Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140910

Selamat Pengantin Madu


Last episod hari tu aku rasa dah bosan. Tak kelakar dah cerita tu bila Fasha Sandha dapat tahu pasal laki dia dah berkahwin dengan Datin Paduka Eina tu. Bila dia baca surat layang tu, dia terus je percaya dengan surat tu. Eh, mudah sangat pula percaya..kata sayang kat laki? Kononnya instinct dia kuat. Lepas tu dia keluar bawa kereta sambil menangis tak tahu nak pergi mana.. Dia berhenti tepi jalan dan menangis. Lepas tu Kuza datang, tanya kenapa menangis dan tawar nak bantu.

Kuza pun cerita pengalaman dia pun lebih kurang sama. Tetapi lebih teruk, sebab dia tangkap laki dia dengan betina lain. Dia mengamuk masa jumpa tu dan kesannnya laki dia ceraikan dia masa tu juga.  Kuza suruh Fasha tu sabar dulu. Jangan bertindak terburu-buru, takut kena cerai. Aku macam tak berapa suka pula dengan nasihat Kuza ni. Menyampah aku. Orang baru kahwin, tengah manis. Semua nampak manis, jangan yakin sangat laki ni nak pilih kita, kata Kuza. Huh

Fasha ni ikut hati nak bersemuka je dengan laki dia, suruh pilih siapa yang laki dia suka. Bagi kata dua. Aku kalau jadi kawan Fasha masa ni, mesti aku sokong sangat dia. Betul tu Fasha. Jangan beri muka sangat kat laki nanti kena buli. Apa takut kena cerai? Kita masih muda, ada kerjaya…oh ada anak comel-comel lagi. Tak akan dia tak sayang kat anak diakan?


Nasihat Kuza, suruh balik rumah tanya laki dia betul-betul. Bawa berjumpa dan lepas tu tunjukkan kat laki dia siapa yang lebih baik. Biar laki dia tahu isteri tua ni tak ada cacat celanya. Okeylah, sebab dalam cerita tu aku rasa Eina tu digambarkan dengan watak yang tak berapa baik.. 


Mungkinlah the end cerita ni, laki dia akan tinggalkan Eina tu. Mungkin perempuan tu kuat meminta ke, ke kaki kikis ke apa.. Tetapi macam mana kalau didunia reality, perempuan ke-2 tu orang baik-baik. Hah sudah, jodoh..
Akhirnya mereka menerima kehidupan hidup bermadu dan lepas tu laki dia tambah lagi cawangan.

Aku rasa normal lah kot mana ada perempuan yang suka berkongsi kasih. Aku siap cakap kat laki aku dulu-dulu masa mula-mula kahwin kalau nak kahwin dengan orang lain dalam 3 tahun perkahwinan kita aku bagi. Sebab aku fikir masa tu aku tak tua sangat lagi, lepas tu dah tak boleh..aku dah  tua. Kesihan pula kat aku. haha.. Rasa takut pula bila fikir-fikir balik salah cakap gitu, sebab dia asyik duk guna pulak gurauan aku tu..bila ada excident cerita pasal kahwin lain ni.
Kenapa dalam Islam dibolehkan lelaki berkahwin lebih ?


Secara semulajadi manusia yang lahir ke dunia ni seimbang lelaki dan perempuan. Tetapi sejak dari kandungan ibu lagi, gen perempuan ni lebih kuat daripada lelaki. Itu belum kira lagi, bila dah lahir ke dunia. Lelaki ni mudah kena penyakit. Ramai yang mati sebab gaya hidup yang tak berapa sihat, tahulah kan gaya hidup lelaki macam mana..mm. Lepas tu, ramai juga lelaki yang tak berapa menjadi orang, tengoklah kat pusat-pusat pengajian..siapa yang monopoli?

Kecuali kat India, ramai lelaki daripada perempuan. Teringat kes rogol beramai-ramai dalam bas. Kat India, adat dan kepercayaan mereka menyebabkan sejak dalam kandungan lagi jika mereka tahu itu anak perempuan, mereka akan cuba gugurkan. Taraf wanita sangat rendah. Macam  cerita Hindustan yang aku selalu tengok nak kahwin kena bayar kat laki, dahlah kena ikut laki balik rumah dia, tinggalkan keluarga. Dibuat pula macam hamba abdi kat rumah mertua. Ada cerita tu, bila laki dah mati kena bakar sekali dengan mayat laki dia. Tak pun kena jadi balu pakai sari putih seumur hidup. Kesiannya.

Kat Barat, populasi lelaki juga rendah. Lelaki yang tinggal semua sudah berkahwin. Maka wanita yang belum berkahwin hanya layak mejadi scandal je sebabb lelaki hanya boleh berkahwin satu, Monogami. Atau lebih teruk menjadi public property. Rendahnya maruah mereka. 

Fahamlah.

Sebab Islam ni sesuai dengan semua tempat, zaman dan masa maka dalam Islam membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada 1.


Pahit bagi kita, mungkin ada manis bagi mereka. 
Okey, aku rasa aku boleh terima jawapan Dr Zakir Naik ni bukan terima madu eh.

21 ulasan:

  1. Kerana apa juga yg Islam telah beri garis-panduan mesti ada hikmah terbaik..

    BalasPadam
  2. tah kenapa bile ko sebut nama fasha tuh aku mcm terasa pulok..dh mcm ko cite psl aku pulok..owhhh no!!...mok mok ku!!..don't u dare!!..wakakakaka..

    ko ckp gitu kat laki ko..aku lak memula kawen siap ckp, "u kalau nak kawen dua boleh..tp bagi i rumah banglo sebijik, kete X5 sebijik..bulan2 duit 8k"..hahahahhaha..tp skang nie xnkkkk weh..sayang laki..kihkihkih

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku mula2 tulis tadi.. eja nama ko jugak.. lepas tu br perasan salah org.. tulah asyik duk teringt kat ko..
      teringt kat kakak kt kg aku, laki dia gurau pasal nak kahwin ni..dia buh lah syart nk kereta, nk rumh batu bla.. nk duit 3k je.. aku ckp, kalu duit 3k, rumah batu, kete besar x cukp nk byr maintainance bulan2.. kena kaji betul2 berapa nak minta..hhaa

      Padam
    2. auwww so suweet!!..ahahha..

      apeee???..3k je?..hurmmm, mmg betul2 kene kaji balik tuh..aku mintak 8k tuh bersih tanpa bayar maintenance ape2..ahahahaha..

      Padam
    3. Aku rasa 8k tu kelas kita x cukup lg ni..nak shopping2..
      nk belanja aku ni lagi..haha

      Padam
  3. salam singgah
    poligami tak salah..islam pun menghalalkan poligami..tapi gitulah...
    mintak jauh..hihihihihi

    BalasPadam
  4. hahaha..no komen..sebab saya laki bini mmg tak tgk drama melayu, so tak tau nak komen apa

    BalasPadam
  5. No komen. Apa yg aku boleh cakap, tak der pompuan yang sanggup diduakan.

    BalasPadam
  6. i tgk cite ni. actually i lupa nk feel betul2 cite ni just tgk sekadar isi masa terluang sambil lyn naurah. so mcm kurang perhati sgt dialog dia.

    just one thing nk ckp, best jgak eina tu berlaku. suka dgr suara dia. hahaha

    BalasPadam
  7. Haha.. Drama sangat kan cite melayu..

    BalasPadam
  8. Memanglah lelaki boleh kahwin empat tapi kebanyakannya salah guna kuasa. Time nak tambah cawangan mulalah kata nak ikut sunnah konon tapi lepas dah ada keizinan tak pulak pandai nak jadi adil dan bijaksana. Kalau satu pun tak larat nak jaga, tak payahlah berangan. Nanti kena sakit jantung mengejut siapa yang susah. Bini gak!

    I tak tengok cerita ni. Pernah sekali Mami datang sini tengok drama melayu cerita pasal kahwin dua la ni. Mami of course tak faham BM tapi kejap-kejap dok cakap dengan HD pastu HD explain. I rasa cam nak tutup je TV tu. Lepas tu I pun tanyalah kat HD awat tengok drama pasal lelaki kahwin dua? Nanti Mami fikir kat Malaysia ok apa nak kawin banyak. Kang Mami buat suggestion camna....dahlah laki I very the menurut perintah punya anak!

    Uhuh....nasib baik sekadar tengok drama je tau takda hint apa-apa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi Md, tgok drama pun dah emo..

      Padam
  9. xsuke tgk cerita berkaitan madu² ni, nt husband mula sebok..mmg gurau, tp jd sakit hati pulak.. pernah gak ckp dgn dia, klu nk cri lain, cri yg janda ditinggal suami, susah, pastu kena belikan sy rumah berserta tanah yg dh hbs byr, kereta beli cash xde hutang bank, nafkah bulanan 10k tak termasuk nafkah anak, belanja peribadi...bla..bla..bla..trus dia diam..kakakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah.. jadi lawak tak berapa kelakar dah..

      Padam
  10. pendapat peribadi saya, takpe berpoligami as long suami adil & madu pula saling memahami..kalau apa yg dia nak sebagai seorang isteri dipenuhi tak kurang,tak perlu tamak untuk berkongsi kasih sayang..tiada manusia yg sempurna..
    tp kalo dah memang spesis gatal tu..memang marah tau..

    BalasPadam
  11. Manisnya madu... sepahit hempedu. Eh I pun sama pendapat ngan u, kalau I semuka jer terus, dah baik, dah elok2 kita jaga dia.. dia still buat kita, kasih sayang ngan yang lain. Tak perlu nak prove apa2 lagi dah, u pilih u nak I ker nak pompuan tu! CEpat, cakap sekarang! haaaa kau emo lak aku.

    BalasPadam
  12. terbaik part akhir tu...hehe
    ko follow juga ke cerita ni, daku terasa malas
    macam tak logik, baik aku layan supernatural ke, csi ke, criminal mind ke
    eh malam ni blacklist, best juga tu

    BalasPadam
  13. Baru tgk citer ni smlm. X suka ngan eina tu sbb gedik semacam. Nampak cam jahat dan ada niat x baik. Kesian kat pompuan kan. Baik pun kena tinggal.Assalamualaikum
    Baru tgk citer ni smlm. X suka ngan eina tu sbb gedik semacam. Nampak cam jahat dan ada niat x baik. Kesian kat pompuan kan. Baik pun kena tinggal.

    BalasPadam
  14. Tengok hari tu sekali....lepas tu tak tengok tengok sampai la ni....
    Entah bila pulak nak tengok lagi hehe....Macam tak sesuai pulak Si Fasha tu dengan laki dia dlm cerita tu....sebab rasa Fasha dah kawen kot...

    BalasPadam
  15. Fuza TAG awak
    http://fuzamusa.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

    BalasPadam
  16. tak tengok sangat cerita tu ..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...