Inquiry: petakbunga@gmail.com

20141025

Nasi air nasi ayam

Assalamualaikum dan salam maal hijrah kawan-kawan.

Semalam aku masak nasi ayam. Nasi ayam aku versi mudah je. Ada stok ayam buat sup ayam, tumis bawang sikit kira jadilah. Pagi ni nasi ayam semalam ada lagi. Lauk ayamnya dah habis, tinggal sup ayam je.

Rasa dah tak nak makan lagi nasi ayam. Jadi pagi ni aku modifided sikit. 

Aku goreng ikan bilis, goreng telur ayam. Panas sup ayam tambah air sikit tambah lobak merah. Perangat nasi juga masuk je dalam sup. 

Makan pagi ni dengan Luth. Laki aku kerja, tok ma puasa. Rasanya ada dah iras nasi air yang biasa laki aku beli kat kampung dia. Nasi air ni favourite aku masa mengandung Luth dulu.

Konfius jap nasi air dengan bubur. Nasi air berketul sikitkan...

20 ulasan:

  1. aku penah makan nasi air sekali je.. sedap sbb masam masam limau nipis.. makan kat ganu lebih kurang 10 tahun lepas. haha..

    BalasPadam
  2. Teringat masa budak2 dulu, suka sangat makan nasi air ni....sedap, dah semakin tambah umur ni kurang minat dah....hehe

    Salam Maal Hijrah PB.. :D

    BalasPadam
  3. nasi air sedap nyeee...all time favourite

    BalasPadam
  4. Sedap juga deh gini. Hari tu tgk kat tv, pasal nasi air kat kedai tepi hosp kb. Mana nk jumpa kat sini hok sedap gitu..

    BalasPadam
  5. Nasi air tu mcm bubur..emm

    BalasPadam
  6. Pernah dgr nasi air. Tapi tak pernah merasa lagi. Hehe...

    BalasPadam
  7. dulu cafe kat umah ada jual nasi air mcam heran juga tapi sedap. wah telur kuning tak masak sangat yang meyelerakan :)

    BalasPadam
  8. masa duduk ganu dulu
    akak suka beli nasi air d pasar mlm kusza
    nasi air dia ada kangkung, bilis n sambal
    sedapnya..
    tak jumpa dah yg sedap macma kat situ
    nasi air pb pun nampak sedap juga tu :)

    BalasPadam
  9. baru kali ni dgr nasi air . dah dpt bygkan camna nak buat ...

    BalasPadam
  10. Tak kisahlah nasi air ke bubur ke yg penting sedap
    Kakak pun suka makan banyak kuah sup macam ini...

    BalasPadam
  11. nasi air? tak pernah dengar pula
    cam bubur tu ke?

    BalasPadam
  12. Aku suke weh makan nasik bubur berlauk..dulu rajin gie mkn..tp pas ngan laki aku dh xgie dh sbb xdo geng..laki aku xsuke bubur..sobssss..

    Jom detim makan bubur berlauk..huahuahua..

    BalasPadam
  13. suka jugak, Adik yang suka sagt makan & angah yang suka sangat masak & buatkan, Ummi dier ni relax ajelah kan ! hehehe

    BalasPadam
  14. nasi air? terus jadi kompius..tak pernah pula makan nasi air..patutlah baca tajuk cam pening2 lalat..

    BalasPadam
  15. Eh, ada ya nasi air? Tak tahu pun. Kalau bubur tu buburlah. Nasi air macam dalam gambar ke rupanya. Dalam kepala I ni memang bila baca tajuk, maksudnya nasi yang dibanjiri dengan kuah ala-ala sup.

    BalasPadam
  16. Sama je kot bubur dgn nasik air.. agaknya. tapi syabas sbb ko kretippp menukar nasik ayam jadi nasik air.

    BalasPadam
  17. Sedap x?
    Kalau sedap boleh cuba :)
    Tapi kalau dh taruk telur mata tu mmg penambah selera.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...