Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140903

Tegur anak jiran

Luth petang-petang hari kalau tak bawa dia keluar sekejap dia memang meragam. Tambah pula bila dengar suara budak-budak kat luar. Kadang tu, budak-budak kat luar tu siap panggil lagi dia yang terpenjara kat pagar rumah tu.. Bila dah dengar nama dia dipanggil tu, menyahutlah dia. Mulalah hentak-hentak pagar rumah. Kesian pula aku tengok.

Dapat keluar sekejap pun jadilah.

Seronok sungguh Luth.

Padahal budak-budak yang panggil dia tu, bukan ada yang nak main dengan dia pun. Takat cuit-cuit sikit lepas tu tinggal dia main sorang-sorang. 

Orang sibuk nak tangkap belalang lah..nak main sepak bola. Bukan Luth boleh joint pun.

Tapi tak apa, takat ikut tergedik-gedik belakang budak-budak besar pun Luth dah rasa dia besar sangat.

Ha..ha.. persanan Luth.


Aku tak tanya apa hal besar sangat yang jiran aku ni bising-bising semalam… Malas nak tanya pun satu.

Baru je aku keluar rumah, dia dah marah-marah.

‘Anak derhaka.‘Anak yatim tak tahu diuntung. Tak boleh ditegur, nanti melenteng.’

Lepas tu ugut nak belah bola budak-budak ni main.. duk mengulang cakap-cakap.

Kalau nak marah kat budak-budak ni pun tak patutlah cakap benda-benda yang tak elok. Sampai diungkit-ungkit pasal anak yatim, anak derhaka apa cerita pulak? Tambah pulak, aku rasa budak tu dah faham apa tu. 

Hal sepak bola anak dia jatuh longkang je aku rasa.. tak akanlah macam itu marahnya. Budak tu pun bukan orang lain, anak saudara sendiri. Budak-budak tu pula aku tengok senyap je. Buat-buat main bola 2 beradik tu. Tak menjawab pun. Dahlah budak tu baru je kematian ayah. Mak dia pun dalam edah lagi, kalau dengar kat mak dia, kakak ipar sendiri cakap macam tu, macam manalah perasaan dia? Cakap sedap mulut.

Besar pahala berbuat baik kat anak yatim, mengembirakan mereka. 

Salah sikit budak-budak maaflah. Nak marah boleh.. tapi biarlah dengan niat nak mengajar. Contoh, kalau tengok budak-budak ni panjat pokok, marah takut jatuh. Main kat tengah jalan, nampak kereta kita suruh duk tepi. Kalau tak dengar, marah lagi. Aku pun suka, kalau jiran-jiran aku ambil tahu anak aku. Tegur kalau dia buat salah suatu hari nanti. Tetapi biarlah kaedahnya betul. Budak ni ada persaan. Dalam usia budak-budak tu, aku rasa seumur hidup dia akan ingat kata-kata yang tak sedap didengar tu.

Nasihat kat aku juga. 


Pernah marah kat budak-budak ni pecahkan tong sampah aku sebab buat tempat memanjat pokok mangga. 
Kak tak mahu beli coklat lagi.
Masing-masing tak mengaku, tuduh menuduh..siapa yang pecahkan tong sampah kak!

Budak-budak, macamlah kita tak pernah jadi budak.

22 ulasan:

  1. uishhh..aku nie ngan anak2 buah aku menyinga jugak tp xde la smp nak kuar ayat gitu..haip mokcik..kang aiii piap piap piap mulut yu kang tau le..dh la budak tuh xde ayah..mesti lg sedih mak die kalau dgr..budak tuh pulak tah ape yg die rase..ishhhh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak saudara mcm anak kita juga..
      entah apa dia rasa.

      Padam
  2. Ye la..orang marah,marah jugak tapi jangan sampai buat hati orang tergurtis.lagi2 anak yatim...budak 2 taraf kanak-kanak ni apa la yang dia tau sangat pasal betul dan salah..kita yang tua ni la nak ajar..kalau kita pun tunjuk benda tak baik dalam percakapan kita,apa la yang budak2 ni akan dapat..selain hilang hormat pada kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni lah yg buat budak2 hilang hormat kat org2 tua

      Padam
  3. Puaka nyer mulut org tuh erk...jgn la diungkit asal usul org waima tgh mrh sekali pun.....ntah apa2 ntah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. benda yg tak ada kaitan langsung

      Padam
  4. alahai.. aku dengar pun rasa cam nak cili cili mulut makcik tu.. geram okeh.. bukan bebudak tu mintak jadi anak yatim ke apa.. tak takut ke kalau esok lusa giliran anak dia pulak kena ngan orang lain macam tu.. sentap tak sentap agak2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak dia baik je.. anak org je ada masalah

      Padam
  5. Mmg mulut xde insuran... patut sgt dia rasa pedasnya cili tu sekali... huhuhu
    Marah buadk2, biar kena caranya... kesian pula duk kata mcm2 lagu tu...

    BalasPadam
  6. apa yang terkeluar dari mulutnya menunjukkan apa ada dalam hatinya...
    kasihan anak2 itu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. entahlah..
      kot ada nk marah nga mak budk ke x taulah..

      Padam
  7. kesian bebudak tu. dah namanya pun budak tentu lebih nak main jer. yg makcik tu pehalnya.. naik meroyan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nmpk mcm makcik nilah yg salah.. sb budak2 tu x menjawab pun...

      Padam
  8. Marah utk mengajar..klu hina..kang terbalik kat mak cik tu kang..
    bumi ni berputar..istighfar mak cik..

    BalasPadam
  9. tak sangka seorang yang bergelar 'mak', berakal, makan garam dah lebih boleh cakap ayat macam tu..kalau mak dia dengar memang sebak..pada aku bahasanya keterlaluan sangat,.,.

    BalasPadam
  10. kesian anak2 yatim org kata mcm tu.kita yg besar ni dgr pon sedih tmbh hati diorg

    BalasPadam
  11. luth tak senang duduk le tu dgr suara budak2 lain tgh hepi2 main kat luar heheeheh...die pun sibuk nak join sekali ...tak dpt join sepak bola, tumpang tgk pun jadi leee heheehehe

    ya Allah nape indah sgt bahasa makcik tu...tak baik tau...lieya plak sayu dengar die marah sampai sebut2 perihal keturunan keluarga mcm tu...ape laaaaa...

    BalasPadam
  12. macam dah boleh baca hati mokcik tu...apapun semoga dia diberi kesedaran..

    BalasPadam
  13. kesian kat budak2..semoga makcik tu diberi hidayah..

    BalasPadam
  14. Ish, itu melampau namanya! Lagi pulak anak saudara sendiri. Budak-budak memang nakal kadang-kala tapi mesti nak kena gayalah kalau ya pun nak menegur. Habis salahsilah keluarga diungkit. Berbakti pada anak yatim banyak pahalanya. Jiran sebelah tu tak tahu ke?

    BalasPadam
  15. uisshhhh sape tu....kesin budak tu

    haha....kesahnya tong sampah pecah tu kelakar pulak kan....
    budak2 nakal nak buat cemana kan....sabar jela

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...