Inquiry: petakbunga@gmail.com

20141011

Anak cerdik belajar agama

BILA harga petrol naik, tiba-tiba kita menjadi pakar ekonomi bersyarah tentang ekonomi negara dan bagaimana kerajaan sepatutnya terus menampung subsidi petrol.

Tetapi bila anak kita malas membaca buku ilmiah, kita jawab, “Tak pa. Kalau dia gagal SPM, kita hantar dia ke pondok untuk menjadi ustaz sahaja!” Inilah nilai seorang ustaz atau ulama jika dibandingkan dengan petrol kereta.




Dr Maza telah mengkritik budaya menghantar anak yang cerdik untuk belajar sains dan yang kurang cerdik untuk belajar agama. Akibatnya, ulama tidak mempunyai daya saing sehebat pakar bidang lain. Seperti saya sebut dalam artikel yang lepas, isu ulama Pas tidak mampu bersaing dengan inteligensia liberal DAP adalah isu yang patut menjadi pengajaran kepada semua pihak, parti dan institusi dakwah yang ingin memartabatkan institusi ulama.

Melahirkan ulama yang kompetitif bukan tanggungjawab institusi rasmi sahaja. Ia memerlukan reformasi akar budaya beragama sehingga kita lihat ulama jauh lebih berharga daripada petrol.

Suara kita kena jauh lebih bising bila kualiti ulama turun kerana dunia makin kompetitif. Kalimah kompetitif atau daya saing perlu dimasukkan dalam zikir harian budaya beragama, dan bukan sekadar kalimah Ya Hanana. Kita perlu lahirkan ulama kompetitif.



Hikmah dalam berdakwah mewajibkan kita mengkaji semula budaya kita agar bakal ulama mempunyai daya saing yang bersifat nasional dan internasional demi menjaga imej Islam sebagai rahmat dunia.

Baca seterusnya..


9 ulasan:

  1. Comel sgt sejadah luth...auntie nak pinjam bole?

    BalasPadam
  2. Setuju dgn pandangan Dr Maza.. zaman skrg kita jg perlukan ulama2 muda yg boleh berdaya saing.. so, takkan timbul isu ulama saling bertelagah...hantar anak yg bijak ke sekolah agama itu lbh baik. . comel Luth dan sejadahnya... :

    BalasPadam
  3. sebenarnya dah lama nak cakap pasal pas x blh bersaing dgn dap bab kebijaksanaan ni tapi bimbang ter ISA karang ...

    BalasPadam
  4. Alalala Luth... tekun dia.
    Kena tengok balik tokoh2 Islam terkenal zaman dulu kala, kan.

    BalasPadam
  5. Comel je tengok gamba luth solat

    BalasPadam
  6. Terkejut I tau tetiba you berceramah pulak PB. Ingatkan excited dok teruja dengan tempat kerja baru. Okeylah, yang itu I tak mahu komen. I ada satu ustaz K-Pop untuk tahun 2020 nanti. Ustaz 'keluaran' I ni, Insya Allah penuh ilmu di dada untuk berbalas-balas hujah nanti. Hehehe...

    Eh, comelnya Luth tak sabar nak solat ye sampai tikar getah pun jadilah.... Luth kena belajar pandai-pandai kalau nak jadi ulama tersohor nanti ye!

    BalasPadam
  7. betol.. sokong 100% hujah di atas

    BalasPadam
  8. aku setuju sgt le dgn p[endapat maza ni. dah lama aku perasan pasal benda ni pun. so, next... ialah tugas kita la mak-mak zaman moden ni utk tune cara kita pilih bidang utk anak2 kita. insyaAllah kita mampu mengubahnya.

    BalasPadam
  9. daripada agamalah lahirnya seorg yg berilmu ... insyaallah.. sbb bila kita dah dilatih ingat allah .. yg lain secara automatiknya kt akan dipermudahkan mendapat ilmu ...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...