Inquiry: petakbunga@gmail.com

20141027

Jangan minum carrot susu kat kedai

Aku suka juga carrot susu. Tetapi sekarang ni, sejak aku dah pandai sikit berkira..aku sudah jarang atau boleh kata tidak lagi mengorder carrot susu bila makan minum kat luar. Makan minum kat luar juga jarang...pasal selalu tak ada duit. 

Apabila datang kerajinan yang sangat melampau..tergerak hati nak blender carrot buat jus. Jus yang kaya dengan antioksida dan vitamin A. Baik untak serba serbi kesihatan.

Ingat, jangan pesan carrot jus kat kedai. Seplastik aku beli baru 3 ringgit lebih. Sangat banyak. Rugi pula rasa minum segelas carrot jus yang berharga 3 ringgit kat kedai.

Masalahnya, dah beli carrot dengan sangat banyak..sampai berakar. Sedia boleh tanam dalam perut.


25 ulasan:

  1. Sy suka mkn carrot. Kdg tu bt ulam je. Tapi tak pnh terpk nak bt carrot susu. Nak buat jgklah. Sedapnya! Carrot murah je kot kat pasar.

    BalasPadam
  2. jus carrot selalunya Farah minum tanpa susu...he he he... betul buat sendiri lebih puas, lebih banyak...

    BalasPadam
  3. dah lama tak buat sendiri. last buat, juice maker terus terbakar....ada alasan nak beli yg baru. ntah bila la nak beli...yg berkenan mahal pulak tu

    BalasPadam
  4. yg ini KA setuju sgt2..order di kedai melampau mahal harge dier

    BalasPadam
  5. emm, klau carrot ni mmg mkn saja je..sedap!

    BalasPadam
  6. knor pun suka minum karot susu, juga mmd... selalu juga bt sndiri..
    tapi klu kat kedai.. mmg inilah minumannya... tapi sllunya depa ni guna ayak byk dr karot juga..

    BalasPadam
  7. cx suka buat jus carrot campur epal hijau. jgn letak gula. simpan dlm freezer for one night, esok sarap, minum. heheh sedapnya

    BalasPadam
  8. Sedap dan berkhasiat...ada masa boleh la buat..yg tkde masa ni..order je la

    BalasPadam
  9. Air2 gini saya lebih suka buat sendiri dari beli ..saya suka tomato susu..pernah beli sekali kat kedai.lepas tu serik dah..rasa susu je kuat..tu pun entah2 boh gula,susu untuk warna je..Tomato langsung tak rasa.

    BalasPadam
  10. Haha.. ingatkan sebab apa jangan order kat kedai.. rupanya sebab boleh tanam akar sekali kalau beli dan buat sendiri ya.. haha.. btl gak, buat sendiri lagi sedap.. tambah susu lbh kalau nok manis, kalau nk rasa carot lbh bulih letak banyak carot.. ikut suka kita kan

    BalasPadam
  11. betul sangatt...kedai dah la cair..entah2 sebatang je carrot guna.kalau buat sendiri, boleh tambah skit pati2 tu buat pelawas.hehe

    BalasPadam
  12. betul sangatt...kedai dah la cair..entah2 sebatang je carrot guna.kalau buat sendiri, boleh tambah skit pati2 tu buat pelawas.hehe

    BalasPadam
  13. Betoi sangat, mahal melampau, manis ja lebih, cair memang xpuas..bikin sndiri hmpas bole buat cuci muka

    BalasPadam
  14. marah orang kedai dengan statement PB ni..ahahha..saya pon suka carrot susu..sedap..saya suka beli carrot buat sayur..sebab dia manis2 kan..

    BalasPadam
  15. dulu2 akak pon suka order carrot susu..tp skrg ni tidaklagi..anak2 pulak..Uminya nak berjimat..tp anak2 tau apa..huhu..:)

    BalasPadam
  16. saya tak pernah cuba jus carrot
    sedap ke?

    BalasPadam
  17. Feveret tu.. Lg2 klau g kedai yg hrga mhl2 sume..

    BalasPadam
  18. suka carrot susu. satu lag kalau carrot + orange. sedap jgk =)

    BalasPadam
  19. Ok...buat sendiri jer lah lpas ni ☺

    BalasPadam
  20. Tak terfikir pulak nak buat karot susu kat rumah. Bab beli karot ni pun sentiasa ada dalam senarai belian. Tak tahu nak masak 'daun' apa kat rumah untuk HD, makanya kalau buat lauk letak ajelah karot barang semangkuk dua. Habis cerita :D

    BalasPadam
  21. saya tak suka carrot tapi air carrot susu sy suka... buat kat rumah lagi jimat la kan...

    BalasPadam
  22. Eh, tanam dalam pertu lagi untung. Nanti boleh membiak dgn banyaknya, lagi jimat, takyah beli dah carrot. Fine, sarcastik. Mmg pun byk benda yang murah je kalau kita buat sendiri berbanding beli kat kedai. Tapi nak mendapatkan rajin tu yg lagi mahal drpd segalanya.

    BalasPadam
  23. bila buat sendiri, tengok fibre tu pulak sayang nak buang mmm :)

    BalasPadam
  24. Dulu2 bunda suka juga order carrot susu...sejak kebelakangan ni bunda lebih suka jus limau atau teh 0 limau..

    BalasPadam
  25. owh, sebab tu.. igtkan sebab lain. sbb ada kedai yg kalau diorg buat jus carrot susu, diorg buat separuh carrot je.. kedekut betol. tapi saya selalu beli jus carrot susu ni kat cafe dalam usm ni. kat kedai tu dia blender sebiji terus. lagipun, harga kira okay la, dalam RM1.40

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...