Inquiry: petakbunga@gmail.com

20141002

Mengemas Almari Sempit

Mengemas almari adalah antara aktiviti aku dengan Luth beberapa hari menjadi surirumah sepenuh masa hari tu.


Bukan aku nak bersungut, almari sempit dan baju banyak. Baju kami laki bini memang tak banyak. Almari sesempit ni masih mampu memuatkan semua baju-baju kami. Boleh berkongsi lagi. Oleh kerana aku laki bini kerja kilang, hari-hari pakai uniform, kain baju ni bukan keutamaan sangat. Pakai je apa yang ada. 


Sehari-hari aku memang tak sempat sangat nak menyusun cantik-cantik dan kemas almari ni. Banyak masa harian, almari jadi tempat menyorok timbunan baju baru lepas basuh. Ahak..

Jadi, ada masa lapang ni aku bawak keluar semua baju dalam almari. Keluarkan baju yang dah tak muat, baju yang akan muat bila diet lagi, baju yang cantik tetapi tak pernah pakai dan seangkatan dengannya.


Ini aku baca dalam blog susun atur, terbalikkan hanger baju. Bila sampai semusim tengok baju mana yang hangernya masih terbalik maksudnya.. sudah sampailah hayat baju tu. 

Oh, aku guna tips ni untuk baju laki aku je. Sayang oh, baju aku yang cantik nanti kena buang..hai.


Setiap kali raya cina, memang berkotak-kotak aku bawa balik kotak limau. Selalu nak kotak. Macam gila kotak, bila ada kotak, ada benda nak letak dalam kotak.


Selain aku selalu berhajat nak menyusun segala barang, kadang-kadang ada orang terliur nak duduk dalam kotak.


Setakat hari ni, almari aku masih tersusun kemas dan cantik begini lagi. Kotak limau cina pun dah berbalut cantik. Bila balut cantik-cantik gini, sekejap-sekejap nak buka almari. Nak ambil baju pun rasa sayang takut berselerak balik.

20 ulasan:

  1. hohoho kegilaan kita pada kotak serupa... I ni sampai tok laki risau asal nampak kotak jer rembat.

    BalasPadam
  2. sm jugak dgn PB n nas..sy juga gilakan kotak.. mcm sgt berguna kemudian hari nt..

    almari sy pun kecik je, muat baju laki bini.. ada orang smpi 2 3 almari..huhuhu

    BalasPadam
  3. sy plak baju2 yang tak pakai dah & baju tumpis yg dah kecik akan masuk kan dlm plastik pastu masuk.. setakat ni adalah beberapa kotak kt rumah tu.. paling malas nak kemas almari.. haha

    BalasPadam
  4. tenang je mata nengok lemari ko..tersusun rapi..aku punye lemari xleh share ngan laki aku..kalau share mmg tmpt aku boleh letak baju aku sejengkal je..terbalikkan..patut aku yg byk baju..haishhhhh..

    BalasPadam
  5. saya pun letak kotak macam tu dalam almari..khas untuk letak jeans.tapi baru2 ni masa tengah kemas2 rupanya ada tangan2 comel yang letak coklat dalam tu..habis besemut.jenuh mencuci jeans2 tu..sabar je la..

    BalasPadam
  6. Bagus juga tips tu... Jadi boleh tahu baju mana yang kita tak pakai pun.. Boleh buat jugak ni...
    Mmg rajin lah mama Luth ni... Siap berbalut lagi kotak tu... sedap mata memandang :)

    BalasPadam
  7. Samala kita...satu almari boleh share jer laki bini...selagi boleh sumbat...sumbat jgk..haha..

    BalasPadam
  8. I pun suka kotak. Suka bawa balik kotak A4 dari ofis.

    BalasPadam
  9. saye pon xbyk baju.. gune almari kecik je.. hihik.. sng nk kmas..

    BalasPadam
  10. haha bagus jugak idea kotak ni ekk..org kreatif je buat cmni..klu jenis cermat oklah..sy ni jenis pelingkup sikit,kotak camni takut seminggu je pakai koyak dikerjakan tangan ganas sy ni..hehe

    BalasPadam
  11. comel le Luth masuk dlm kotak tu..mesti dia berbayang tgh pandu kereta..

    BalasPadam
  12. Kemas pastu bongkar balik ... sampai bila pun tak tersusun almari tu ... hehe

    BalasPadam
  13. acik dah tak rajin PB..
    jadi sejak anak2 dah besar..acik asingkan semua..anak2 ngan ayah satu almari..mak asing..kalau masing2 tak tau nak kemas..pandai2 la sendiri

    BalasPadam
  14. nanti boleh pasang tayar lak kat kotak tu hehe..rajin kemas lemari bagus!

    BalasPadam
  15. kreatif kamu ni
    siap balut lagi kotak tu
    bagus2, 4 bintang

    BalasPadam
  16. bila balut kotak tu baru nampak macam kotak mahal..ye tak?

    BalasPadam
  17. kak pun suka kotak. sayang nak buang sbb fikir nak guna. macam2 boleh taruh dalam kan, hihi

    BalasPadam
  18. suka tgk luth dok dlm kotsk tu ... baju dok dlm kotsk lebih kemas dan mudah utk angkut kotak tu sekali ...

    BalasPadam
  19. Bukan you aje PB ada kecintaan pada kotak, I pun sama. Tapi I tak tahu I buat apa dengan kotak-kotak tersebut. I susun je lepas tu rasa jemu I buang ganti kotak lain pulak. Barang tetap juga banyak. Tapi I suka kumpul tin yang comel-comel hasil pemberian souvenirs boss. Semua pun I rembat janji free. Rumah I lemari sorang satu tapi tukang kemasnya, nilah bibik sorang jek! Manalah suara I tak kuatkan ....

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...