Aku leraikan kelopak rozel dan rebus. Aku siap-siap letak gula, ingat nak buat air sirap rozel. Senang nak minum tambah air je.


Bila dah siap, aku tapis airnya. Minum buah jus. Sedap sungguh rasa masam-masam manis.


Rasa sedap pulak isi rozel sisa tapisan.. sebab aku dah letak gula. Sedap macam jem. 


Jadilah jem rozel yang sangat sedap. Sapu kat roti dan ngap sambil minum air roselle semoga kekal awet muda..
Mmmm...

19 ulasan:

  1. X prnh lya jumpa ni bunga tpi nampak menarik sgt ni

    BalasPadam
  2. Terharu lerr tu en abg bawa balik bunga roselle utk PB..hehe..
    tapi roselle ni mmg dah ramai yg buat jus kan PB, teringin jg nak cuba nti...mcm sedap & nyaman.. buat jem pun Ok kan... :)

    BalasPadam
  3. air rozel saya pernah minum...mmg sedap..itu yg kordial, kalau yg freshly made macam awak buat ni sure lagi sedap...jem rozel tak pernah makan lagi..hahaha

    BalasPadam
  4. ayat ni xleh blah...(kali pertama seumur hidup aku..aku dapat bunga dari laki aku...) hahahaha...

    adik zai pon dok kata kt mak soh tanam sndiri dr dok beli jus rozel yg x brapa nk sdp tu.nk tgk bl la dia nk tanam...hihihi

    BalasPadam
  5. teringin pulak nak merasa ...cam sedap jer...:)

    BalasPadam
  6. Sedap kan.. kakak dulu rajin masa memula buah berhasil bila dah kerap entahlah jadi malas pulak..

    BalasPadam
  7. rozel nie aku minum yg kordial je..tau minum tp xpenah tau mcm mana rupe rozel..hehe..rajin ko kan..kalau aku skang nie nak goreng nugget pun mls..ahhaha..

    BalasPadam
  8. apa kata awak buat jus tu siap2..pastu jual kat saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak beli siaplah..
      haha..

      Padam
  9. Masa budak2 dulu selalu minum air rozel yg masak sendiri....mmg sedap.
    Sekarang ni susah nak dpt bunga tu so minum yg kordial je lah ... huhu

    BalasPadam
  10. Dapat bunga roselle pon jadilah noks. AKu pernah makan jem roselle ni. Sedap. Cuma air roselle aku tak pernah minum lagi. Cer bagi sebotol ☺

    BalasPadam
  11. Amboi, cemburunya kita laki dia hadiahkan bunga! Bunga bukan sebarang bukan, bunga roselle lagi. Habis satu kebun dipetiknya buat isteri tersayang. Terharu sungguh rasanya!

    Pernah minum yang kordial je itu pun terbabas. Kalau tidak, tak minum gak. Hmmm, camnalah I nak awet muda cam Kak Ton nih!

    BalasPadam
  12. sedap kan rozel tu..siap dapat buat jem lagi..

    BalasPadam
  13. hmmm macam sedap2 jer rasanya... untung la untung la dapat munge roselle, tak la membazir, siap boleh hadam lagi ha.

    BalasPadam
  14. bunga apa? rozel? tak pernah ku dengar pula
    serius aku jealous dengan ko, laki aku pun tak pernah bagi bunga
    pakej untuk kecantikkan tu! jealous...jealous

    BalasPadam
  15. Untung kalau meniaga Rozell ni...tak de sisa langsung hehe....dpd airnya boleh minum serdak dia buat jem.... Dalam pada menjala rupanya teringat kat bini dia yg mengidam Rozell hehe

    BalasPadam
  16. wahh siap buat jem, rumah mak sy pun baru tanah .. alhamdulillah raya hari tu rezeki ... dapatlah buat air .. mmg raya tu semua org dtg kami jamu air rosel ni sdhnya kami terkencing² minum huhuhuhu ... sbb dia cam membersihkan pundi kencing ...

    BalasPadam
  17. hihi.. romantik sangat.. dapat unga rosselle... :)

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...