Inquiry: petakbunga@gmail.com

20141023

Kecil-kecil biar rajin

Masa aku baru lepas beranak Luth..aku tengok Luth sebiji macam aku. Muka dia macam aku tengok diri sendiri versi bayi comel. Sungguh... ayah dia pun cakap macam tu. Tetapi makin besar ni, Luth makin menyerupai ayah. Sekarang, semua cakap Luth sebiji ayah dia.

Luth juga nak ku ajar rajin bersih rumah

Jadi aku selalu pesan kat laki aku, perangai kena elok-elok. Luth tengah meniru perangai kita. Lagi-lagi perangai abang. Aku penat betul, kadang-kadang laki aku suka mengada. Semua benda nak aku buat. Ambil itu, ambil ini..penat. Jangan Luth ikut perangai mengada ni, penat mak. Oh, sebelum Luth mengada dan suka mengarah..sebagai mak dia, biar aku dulu mengarah dia. 

Oleh kerana Luth sekarang tengah semangat nak berjalan je. Ke sana ke mari tak berhenti kecuali tidur. Luth aku gunakan untuk tolong mak dia ambil kain buruk bila dia tuang air, cari remote astro dan kadang-kadang halau kucing jiran sebelah.

Luth sangat sibuk.



25 ulasan:

  1. Rajin Luth sapu sampah .... hehe

    BalasPadam
  2. Haha
    . Biar rajin dr kecil sampai ke besar ya Luth

    BalasPadam
  3. Alolo.. dah boleh harap dah Luth yer tolong mak sapu sampah... Lepas tu jangan lupa..mop lantai...buang sampai... hehe...

    BalasPadam
  4. Haha..biasa la tu org lelaki..

    BalasPadam
  5. penyapu lagi besar dari tuan.....

    BalasPadam
  6. semoga rjn smpi ke besar ye luth hehe

    BalasPadam
  7. Budak-budak ni mudah mengikut. Kalau parent rajin menyapu kemas rumah, sure dia pun sama nak ikut kemas rumah jugak. Comel je. hehe

    BalasPadam
  8. Bagus Luth...sibukkan diri masa tengah rajin nak sibuk ni kan. Eh tapi kalau menurun tu, tak tengok pun depa terbuat tabiat kita... huhuhu

    BalasPadam
  9. Rajin sampai beso ye.. hehe.. tomei..

    BalasPadam
  10. hehe...kelakar nengok gambar tu
    tapi betullah, dia memang tengah perhati kita buat apa

    BalasPadam
  11. Saya tiga2 anak bila lahir orang kata muka abah...
    Tapi bila besar baru orang kata ikut muka maknya...
    Baru nak pinjam Luth, tapi bila baca ayat last tu terpaksa cancel...
    Sibuk benar dia...

    BalasPadam
  12. sapu sampah sambil duduk luth..penat sangat dah tu..bagi kat mak pulak..akekeke

    BalasPadam
  13. bila baca maksud mengada tu, tetibe aku rasa aku termasuk dlm kategori mengada. Huhu. Biasa mintak tolong asben ambilkan brg, henfon ke speck mata ke, towel ke dan segala ke, waktu tgh breastfeeding. Aku harap Luth aku tak ikut perangai diva universal aku. Sila la ikut perangai papa yg rajin sbb muka dia sejak lahir sampai sekarang pun mmg tak berubah, masih ikut muka aku.

    BalasPadam
  14. geram betul aku tgk calon menantu aku tuh...ehhh, ahahahaha..

    aku harap qisya pun bakal boleh diharap utk menerima arahan..kihkihkih..

    BalasPadam
  15. Jangan tiru perangai mak ayah yg x molek ya Luth, jadi ank soleh

    BalasPadam
  16. walaupun penyapu lagi tinggi dari tuan.. tetap gigih.. luth comel ;-))

    BalasPadam
  17. comel je anak akak ni..hehe..

    BalasPadam
  18. nnt mesti luth pon lastik cicak fail. sbb ikot maknya..hahah!

    BalasPadam
  19. sgt cute ibu luth...
    and luth mesti helpful sgt kan... hi hi hi....
    izzat x bleh harap lagi.
    mainan dia jatuh pun disuruh nyer kita yg amik kan...

    BalasPadam
  20. Sebab penyapu tak setaraf dengan tukang sapu, terpaksalah Luth duduk membersihkan kawasan rumah. Bagus Luth ni kalau ikut ciri-ciri emaknya. Kalau ikut ciri-cirik paknya, tentu jadi pengarah bila dah besar nanti. Hiks.

    Rajin juga si Luth ni tolong you yek, PB. Tak macam anak-anak I, kecik-kecik dah anggap mak macam bibik jek.

    BalasPadam
  21. Kakak rasa paling Luth suka halau kucing:)
    Tengah ligat ni kalau suruh apa pun dia buat ni PB. Apa lagi kalau puji selepas berjaya buat sesuatu. Mesti mengekek suka:)

    BalasPadam
  22. Ringan dah kerja ibu. Tak yah menyapu lagi sebab luth ada. Boleh sapu..ehehe....

    BalasPadam
  23. senang mak ada pembantu yg produktif ... luth pun sihat n cergas jer sbb byk kena buat exercise ... heheheee

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...