Inquiry: petakbunga@gmail.com

20141024

Ingat Allah

Bila aku cakap..anak aku ni buas (super aktif), tak reti duk diam, orang tua tegur aku. Jangan cakap macam tu, nanti lagi buas dia jadi. Kata-kata mak ayah walau tak bermaksud takut-takut jadi doa. Jadi, aku takut. Aku takut salah guna perkataan. Kalau aku tengok anak saudara aku budak baik, tak suka nangis-nangis..pun aku cakap, Luth no1. Terbaik. Cuma suara dia kuat sikit. Anak laki makkan..


Budak yang sentiasa sibuk, jalan belum pandai perlahan. Lompat-lompat sangat pandai. Banyak lari-lari selalu dapat hadiah. Buah seketul kat dahi semalam dapat. Sekejap meraung tak ingat dunia.. Ya Allah, ya Allah..lepas tu kembali sibuk. 

Aku terharu betul bila dia menangis sambil sebut Ya Allah, ya Allah.. aku pun tak tahu, tak pasti kebetulan atau sebab dia biasa dengar..asyik ya Allah. Dalam semua keadaan. Lebih-lebih bila dia sakit.

Adush, ya Allah..lepas tu terbalikkan badan dia.. 

11 ulasan:

  1. budak mmg gitu.. xde istilah buas atau hyperactive.... biarkan dia meneroka. lin lg la, anak 2. macam2 hal. kadang2 tak payah berjalan la. duduk rumah je.

    Jemput singgah sini #imladyadie

    BalasPadam
  2. Insya Allah tak ada yang tak baik. Ni tanda anak bijak ni. Saya sokmo pujuk diri gitu. Kita kawal la ikut keadaan. Yang pastinya budak berdua di rumah saya ni lagi banyak makan benda manis lagi aktif. Seharian tak tidur, malam pukul 1 pun boleh selamba je main. Hairan la. Jadi, kurangkan dna bagi dia main banyak2 kasi berpeluh, cepatla sikit lenanya malamnya.

    BalasPadam
  3. hehe...luth budak bijak ni
    pernah juga dengar apa yang kita kata tu sebagai parent "masin"
    elok jangan kontra, kalau dia lasak, katalah dia "baik" =)

    bagus tu, sakit ingat ALLAH =)

    BalasPadam
  4. Sama la ngan aku..kalau aku nak tegur si mek tuh mesti aku ckp ayat opposite..sbb kata2 yg kuau dr mulut ibu kan doa..

    Gud boy luth..kecik2 dh pandai sebut Allah especially tang bile sakit..clever boy!!!!..

    BalasPadam
  5. seorang ibu memang perlu berhati - hati bila bercakap sbb segala yg keluar dr mulut adalah doa . syukur alhamdulillah sentiasa ada Allah di mulutnya . saya pun selalunya lupa nak sebut Allah dlm keadaan sakit ... subhanallah .

    BalasPadam
  6. Biasalah tu. Nangisnya kejap jer. Pastu kembali buas seperti biasa mcm dah lupa yg kepala tu benjol...hehehe...

    Bijak luth ☺

    BalasPadam
  7. siyan nye dapat buah seketuii tang dahi tu ekkk...biase le baru le nama anak jantan kan luth
    selalu sebut yang baik -baik, insyaallah baikk anak tu..walaupun kdg terlepas gak kata anak nakal la degil la kannn..haishhh mulut kita ni susah mau jaga :(

    BalasPadam
  8. thnkz ingatkan..ida sndri pun dh lupa kjp..nauzubillah..mudah-mudahan anak2 ida jauh dr sifat2 buruk

    BalasPadam
  9. Setiap perkataan adalah doa, jadi doakanlah dengan perkataan yang baik sahaja..

    BalasPadam
  10. Alahai, comelnya! Dah pandai sebut Ya Allah juga ke? Adik pun sama. Kalau Mommy buat silap sikit mulalah dia sebut 'Ya Allah, Mommy nihhhhh!' Kereta mainan eksiden pun dia sebut Ya Allah. Okey, memang anak-anak kita ni ustaz terpilihlah harapnya!

    BalasPadam
  11. Tak faham ayat last tu, pAstu terbalikkan badan dia tu cemana? Siapa yg terbalikkan siapa?

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...