Inquiry: petakbunga@gmail.com

20141014

Bekalan

Minggu ni aku dah mula bawa bekal kat tempat kerja. Kilang baru aku kerja ni, kilang kecil. Tak ada kantin dan kedai makan pun agak jauh. Minggu pertama dan kedua aku ikut mereka keluar makan sehingga mereka pun bawa bekal dan aku sorang tak bawa bekal.. hingga aku balik rumah makan maggi kat rumah. 

Semalam aku bawa bekal daging goreng korban berkuah kicap manis. Hari ini bawa bekal ikan goreng kicap lauk ma aku masak semalam. Semuanya berunsurkan kicap. 

Maklumlah tengah bulan.


Luth banyak berlari dari berjalan sekarang ni. Selalu perasan orang nak kejar dia, tu pasal dia asyik lari-lari. Selalu terjatuh, selalu tercedera. Dah biasa. Semalam dia main pening-pening sorang-sorang. Dia pusingkan diri sendiri sampai pening. Tiba-tiba dia terduduk. Agaknya, kali ni pening betul. Entah macam mana tiba-tiba muka dia terus tersemban ke lantai. Bibir mulut bawah pecah berdarah. Rasanya, gambar ni dah lepas kena. Itu yang duk ketip bibir. Tak sedaplah tu. Nasib baik selera hisap susu lagi.

Oleh kerana aku awal-awal dah declare dan announce aku tak ada duit ni. Nak jimat kan, maka gelakan aku bawa lauk kicap tidaklah berpanjangan..hi..hi..

Pagi tadi aku terbaca kat satu blog ni.. tips nak simpan duit.

Kaedahnya mudah, 

Pilih nilai duit yang kita nak simpan. Contohnya, Aku Nak Duit Orange. Setiap kali dia dapat duit note Rm20 dari mana-mana sumber, dia tak akan guna. Duit Rm20 tak boleh guna! Hanya boleh simpan. Disiplin ye.

Selain duit syiling laki aku jarang guna, mungkin kaedah ni boleh guna. Mana tahukan.





24 ulasan:

  1. wah berjimat cermat...bagus la..menabung untuk masa kecemasan

    BalasPadam
  2. bgs gak tips tu.. kt sini ada kupon, tp xcukup.. mmg kdg² bw bekal je g keje.. jimat satu hal, boring mskn kntin pun ye gak..

    BalasPadam
  3. bagus jugak tip tu..hehe..nanti akak nak cuba la...:)
    kicap pon sodap PB..asal masak kicap jer semua akak suka..
    alahai kesiannya anak bujang tu..lama tak dia nangis?

    BalasPadam
  4. cam aku ni memang selalu bawa bekal
    dekat sini makanan mahal, better bawa dari rumah
    kicap pun kicap lah kan, sendiri makan, sendiri kenyang
    kira okay ler tu, ada juga benda nak makan =)

    BalasPadam
  5. saya malas bawak bekal..kalo taknak makan..makan biskut minum air masak je..
    duit syiling masuk tabung..duit singgit pon masuk tabung..tapi sehari singgit je..hhohoho..boleh la kan dari takde

    BalasPadam
  6. Assalam singggah
    Bawa bekal bukan saja jimat tapi berkhasiat, cuma rajin malas je la

    BalasPadam
  7. In syaa allah..boleh jimat dsn boleh simpan

    BalasPadam
  8. Sy tgh struggle simpan duit utk benda yg sy idamkan. Disiplin jgk ni. Sobs! Bwk bekal, perkara biasa. Sobs!

    BalasPadam
  9. yaAllah, bahye gak main pusing2 gitu kan. Syukurlah Luth comel takde apa2. Luth aku plak skrg kalo dia mcm bajet dia berlari bila org kejar, tapi sbnrnya dia berjalan je.

    Pasal bawak bekal, aku mcm dah lama berazam nak bawak bekal gi ofis, tapi biasnaya pagi2 tu tak sempat nak letak dlm bekas bekal [bangun tiap2 hari cam gajoh, huhu]. PB, bakpe plok kicap tu dikaitkan dgn takde duit. Tu kuah je kan? Lauknya still daging atau ikan.

    BalasPadam
  10. tips tu leh pkai gak.slalu simpan syiling lebihan guna tiap hr ja

    BalasPadam
  11. dlu ada tip mmber bg sehari seringgit. tu pun tak menjadi gak.. huhuuh

    BalasPadam
  12. alahaiiii luth..ngape duk musing gitu..kan dh luke bibir..

    lauk kicap sedap ape weh..xpe la at least boleh berjimat..aku nie bercita2 nak bawak bekal dh lama, siap nak bawakkan bekal utk laki aku skali..cita2 je la tapi..ahahaha..

    BalasPadam
  13. Lauk kicap la sedap..nak2 la telo kicap..pehhh..

    BalasPadam
  14. Bagus jgk tips tu...simpan note kaler biru jer...hihi..

    BalasPadam
  15. Suami saya kalau time makan dia balik umah je makan..kat situ pun dah jimat banyak..

    BalasPadam
  16. Kalau kat sini, makan lauk kicap tu dikira mewah tau sbb kicap kat sini agak mahal...
    Jadi hari2 masak sayur air aje lah masa nak jimat budget...
    Kalau saya jenis tak disiplin nak simpan duit lagu tu...
    Tapi betul lah, orang lelaki mmg suka simpan duit syling... hubby saya pun dulu2 ada berbotol botol duit syiling... sebelum fly hari tu, dia beri kat anak sedara dah

    BalasPadam
  17. Anak2 bunda pun bawa bekal juga pergi kerja...ikut lah apa yang ada yang boleh dibawa...tak kira awal bulan ke tengah bulan ke...asalkan kenyang sementara nak balik rumah...

    Budak2 sebaya Luth yang baru belajar berjalan ni ikutkan kena beri perhatian lebih...jatuh bangun..luka bengkak berdarah tu biasalah...baru lesen L kan..

    BalasPadam
  18. I selalunya balik kerja terus masak untuk makan malam. Selalu lupa nak simpan portion untuk bekal bawa kerja. Masak tak banyak selalu je ngam-ngam, so lepas dinner terus takda baki, tinggal nasi putih je. Pagi memang malas nak menjenguk dapur. So takdalah bekal. Kalau pun ada portion lebih dan I dah simpan siap-siap dalam fridge tetiba esoknya dah sampai pejabat baru teringat lupa bawa bekal. Gitu jelah selalunya...

    Bab duit tu pun I pernah baca. I dah mula buat. I start dengan note kecillah (RM5) sebab nak tengok disiplin ke tidak cik ahkak ni. Masa tu okeylah. Tapi bila start dengan note besar, kurang pulak disiplinnya!

    Kesian Luth main pening-pening sampai tertonggeng, dah berdarah bibir....

    BalasPadam
  19. rara pulak simpan duit singgit.nampak duit singgit je mst simpan.hehe

    BalasPadam
  20. lauk kicap sedap kot kak. saya suka...sedapnye smalam makan telur dadar dgn ayam goreng campur kicap n sos.hehe

    BalasPadam
  21. buatlah ikan bilis hitam goreng pas tu buh kicap sedap jugak tu PB....
    Eh okje pun masa kecik dulu pernah buat macam Luth pusing pusing sampai pening....haha best apa!

    BalasPadam
  22. samalah bwk bekal jugak, motif malas nak keluar opis cari makanan huhuhuhu ... saya suka kumpul syiling 50 sen, mmg masukkan dalam tabung x guna.. lps tu rasa penuh terus simpang dgn duit sehinggit x pun 5 hinggit mmg itu jelah yg salunya suka simpan kalau dh bnyk sgt dlm beg duit kikikiki ... mcm2 cara blh gunakan .. yg penting niat nak menabung tu ada

    BalasPadam
  23. Duit hijau. Setiap hari..ahhaha...tapi kejap je..pastu....aaa...sambung sndiri la PB

    BalasPadam
  24. owh ... saya ada habit simpan rm hijau / rm 5 sbb suka dgn warna dan kertasnya . x tau kenapa . klu dpt mesti nak simpan . klu dpt kumpul byk , saya buat duit raya ... heheheee

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...